Ya Allah..
Andainya aku teruk, bergelumang dosa..
Aku takut akan neraka Mu, Ya Allah..
Kau jauhkanlah...
Andainya aku berusaha kearah kebaikan itu..
Tetap aku tidak pernah layak buat nikmat2Mu, Ya Allah..
Andai aku cuma sepohon pokok berbuah..
Menjadi teduhan, memberi buahan, lantas aku tidak pernah dikenang lagi..
Tidak akan dihisab nanti..
Ya Allah.......
Ya Allah..
lAbEllinG S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Kepentingan Sirah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Cepat, angkat tangan, senaraikan................
Bagus2, ramai yang boleh jawab, malangnya saya x dapat nak gtaw samada betul atau x jawapan kalian kerana saya pon x mengenali mereka...
Next question.. Siapa yang dapat sebutkan 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga???
Alhamdulillah.. =)
Siapa2 yang masih tidak pasti, bolehlah bertanyakan ustaz google eh pasni...
Daripada Saad: Kami mengajarkan anak-anak kami tentang peperangan satu persatu, umpama kami mengajarkan Al-Quran kepada anak-anak kami. (yakni bermula alif, ba, ta~~)
OK, kalau bukan anak2 pun, kita yang melangkau usia dewasa ni pun, perlu rujukan daripada sirah..
Sirah mengajar kita akan taktik, teknik, amalan, cerita2 yang boleh kita jadikan panduan menjengah kehidupan zaman ini..
Pentingnya sirah, menjana kekuatan dalaman kita sebagai umat Islam..
Lihatlah sirah, kita akan melihat kegemilangan..
Ayuhlah kita mengulangi kegemilangan tersebut..
Bila lagi masanya.. Di sinilah kita, mencipta sejarah..
Dan tidak malukah kita pada Rasulullah, andai sejarah kita cumalah secebis kain perca..
Malulah, andai sirah Rasulullah yang harus dicintai melebihi diri, tidak kita hayati..
Malulah~~ sobs..
p/s: ayuh, belajar Sirah!!
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Menjadi Mujahidah Itu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
I got over it, Alhamdulillah..
And i smile.. =)
Wondering.. adakah perlu untuk setiap perempuan menjadi lemah gemalai, lembut, sopan dsb~
Kerana diriku lebih mengagumi wanita seperti Safiyyah, Hajar..
Yang mampu menjadi kuat, berani, gagah..
Kerana diri tertarik dengan sabda2 Nabi..
Yang satunya berbunyi, Allah lebih menyukai pemuda yang gagah dari pemuda yang lemah..
Yang lainnya berbunyi, bermain yang membawa pahala, menunggang kuda, memanah & berenang..
I like the idea of seorang mujahid Islam yang menunggang kuda, busur panah di belakangnya tergantung dan pedang di sisinya..
Jujurnya, nampak smarttt dan kacakk sangat..
Dan serasa hati, tidak semestinya insan yang berada di atas kuda itu seorang pemuda..
Boleh saja dia seorang mujahidah Islam, seperti Khaulah Al-Azwar..
Yang mampu bermain pedang dengan baik dan cekap..
Subahanallah, thrill sangat dengan idea untuk menunggang kuda, memanah..
Maaflah, tetapi mungkin saya bukan dari golongan yang lemah lembut..
But, thats not really what I meant..
Tidak hilang kesopanan seorang wanita dengan bermain senjata etc..
Seperti juga tidak hilang kegagahan seorang lelaki dengan bersifat sopan seperti gadis..
Layaknya, Rasulullah itu sendiri malunya melebihi seorang gadis pingitan..
Dan Dia ternyata Rasulullah, insan yang paling gagah dan hebat..
Dan diri terus-terusan berfikir..
Lumrah, seorang wanita haruslah mempunyai impian berumahtangga, ada anak kiut miut chomel..
Dan diri tidak terkecuali..
Dan buat si suami, adakah dikau mengizinkan jika suatu hari mendatang..
Islam bangkit dan daku turut berjuang.. (bestnyee~~)
Dikau menjadi mujahid itu, aku menjadi mujahidahnya.. =)
Ok lah, maybe saya ni lemah ckit antibodi..
Tapi tetap nak turun berjuang..
Saya nak menjadi pengubat luka, pemberi minuman, dan yang berkaitan dengannya..
Ok, kiranya lepas keluar maktab ni, saya nak sambung master bidang perubatan pulak..
Dan jika bukan master pun, apa2 kelayakanlah untuk melayakkan diri turut berjuang di medan itu..
Bercita-citalah setinggi itu..
Dan akan daku usahakannya..
Bukankah mati syahid itu mati yang terbaik..
Ditarbiah di TAHAP dengan semangat syahid ini..
Alhamdulillah, di IPT juga terdapat sahabat2 yang terusan2 memberi tarbiah..
InsyaAllah, dakulah mujahidah tersebut!!
Allahuakbar!!
p/s: first step, berenang gaya bebas da x leh pakai, perlu mintak tunjuk ajar master (abah) untuk berenang cara yang betul.. next, menunggang kuda?? best2~~ then, memanah.. menembak boleh gak... insyaAllah.. =)
lAbEllinG LaLaLa , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
I pity her..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Kat situ, budak perempuan itu..
Dia tetap menunggu disitu..
Dan dia menangis..
Entah, aku kasihan melihat dia..
Aku pernah menegur, tapi ternyata, tak ada apa yang mampu aku buat..
Dia terus-terusan menangis..
Rakannya datang dan pergi, seperti aku..
Dan mereka kelihatan lelah dengan dia, kerana dia tetap menunggu di situ..
Lantas mereka berlalu dari situ..
Semua hanya lalu dan melihat sekilas kepadanya, bagaikan dia cuma batu tepian jalan..
Aku pun kurang pasti, kenapa tidak dia meneruskan hidup..
Berhenti menangis, dan berlalu dari situ, teruskan hidup..
Sungguh aku tidak memahami perasaan, fikirannya..
Ternyata, dia tidak langsung menoleh kepada sesiapa yang mengatakan apapun padanya..
Dia tidak kisah, dan aku tidak tahu sama ada dia kisah atau tidak..
Kerana dia terus-terusan menangis..
Sudah, berhentilah.. semua pun tidak akan kasihan jika dikau terus-terusan menangis..
Katakan, apa yang hilang darimu..
Kenapa kau tetap menunggu di situ..
Tidakkah kau punyai urusan yang lain??..
Dan, ternyata sudah ku duga..
Dia tidak ambil kisah akan perkataanku..
Sudahlah, aku pun ternyata lelah melihat dia..
Kasihanku semakin menipis..
Tetaplah dikau menangis di situ..
Semoga nanti, kau mendapatkan apa yang dikau mahu..
Mungkin cuma Allah yang memahamimu..
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
I miss them..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
In times of sadness..
Ok, fighting..
Sometime, i just want to slap myself..
Be stronglah!!
Stop this! Start a life..
You deserve better than this!!
I miss my boys~ sobs~
Especially Im..
sobs~~~
*smart boy*
lAbEllinG MotivatE , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Sifat Menjunjung Islam..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dalam kuliah2 yang dihadiri..
Teringat, antara sifat2 orang Arab yang mampu menjunjung Islam..
Dan seharusnya sifat ini ada pada orang Melayu..
Harga Diri Yang Tinggi
Selalunya, orang yang mempunyai pride yg tinggi, dia x tarik balik kata2 dia, dia akan cuba buat sehabis baiknya apa yang dia kata..
Dan orang yang mempunyai harga diri, x melakukan perkara2 yang menjatuhkan harga diri dia, dari segi Islam, perkara ni amat penting, haruslah tidak berbuat sesuatu yang menjatuhkan pride Islam di mata dunia..
Teringat ayat Quran berbunyi 'dan janganlah kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukan..'.. hurmmmm..
Pentingnya pride nie ehh.. bukan budu sumbung~~ huk3..
Determination Yang Kuat
Determination yang kuat ni maksudnya, apa yang dia berhajat, dia akan buat sampai berjaya.. never say never lah kalau kata omputehnya, kalau kata org melayu, tak berputus asa..
Genggam bara api biar sampai jadi arang.. kot2 larat ke nak bakar tangan sambil genggam bara api tu sampai bara tu jadi arang.. nak padamkan api lilin guna jari pun takut, apetah lagi nak genggam bara api sampai jadi arang..
Teringat pula sabda Rasulullah, 'Peganglah sunnahku seperti kamu menggigit sesuatu dengan geraham..'
Fuhh~ kiranya jangan lepaskan sunnah Rasulullah, pentingnya determination yang kuat dalam membawa Islam ni..
Mencintai Ilmu, Suka Berlawan Hujah dengan Hujah
Antara sifat yang bagus jugak ni, seharusnya, kalau nak belawan hujah mengenai sesuatu ilmu, perlulah dilawan dengan ilmu yang berhujah juga..
Bukan nonong2 je kata x betul atau apa..
Sebab tu pernah dengar, orang yang reti berhujah/berpidato ni merupakan golongan2 manusia yang cerdik, sebab dia berkata di atas hujah, yakni di atas bidang ilmu dan fakta yang betul..
Bukan just reasoning berdasarkan akal dia..
Cari sumber, maklumat, apa yang betul, apa yang salah..
Sebab dunia sekarang ni, perkara yang betul dikata salah, perkara yang salah dikata betul, dan kitalah yang perlu membetulkan pegangan seumpama ini..
Dengan menggunakan Ilmu..
lAbEllinG MotivatE , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Running Soooo Fast..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
+Al-Asr, 1-3+
Dengan program2 pengisian ceramah & kuliah, alhamdulillah, sungguh bermakna..
Dengan program2 anjuran maktab & batch, demi tanggungjawab, ilmu juga diperolehi..
Dengan kelas2 wajib pergi + escape sekejap menguruskan hal2 tertentu, terkejar2, fuh, letih~..
Dengan tugasan2 assignment melambak, mujur aku selalunya tidak terlalu lama menyiapkan tugasan..
Terkadang, masa sebelum tidur untuk refleksi diri, hilang entah..
Terkadang, masa bertafakur melihat keindahan alam juga tidak tersempatkan..
Terkadang, masa rehat juga tidak dipenuhi, lantas kepala berdenyut2 minta dikasihani..
Terkadang, rasa2 kosong itu tetap mengisi hati meski hari2 dipenuhi pelbagai aktiviti..
Ya Allah..
Aku pohon kesempatan, kelapangan agar masih aku khusyuk dalam keadaan begini..
Aku pohonkan keteguhan hati, kesabaran dalam tetap meniti hari..
Aku pohon agar Kau berkati amanah yang dilaksanakan demi cita murabbi ini..
Aku pohonkan semoga Kau tetap mengurniakan keyakinan dan kesyukuran dalam setiap yang aku lalui..

p/s: Alhamdulillah, puisi2 Imam Abu Hanifah sering memberikan kekuatan & keyakinan untuk terus berharap, harapan biar hanya kepada Nya.. =)
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Barakallahufi~kum.. =)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Mendapat jemputan Walimatul Urus daripada K.Ngah..
Alhamdulillah..
Seorang lagi akak senior bakal mendirikan rumahtangga..
Rasulullah suka kita meramaikan umatnya.. =)
Mari kita doakan agar rumahtangga mereka diberkati..
Mendapat anak-anak yang menjadi buah hati, tunduk pada Ilahi..
Bakal menuju ke Masjid Bukit Indah, Ampang..
Bakal mendengar satu lagi slot dari Us.Hasrizal..
Mungkin gaya bersahajanya dengan sindiran2 yang 'best'..
Membuatkan diri tertarik dengan cara penyampaian..
Moga dapat Istiqamah.. =)
Di Surau Asy-Syakirin..
Ramai muslimin2, muslimat2 yang masih bergotong-royong..
Seronok dengan semangat mereka ntuk membersihkan surau..
Syukron, barakallahufikum semua.. =)
Semoga jasa baik kalian diangkat oleh Allah menjadi suatu kebaikan yang bertali arus pahalanya..
Maafkan andai cuma datang menyibuk, minum air dan mem'belah'kan diri.. heheh~
Dan rasanya nasi lemak yg dimasak terlebih air ckit.. hihih~ sory2..
p/s: mungkin juga x tegar berada lama2 kat situ.. huhuh..
lAbEllinG LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Kepimpinan Rasulullah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
MENTAULADANI KEPIMPINAN RASULULLAH!
3 perkara yang Rasulullah buat apabila tiba di Madinah, yakni membuka negara baru..
~Ternyata masjid merupakan tempat utama untuk menjadi 'kilang' pengeluar manusia.. masjid merupakan pengeluar ibu bapa yang bertanggungjawab, anak2 yang soleh dan solehah, pekerja yang jujur dan kuat, pemimpin yang adil..
Kesimpulannya, moh la turun ke masjid, ke surau wehh..~
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
~Sebuah negara wajiblah mempunyai rakyat. dan alangkah indahnya jika rakyat2 dalam sesebuah negara contohnya negara Malaysia ni, mempunyai rakyat2 yang bersifat seperti Abdul Rahman Auf dan Saad.. Yang seorang menghargai, tidak mengambil kesempatan, berdikari dan inovatif.. sementara seorang lagi ikhlas, pemurah dan tidak berkira.. ~
Membuat Piagam Madinah
~Hukum-hakam ISLAM digunakan total dalam sebuah negara Islam!
Bukan nak bina Negara jadi hub hiburan pulak!
Dan hukum seremeh apapun, sekompleks apapun, akhirnya, berbalik kepada Al-Quran (Kalamullah) dan As-Sunnah (Rasulullah)~
p/s: Thanks 2 bestie, K.Zura & Bells~
Semoga tidak cepat berputus-asa dalam terus mencari keredhaanNya..
Dalam memenuhi majlis2Nya.. InsyaAllah..
sobs~
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah



