Showing posts with label Politics view... Show all posts
Showing posts with label Politics view... Show all posts

No racist please, bro!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ramai di antara kita yang suka menulis dan menghentam pelbagai pihak..
Termasuk-lah menghentam para alim ulama'..
Sudah menjadi sunnah, para ilmuan sering diperkecilkan dan diapi-apikan oleh golongan bodoh ini..

Aish, geramnya saya membaca komen-komen yang langsung tidak menghormati taraf dan kedudukan seseorang sebagai alim ulama..
Betapa ramai macai yang mengata dan mempersendakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi..
Juga tidak sedikit dari golongan yang berpendidikan menghentam Us Hasrizal dek kerana kepedasan tarbiyah yang diutarakan..
Sedang Us Azhar Idrus sendiri, yang mempunyai peminat dari pelbagai lapisan masyarakat turut dijadikan bahan sasaran cai-cai ini untuk terus menambah dosa..
Sehinggakan Us Zaharudin semakin kurang bicaranya di muka buku lantaran tidak mahu melayan perangai cai-cai yang menyampahkan hati ni..
Terbaru, Us Nik Abduh diperli dan dikatakan dengan pelbagai bahasa yang menyakitkan hati, dek kerana mereka tidak memahami analogi yang disampaikan..

Ai cukup marah dan geram bila puak-puak cai ini sesedap rasa mengutuk, memfitnah dan mengata para ustaz dan ulama..
Sedih orr.. =( huhu..
Macamlah ilmu depa tinggi sangat nak cakap dan fitnah macam-macam..
Huhu..

Dan papagomo nampaknya masih belum bertaubat..
Suruh cai-cai boikot air asia..
Ape kena dengan mereka semua ni?
Takut sangat dengan cina..
Haha..

Kebencian..
Dendam..
Iri hati..
Semakin bertambah dalam negaraku ini..
Entah di mana harusku temui tempat nan indah untuk bercinta nanti..
huhu..

Ya Allah, ampunkan mereka kerana mereka tidak tahu..
Dan musnahkanlah mereka yang melakukan kezaliman..
Izinkan dengan kudrat-Mu, islam pula yang berkembang biak subur di bumi ini..
Kerana aku rindu akan pemuda yang merapatkan safnya pada awal waktu..
Dan pemudi yang menutupi segala kekurangan(aurat) dari mereka yang tidak hak..
Kembalikanlah islam kepada Malaysia..

Seorang Pemuda Yang Aku Kagumi.. =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Entah kenapa tiba-tiba saat meneliti satu per satu gambar-gambar pahlawan PRU jentera PAS..
Aku melihat seraut wajah yang bercahaya..
Seaakan Tok Guru Nik Aziz wajahnya..
Aha, rupa-rupanya anak Tok Guru..
Alhamdulillah beliau memenangi Parlimen N22 Pasir Mas mengalahkan si katak Ibrahim Ali..
Pemuda tersebut adalah Nik Mohamad Abduh..

Meneliti kata-katanya di mukabuku..
Cukup membuatkan aku kagum dan merasa hormat kepada dia..
Eh tak, bukan cinta.. haha..
Cuma kagum seperti kagumku pada seorang guru..
Seperti aku mengagumi Ustaz Hasrizal..
Mendalami pemikirannya, membaca bukunya, menghadiri kuliahnya..

Dan setelah aku 'stalk' satu demi satu..
Oh, rupa-rupanya pemuda ini juga menulis buku..
InsyaAllah akan ku cari dan akan ku dalami pemikirannya..
=)
Kalaulah aku ini penduduk Kelantan, pasti akan ku hadiri kuliah-kuliahnya..
Rindu pemuda-pemuda yang lantang berbicara soal kebenaran..

Tidak salah rasanya menyukai para ilmuan, alim ulama'..
Kan?
Jom ramai2 like fb pemuda yang memperjuangkan agama ini..
https://www.facebook.com/pages/Nik-Mohamad-Abduh/177786515581027?ref=hl

p/s: encik bakal suami jgn marah ye.. =P
insyaAllah saya ingin mencintai anda bila tiba masanya, bukan insan lain.. (^_^)

Alangkah sedih rasa hati..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Aku sedih..
Hari isnin yang gloom.. =(
Semuanya telah terbukti..
Bangla Nation.. Project Blackout..
Adohai~ akhirnya melepas anganku ingin merasa sup telinga..
=.='

Sedih..
"Ooo yeke, em Allah blm br pluang lg la tu utk PR mmrintah"
Huhu, tenangnya awak..
Saya sedih..
Jujurnya, sukar membesarkan anak-anak dalam jahiliyah moden..
Sedang menepis jahiliyah moden juga diri ini lewat tersungkur..

Adapun..
Tahniah 2 MP PAS baru..
Ust Nasaruddin Tantawi.. Yeay, org Temerloh koi~ =)
Dan anak tok guru, Ust Nik Abduh.. muka dia comel, bercahaya je.. hihi..

Sedih..
Nak guling-guling-guling atas katil sambil menangis..

Konspirasi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah,
KISSM dah lepas.. =)
Soalan dapat dijawab..

Mengenai taklimat SPP sebentar tadi..
Entah..
Aku tak rasa apa-apa sebenarnya.. =.='
Mula-mula agak risau jika tak dapat kerja, posting lambat dan sebagainya..
But then think again, rezeki aku ada di tangan Tuhan kan?
Why worries? just berusaha sahaja, insyaAllah kerja itu ada di mana-mana..
=) insyaAllah..

Bila orang bicara ini soal politik..
Hahahahaha.. iya-lah, sudah baru sedar ke selama ni?
Bagaimana kerajaan Malaysia islam (konon-kononnya) ini mempolitikkan seluruh kehidupan kita?
Mencorakkan seluruh kehidupan kita?
Dengan media, undang-undang, peraturan, hukuman dan cara hidup yang tak islamik langsung..
Buat sesiapa yang sedar, baguslah..
Tetapi buat yang selama ini hanya menurut iya, iya, iya kepada si talam 2 muka..
Nah, baru kau kena penangannya..
=.='
Aish, tulis pelik-pelik karang kena pulak ISA.. huhs~

Apabila kerajaan ini mula diperintah di bawah petunjuk barat..
Ianya tak pernah menyatakan bahawa kita merdeka..
Mungkin luarannya, ya, merdeka..
Tapi pemikiran dan gaya hidup kita tidak pernah merdeka dari jajahan mereka..
Jadi, harus bagaimana merdeka?
Bagi aku mudah, ....... ya, betullah apa yang ada dalam fikiran kamu semua tu..
Bukan apa, aku dah muak dengan kebaratan ideologi kita pada zaman ini..
Sehinggakan pembelajaran mengenai teori-teori pendidikan, tiada seorang pun tokoh Islam diangkat..
Nabi Muhammad sendiri pun tidak disebut dalam buku-buku teori pembelajaran..
Tak cayer gi lah carik..!! =.='
Betapa korupt-nya pemikiran kita eh? terjajah-nya pemikiran kita?

Dahla, aku nak duduk diam-diam, pangkah, dan tunggu kerajaan berubah..
Titik!

Sepintas lalu mengenai 'punggung kepada encik N'..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kadang-kadang bila lecturer ada bercakap mengenai 'hal' ini..
Aku bukak mp3 dan dengar kuat-kuat..
Bukan apa, kalau sakit hati mendengar 'nasihat' dan 'tauladan yang baik' dari lecturer..
Baiklah dielakkan sakit hati tersebut..

Dan ajaibnya golongan dewasa ini..
Mereka terkadang seperti tidak nampak wujudnya dua golongan..
Yang mempunyai perangai seiras..
Tapi, satu golongan dihukum, sedang satu golongan lagi dibiarkan..
Bagi aku, di mana keadilannya di situ..
Dan aku hanya tergelak besar membaca dada-dada akhbar..
Serius kelakar!
Kalau siapa yang baca dan percaya mati-matian, aku memang kasihan..

Ada juga di kalangan 'dewasa yang matang' yang tidak puas hati terhadap golongan tersebut..
Melemparkan kata cacian di mukabuku dan kicauan-kicauan..
Hah, semacam mereka itu malaikat dan tidak pernah merasakan ketidakpuashatian terhadap orang lain..
Sedangkan perbuatan mereka itu sendiri pun melambangkan betapa rendahnya nilai mereka..
Sehingga ada yang berkata 'tulah kecik-kecik tanak ******, dah besar menyusahkan mak bapak'..
Fuh, 'tabik springg' orang yang berkata macam ni..
Bagi aku, sesiapa yang kata macam ni, pada waktu remajanya, dia adalah seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan hatta sekecil batu kerikil pun..
Sebab tu mereka boleh nak 'mengata' tahap yang sedemikian..

Normal.. normal sangat untuk remaja ini melakukan kesilapan..
Hatta dari segi apa pun..
Kerana mereka remaja, yang masih perlu dibentuk, diperbaiki, diasuh..
Dan golongan dewasa itu yang melemparkan tohmahan, alangkah busuknya perangai mereka sedemikian..
Tidakkah mereka juga pernah remaja?
Pernah merasai hati yang panas tatkala remaja?
Pernah melanggar beberapa peraturan tatkala remaja?
Tidak pernahkah?
Jadi, mengapa masih tidak memahami? =.='

Tidaklah pula aku ingin menyokong perbuatan tersebut..
Aku cuma ingin mengatakan bahawa betapa dengkilnya pemikiran mereka yang terlalu cepat menghukum..
Dan kepada insan-insan 'dewasa matang' yang kencing di gambar pemimpin PKR, dan menari tarian punggung di hadapan rumah Ambiga..
Apa hukumannya bagi mereka?
Sudahnya, takkan si dewasa terlepas dari perlakuan? sedangkan anak remaja terus-terusan dihukum?
Huh.. langsung tidak menunjukkan 'role-model' yang baik di situ..
Ayuh lihat kembali kata-kata Tan Sri A Samad Ismail..
'Mutiara tidak mungkin dapat dikaji tanpa merujuk kepada tiram yang menghasilkan mutiara serta memahami penyakit yang mengetahui bakteria yang menjadi puncanya.."
Nah! jadi siapa yang harus bagi tauladan pada siapa?!

Kurangnya pengertian kalian pada remaja..
Mudahnya kalian memberikan hukuman dari mendidik..
Dan kalian mengaharapkan penghormatan setinggi gunung..
Boleh blah!
"bertindak menggunakan akal" konon!
Dah siapa yang cakap mcm tu, bercakap menggunakan akal-kah?
Akal lutut mungkin!

::dengar ceritanya remaja ini setelah pulang dari Bukit Aman, berkurung seharian di dalam bilik dan tidak mahu keluar-keluar.. Sudahnya, di mana masa depan dia? =.=' adakah masa depan cuma cerah buat mereka yang menari punggung di hadapan rumah Ambiga? ::

p.s : aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi dewasa yang mengerti akan anak-anak remaja dan berupaya membimbing mereka.. insyaAllah..

Something to ponder upon.. hmm

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful..

A man :
I'm curious.. with your resume, as accomplished as you are, you could've had it pretty good back there...
Money and connections, you can buy a pretty good life..
Maybe even one of those houses in one of the palace..
Stil you chose to come here, why?

Another man :
Believe me, i've had plenty of colleagues who have gone down that route, eking what they can from a world thats on its last breath.
But i didn't want that for my children.
I know, life now, here is gonna present a lot of challanges to say the least, but i think they deserve the chance to be part of something real, something new, something that has a future.

~Wouldn't you said that this country is a world thats on its last breath..
~Wouldn't you want something to move on, something to fight, on this county..

I would.. I want a better future for my children, a future that have a way of life in it.. An islam way.. Put some courage, to define a new world on your own.. Dreams.. Even dreams has it challanges..

**wouldn't faith must be tested? yup.. =) it is..


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU