Moga Allah mengampunkan aku atas perasaan ketidak puasan hati ini..
Dear KPM..
YOU are awesomely stupid..
YOU are like sihr that can separate between a husband and a wife..
and YOU are full of liars! Pukul 5 kepala hotak kau!
If I not in a contract with you..
I will take another way, better than being under u, KPM..
Aku benci KAU, KPM..
Boleh berambus!
pui..!
lAbEllinG After Wed , annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , Little SomeThing , my ThinkIn , SAKET
Bila yang diharapkan tidak sudi.. =(
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
.titik.
.diam.
.merajuk.
tak lah mengharapkan intan berlian, permata apa semua..
TAPI, cukup dengan sedikit perhatian dan penghargaan..
Bila bisikan tidak didengari..
Aku mungkin sahaja tidak akan menjerit..
Tapi akan terus diam..
DIAM
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , Umarku
Being strong..
In the Name of Allah, the Most Glorious, The Most Merciful..
It was tired to run back from KL to Pahang..
In 2 days marathon..
With a thousand of goodies -bag waiting to be done..
Its parching..
=(
With no support..
With no one to help..
Thinking about quit is not the best way..
I'm not quitting..
But, a little help could keeping away my sore..
I guess this is it..
Doing it quietly..
What to bother, when talking to someone who never heard..
I'll put my trust in Allah..
He knows..
He always know..
=')
Allah, ease me..
lAbEllinG annoying.. , Bee-Eye , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
No racist please, bro!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ramai di antara kita yang suka menulis dan menghentam pelbagai pihak..
Termasuk-lah menghentam para alim ulama'..
Sudah menjadi sunnah, para ilmuan sering diperkecilkan dan diapi-apikan oleh golongan bodoh ini..
Aish, geramnya saya membaca komen-komen yang langsung tidak menghormati taraf dan kedudukan seseorang sebagai alim ulama..
Betapa ramai macai yang mengata dan mempersendakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi..
Juga tidak sedikit dari golongan yang berpendidikan menghentam Us Hasrizal dek kerana kepedasan tarbiyah yang diutarakan..
Sedang Us Azhar Idrus sendiri, yang mempunyai peminat dari pelbagai lapisan masyarakat turut dijadikan bahan sasaran cai-cai ini untuk terus menambah dosa..
Sehinggakan Us Zaharudin semakin kurang bicaranya di muka buku lantaran tidak mahu melayan perangai cai-cai yang menyampahkan hati ni..
Terbaru, Us Nik Abduh diperli dan dikatakan dengan pelbagai bahasa yang menyakitkan hati, dek kerana mereka tidak memahami analogi yang disampaikan..
Ai cukup marah dan geram bila puak-puak cai ini sesedap rasa mengutuk, memfitnah dan mengata para ustaz dan ulama..
Sedih orr.. =( huhu..
Macamlah ilmu depa tinggi sangat nak cakap dan fitnah macam-macam..
Huhu..
Dan papagomo nampaknya masih belum bertaubat..
Suruh cai-cai boikot air asia..
Ape kena dengan mereka semua ni?
Takut sangat dengan cina..
Haha..
Kebencian..
Dendam..
Iri hati..
Semakin bertambah dalam negaraku ini..
Entah di mana harusku temui tempat nan indah untuk bercinta nanti..
huhu..
Ya Allah, ampunkan mereka kerana mereka tidak tahu..
Dan musnahkanlah mereka yang melakukan kezaliman..
Izinkan dengan kudrat-Mu, islam pula yang berkembang biak subur di bumi ini..
Kerana aku rindu akan pemuda yang merapatkan safnya pada awal waktu..
Dan pemudi yang menutupi segala kekurangan(aurat) dari mereka yang tidak hak..
Kembalikanlah islam kepada Malaysia..
lAbEllinG annoying.. , Grown up , Grrrrr.. , my ThinkIn , Politics view.. , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Alangkah sedih rasa hati..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Aku sedih..
Hari isnin yang gloom.. =(
Semuanya telah terbukti..
Bangla Nation.. Project Blackout..
Adohai~ akhirnya melepas anganku ingin merasa sup telinga..
=.='
Sedih..
"Ooo yeke, em Allah blm br pluang lg la tu utk PR mmrintah"
Huhu, tenangnya awak..
Saya sedih..
Jujurnya, sukar membesarkan anak-anak dalam jahiliyah moden..
Sedang menepis jahiliyah moden juga diri ini lewat tersungkur..
Adapun..
Tahniah 2 MP PAS baru..
Ust Nasaruddin Tantawi.. Yeay, org Temerloh koi~ =)
Dan anak tok guru, Ust Nik Abduh.. muka dia comel, bercahaya je.. hihi..
Sedih..
Nak guling-guling-guling atas katil sambil menangis..
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , Politics view.. , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , Umarku
Ichigo-kun!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Seriously, dah start rasa boring, duk rumah tak buat apa2..
Huk~
Memula dulu rajin-lah jugak..
Lama-lama makin worn out.. sobs~
=(
Hehe..
Tapi mengulang semula cerita Bleach memang best..
Somehow teringat semula..
Ichigo-kun pakwe pertama saya.. haha..
Amat comel dan bajet.. =)
I do learn friendship from this anime..
(^_^)
Kurosaki-kun.....
Suka awak.. he.he..
(tak malu!)
lAbEllinG annoying.. , Eh? , LaLaLa , Little SomeThing , my ThinkIn
Like you..
In the Name Of Allah, The Most Glorious, The Most Merciful..
You are sooooo busy..
I wish I was as busy as you..
So that I had a reason to not replying your message..
Like you always do..
But I am not..
And you don't understand..
Its killing me..
You are gonna be the closest person to me..
Yet, you are soo far..
And I cant imagine how it will be..
I'm sad..
I am..
=(
lAbEllinG annoying.. , Bee-Eye , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , Umarku
Kalau rindu..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Lelaki dan perempuan itukan berbeza..
Bagiku, semakin aku berjumpa dengan dia, semakin rasa rindu pada dia..
Entah rindu kenapa..
Mungkin rindukan kata-kata dan senyuman dia..
Mungkin..
Atau cuma mungkin rindu merasa keperluan seorang lelaki di dalam hidupku..
Tapi..
Aku masih tidak mahu merindui dia..
Masih bersalah rasa hati ini tika merindu..
Bolehkah? atau tidak boleh? =(
Aku takut dalam ingatanku pada dia..
Sudahlah fikiran dan hati..
Biarkan bayangan dia pergi buat masa ini..
Dia masih belum halal untuk dirindui..
Dan kenapa perlu merindu kerana masih tiada apa-apa antara kalian?
Aduhai diri..
Sudah hentikan kegilaan keperluan ini..
Kau ada Allah..!
Sudah, cukup kebergantungan pada Allah saat ini..
Allah yang mencampakkan rasa ini..
Ya Allah, campakkan rasa yang lebih indah saat halal nanti..
Biar rasa ini tenggelam sendiri buat sekarang..
Dah! Tak payah nak berangan!
=.='
Adohai~
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , LaLaLa , Little SomeThing , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , Umarku
adohai~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Adohai~
Bukanlah aku tidak bersyukur.. naudzubillah~ huhuh..
Tapi kenapa sejak dua menjak ini..
Rasa TAK SEMANGAT nak buat apa-apa?!
=.='
sobs~
Alik-alik, bangun pagi-kemas rumah-masak tengahari-petang tak buat apa2-malam tido..
Adohai~ kenapa ni anis?!
Baju nikah tu haaaa, menunggu untuk diulit dan dioter~
Nak nikah ke takkk ni, anisss?! (nak, tapi....)
Berbagai sayur, ikan apa semua dalam peti, tunggu untuk dimasak dan dihias~
Tak nak belajar masak ke aniss?! (nak jugak, tapi.....)
Betul jugak cakap sebahagian ulama'..
Pemuda (huhu, I ni pemudi) jika duduk setempat ibarat air..
Air yang mengalir akan jernih, sebaliknya air yang bertakung akan membusuk..
BUSUK-nya engkau aniss~ sob,sob,sob =(
Oh plis..
Nak jumpa team aqsa syarif..
Nak g kuliah Ustaz Hasrizal..
Nak g self building Us Pahrol..
Nak mengembara..
Nak berjalan meluaskan pandangan..
Nak melarikan diri..
Huhu..
=(
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih,
Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas,
Aku berlindung kepada-Mu dari sifat takut dan lokek,
Aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia"
(HR Abu Dawud)
Aminn~ sobs..
Lari jauh-jauh g Palestin..
Adohai~ >.<
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
urgh.. =.='
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Baru dapat tulis dalam papan kekunci yang full.. =(
Entah bila nak beli laptop baru..
Entah bila nak posting..
Entah bila.. entah bila.. entah bila..
huhu.. mungkin ni kesannya tension duk rumah kot..
=.='
"If I die young, bury me in satin
Lay me down on a bed of roses
Sink me in the river at dawn
Send me away with the words of a love song
Lord make me a rainbow, I'll shine down on my mother
She'll know I'm safe with you when she stands under my colors,
And life ain't always what you think it ought to be, no
Ain't even grey, but she buries her baby
The sharp knife of a short life, well
I've had just enough time
And I'll be wearing white, when I come into Your kingdom
I'm as white as the ring on my little cold finger,
I've never known the loving of a man
But it sure felt nice when he was holding a covenant
There's a boy here in town, says he'll love me forever,
Who would have thought forever could be severed by
So put on your best, boys, and I'll wear my pearls
What I never did is done
A penny for my thoughts, oh no, I'll sell 'em for a dollar
They're worth so much more after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singin'
Funny when you're dead how people start listenin'
The ballad of a dove
Go with peace and love
Gather up your tears, keep 'em in your pocket
Save 'em for a time when you're really gonna need 'em.."
Hidup kat dunia ni pun sekejap je..
=.='
Dah, takyah harapkan ape-ape dah, dari sesiapa pun..
Harapkan bahagia yang Allah bagi..
Biar seorang, biar berdua, bertiga, berempat, berlima..
Hakikatnya tetap seorang..
Mengharapkan orang memahami kita..
Sedangkan diri kita sendiri pun tidak memahami diri ini..
Sudahnya..
biarkan saja-lah..
Tido lagi bagus.. =.='
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Kesilapan para DAEI di mukabuku..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
ok, ni post serius dan panjang.. =.='
Aku pernah 'subscribe' pada seorang yang pada mulanya aku rasakan sebagai daei'..
Tetapi setelah sekian lama, naik muak pulak membaca segala nota-nota cinta, lukisan-lukisan cinta berbagai..
Haish, ini salah!
Lalu aku pun un-subscribe lah dari insna tersebut, buat apa sakit hati lama-lama, tambah dosa jerk..
Us Hasrizal juga ada menegur pelukis-pelukis islamic agar lebih 'berpijak di alam nyata'..
Terkadang cantik sungguh lukisan seorang pemuda dan pemudi yang amat islamic..
Malangnya, mereka ternyata bercinta dalam gambar tersebut..
Aish, macam ni ke islam?!~
Macam ni ke kita nak orang kafir tengok islam?!~
Pemuda dan pemudi yang gatal nak bercinta?
Kalau perkara tersebut diutarakan antara geng-geng meroyan kita ajer, takpe-lah lagi..
Ni nak dihebohkan pada seantero dunia..
ish, ish, ish~~~
Ada sesetengah pula yang menukilkan ayat-ayat penuh islamic..
Disertakan lagi dengan nama Allah, nabi Yusuf dan sebagainya..
Contohnya..
Ya Allah, aku rindukan dia keranaMu Ya Allah.. Kau bawalah cinta kami ke syurga..Aku hempuk karang nak?! haish~
Tahu tak bahawa ayat 'kerana Allah' itu merupakan suatu ayat perjanjian yang amat besar nilainya..
Kita solat, kerana Allah.. puasa, kerana Allah.. zakat, kerana Allah..
Ni kau nak bercinta tanpa nikah(jalan kepada zina), nak guna 'kerana Allah' jugak?
Haish.. jangan! takleh guna!
Nak-nak lagi kalau golongan daei'-daei' ni yang guna..
Sakit mata membacanya, amat memalukan, dan ianya bakal mempengaruhi berapa ramai subscriber yang turut membaca ayat geli berkenaan..
Ada juga sesetengah daei' yang tidak melayan bab-bab cinta ni, tapi malangnya amat gemar update status yang 'remuk hati' di mukabuku..
Kadang-kadang rasa nak gelak je baca..
Macam ni ke seorang daei'?
Ada juga sesetengah yang update ayat-ayat yang hampeh lagi menghampehkan..
Seriously..
Korang tu daei..
Please-lahh, betul seandainya kalian mengatakan bahawa kalian cuma manusia biasa, let say, betullah tu..
Tapi toksahlah bagi orang 'subscribe' dan 'like' page anda yang kecewa, putus asa dan sebagainya tu..
Adohai..
Sudahnya ramai nanti yang akan terpengaruh, mengikut-ngikut apa 'kejahatan' atau 'keburukan' yang kita pamerkan..
Nanti ada segolongan manusia yang malas nak berfikir akan balas balik jika orang nasihat..
"encik .......... boleh pulak buat/ tulis camni kat mukabuku dia, takkan saya salah pulak?"Haaa... kan dah bahaya tu, perkara yang tak elok jadi ikutan..
Entahlah, bagi aku, mukabuku tu cuma medium untuk berdakwah untuk para daei'..
Jadi para daei' perlu menjaga ikhtilat mereka..
Aku pun pernah terlibat dalam kes di mana seorang teman yang luarnya amat islamic, tapi ikhtilat tak dijaga dalam facebook sehingga ditegur..
Yelah, tu facebook kita, bercakap pun tak mcm bercakap kat luar, tapi kalau kita daei', pandai-pandailah bawak diri, common sense kan?
Ke daei'-daei' ni lembap jugak? =.=' huhuh
Dah kalau meroyan sangat nak update pasal kegelian, kecintaan, kebahagiaan, kemarahan dan sebagainya..
Just buat private dan tag ajerlah sesiapa yang nak ditag..
Susahke?!~ hmm.. fikir sendiri..
Ada juga segolongan insan-insan yang aku nak kata diorang ni tak faham agama, taklah..
Tapi mungkin kurang sikit pengetahuan dalam agama..
Tapinya, duk mengepost status-status yang amat mengelirukan tentang islam di mukabuku..
Niat dah baik, dik~ tapi cara tu salah..
Next time kalau nak post perkara berkaitan islam di mukabuku, pastikan kita tahu dengan mendalam tentang perkara tersebut..
Takut ianya menjadi fitnah kepada islam..
Aku pun taklah kata aku ni perfect dalam mengepost apa2 di mukabuku..
Tapi aku rasa aku jaga mana-mana yang patut..
Agar tidak membawa fitnah kepada islam..
Hak asasi korang bersuara apakemende semua, lantak korang-lah..
Tapi tolonglah jangan menjatuhkan islam dengan perangai ketegaq korang tu..
Risau.. risau dengan keadaan ini..
Bila ditegur dengan cara yang baik, membalas dengan 1001 ayat alasan dan bidasan..
Aish, lantak hampa-lah..
Kesimpulannya..
Jagalah islam di mana jua hatta di mukabuku..
=.='
Kalau korang tak jaga, jangan marah kalau aku un-friend atau un-subscribe..
Sebab aku menyampah..
=p
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , my ThinkIn , Post yang panjang , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Konspirasi..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah,
KISSM dah lepas.. =)
Soalan dapat dijawab..
Mengenai taklimat SPP sebentar tadi..
Entah..
Aku tak rasa apa-apa sebenarnya.. =.='
Mula-mula agak risau jika tak dapat kerja, posting lambat dan sebagainya..
But then think again, rezeki aku ada di tangan Tuhan kan?
Why worries? just berusaha sahaja, insyaAllah kerja itu ada di mana-mana..
=) insyaAllah..
Bila orang bicara ini soal politik..
Hahahahaha.. iya-lah, sudah baru sedar ke selama ni?
Bagaimana kerajaan Malaysia islam (konon-kononnya) ini mempolitikkan seluruh kehidupan kita?
Mencorakkan seluruh kehidupan kita?
Dengan media, undang-undang, peraturan, hukuman dan cara hidup yang tak islamik langsung..
Buat sesiapa yang sedar, baguslah..
Tetapi buat yang selama ini hanya menurut iya, iya, iya kepada si talam 2 muka..
Nah, baru kau kena penangannya..
=.='
Aish, tulis pelik-pelik karang kena pulak ISA.. huhs~
Apabila kerajaan ini mula diperintah di bawah petunjuk barat..
Ianya tak pernah menyatakan bahawa kita merdeka..
Mungkin luarannya, ya, merdeka..
Tapi pemikiran dan gaya hidup kita tidak pernah merdeka dari jajahan mereka..
Jadi, harus bagaimana merdeka?
Bagi aku mudah, ....... ya, betullah apa yang ada dalam fikiran kamu semua tu..
Bukan apa, aku dah muak dengan kebaratan ideologi kita pada zaman ini..
Sehinggakan pembelajaran mengenai teori-teori pendidikan, tiada seorang pun tokoh Islam diangkat..
Nabi Muhammad sendiri pun tidak disebut dalam buku-buku teori pembelajaran..
Tak cayer gi lah carik..!! =.='
Betapa korupt-nya pemikiran kita eh? terjajah-nya pemikiran kita?
Dahla, aku nak duduk diam-diam, pangkah, dan tunggu kerajaan berubah..
Titik!
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grown up , Grrrrr.. , my ThinkIn , Politics view.. , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Excuse me..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Kadang-kadang Allah menguji kita dengan mengutuskan 'difficult people' ntuk kita manage..
Excuse me.. urghh..
Can't you see I'm in a middle of drowning?
Keadaannya seperti saya sedang lemas..
Kengkononnya dia nak menyelamatkan saya, but instead of rescuing me..
Dia pula yang lemas di situ..
And I have to save her first..
Then, gotta save myself..
And be thankful of her?
Errr.. ??!!
Seriously..
You are very lucky because I'm not at the PMS mood..
Because if I am, you are not very lucky then..
Sabor jelah.. =.='
Haish.. manusia.. manusia..
Errr, anis! sabar sikit ye, dah, teruskan hidup.. =.='
ps: somepeoplejustneedahighfive.intheface.withachair!
ps2: its nice to have someone who understand and told me, its ok anis, u just a human being.. ='(
lAbEllinG annoying.. , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Cuba untuk tidak menjadi Sarkastik dalam melepaskan..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ada satu masa, kita perlu melepaskan..
Maybe a friend, maybe a lover, maybe a thing..
Bila yang dijanjikan tidak lagi menjadi tuntutan..
Dan bila kehidupan mulai berubah..
Bila mendapat perkara-perkara baru dalam hidup..
Kita perlu melepaskan sesuatu yang lain..
ENTAH tak tahu apa yang kita lepaskan itu sesuatu yang berharga berbanding apa yang bakal kita dapat..
Ustaz Hasrizal berpesan, jangan jadi sarkastik..
Oh, susahnya tak jadi sarkastik bila dah sakit hati..
=.='
Geramm je nak bedebush2 orang dengan sarkastik kita..
Tapiii... jangan buat ye, tak baik! =(
OK-lah sahabat..
Aku taknak sarkastik, aku nak cakap terus je..
If i'm hurting you, i'm sorry..
But I think I have given all my best to be your friend..
A friend that U can trusted, that never betray you..
SO now..
Just ask yourself, kalau berbaloi melepaskan saya demi perkara-perkara yang awak lakukan sekarang..
Takpelah, saya tak mengungkit pun..
Just hoping that U find your happiness along the way..
=.='
Ok, tak sarkastik kan?
Alhamdulillah..
Sedih? sedih la jugak, xpelah, hal-hal dia lagi penting dari saya, mungkin.. sy pon taktau jugak..
Dahla, takyah sedih..
Senyum je..
Takpe je pun jadi pakai buang, orang nak guna ambik, taknak guna xpe je buang kat tepi..
Saya, diri ini, berusaha jadi sahabat yang baik..
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Politikus diri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Be a man of your words!
Serius....
Kadang-kadang kita mendengar kata-kata seseorang itu..
Marahnya mengenai sesuatu hal..
Mahunya mengenai sesuatu hal..
Dan sedikit sebanyak, kita mempercayainya, kerana apa yang dikatakan itu adalah kebenaran..
Tetapi apabila perbuatannya menyalahi apa yang diperkatakan....
Oh, why? why? why?
Somehow, ramai yang akan berkata, well, itulah politikus diri..
Grr, nope!
Rasulullah pun berpolitik juga, tapi adakah Baginda menyalahi apa-apa yang diperkatakannya?
Sultan Al-Fateh juga berpolitik, tetapi adakah beliau takut akan setiap kepercayaannya?
Cuma nak cakap, muslim itu seseorang yang berpegang pada perkataannya..
Dan seandainya apa-apa yang dikatakannya itu kebatilan, beliau akan membetulkannya..
Dan menegakkan kebenaran..
Kan?
Seriously, be a man of your words!
ps: hilang respek dan kepercayaan pada orang2 yang takut dengan kata-kata sendiri.. huhu, lain kali jgn cakap kalau taknak buat! or at least ckp-lah awal2, 'aku ni cakap je pandai, tapi aku tak buat ponn!'.. haha, sbb sy pon selalu jugak cakap mcm tu pada setiap kenyataan yang sy rasa sy x mampu nak lakukan.. if not so, i'm a very principle person.. berpegang pada prinsip diri.. lantaklah org lain nak cakap ape... kan?
lAbEllinG annoying.. , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , my ThinkIn , SAKET
Shame on me..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Oh malunya rasa diri..
Yang selalu malas membuat assignment.. =(
Seriusly, taknak buat boleh x?
Kenapa yang lain semua rajin dan bersemangat?
Dan kenapa aku tidak.. =.='
Astaghfirullah..
Perlu betulkan mind-set ataupun bagaimana ni?
Adakah tidak itqan jika aku begini? =(
Tapi pun kerja tu semua tidak menyumbang apa-apa kepada dunia islam..
Anis, kenapa berfikiran begitu.. huhu..
Allahu, malunya dengan kerja yang dihantar, namun dibuat dengan tiada kesungguhan..
Weih-la, kenapa dengan aku ni.. hoiyoi... =.='
Mungkin dah lama sgt duduk kat maktab sampai tak rasa apa-apa buat asignment..
huhu..
Maafkan saya pensyarah, saya cuma buat sahaja tanpa ada hati yang hadir..
Maafkan..
Dan saya harap suatu hari nanti, sistem pendidikan ini bakal berubah..
Ke arah yang lebih baik..
Malunya dengan diri sendiri, kawan-kawan, pensyarah, dan Allah.. =(
Ni kerja saya, tapi sy buat tidak sungguh2..
Ya Allah, saya taknak rasa tidak bersungguh ini.. tolonglah hambaMu ini.. huhuhu
ps: dah kalau aku baut kerja cap ayam sekarang, agak-agaknya nanti anak murid aku buat kerja cap apa pula ya? huhu... =(
lAbEllinG annoying.. , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. , SAKET
Moga..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Cuma satu perkataan yang menusuk :
"semoga yang bertinta itu terlebih dahulu mengamalkannya.."
Mencari-cari sesuatu mutiara di web page PEMBINA..
Terbuka sebuah hikayat 'aku hanya seorang dustbin bieber'..
http://pembina.com.my/aku-hanya-seorang-dustbin-bieber/
Dengan 'sampah' dan 'celaka'-nya, Azim Taiping ternyata mempersembahkan kehidupan seorang insan..
Yang sedikit sebanyak, membuat aku merasa, itulah aku.. =.='
Rasa fed-up juga..
Mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi..
Untuk kelihatan manis dan cantik di hadapan ramai orang..
Sedangkan hati sampah.. =.='
Berusaha untuk mempamerkan senyuman dan kata-kata yang indah..
Menarik sebilangan insan supaya sedar bahawa islam itu chantek..
Sedang dalam hati mengutuk-ngutuk, mencerca dan segala husnudzan dilemparkan..
Moga apa-apa yang aku nukilkan..
Tidak menjadi tinta yang akan menghukumku di akhirat kelak..
Aku cuma ingin memperbaiki diri..
Dan mereka-mereka di persekitanku..
Moga.. hendaknya begitulah..
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Like a cock (Ayam sungguh)
Bismillah..
Here's a one guy repeatedly making a same mistake..
Buy and sell his words to his enemy and friends..
And he thought that everyone would love him..
And here's a girl that can't keep her mouth shut..
Cock here and cock there..
And update her status in the fb like a innocent person..
And both are 'ayam'..
Look like human but they are not..
Maybe its you..
Maybe its me..
=.='
Oo Allah..
Forgive us for what have we done to ourselves and to people around us..
Sometimes, we are good, but sometimes, we just humans..
Oo Allah, forgive us for things that we don't know..
Forgive us for what have passed..
lAbEllinG annoying.. , Bee-Eye , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Umur 23 dah kahwen hoi~
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ade org kawen harini hoi..
Haha, tahniah-lah kepada Hilal Asyraf yang kahwen harini..
Semoga beliau dan jauzahnya berkekalan sehingga ke syurga..
Sikit pon haku tak jeles dia kahwein awal umor 23 tahun..
(ahahah, tipooo!!) =p
Semalam baru lepas borak-borak sambil minum kopi dengan kak Zura soal hubungan antara lelaki & perempuan dan especially, bab poligami..
Yelah, aku setuju sangat dengan pegangan Kak Zura yang poligami tu ibarat ubat..
Diambil ketika sakit, kalau tak sakit tak payah ambil..
Dan bagi kebanyakan perempuan, kadar emosi mereka tinggi dan logik mereka rendah..
So, kami mempunyai tahap cemburu yang tinggi..
Awas!!
(psss.. kalau pmpuan cemburu gila mcm godzilla yg lawan dgn otromen tu tau!!)
Tapi aku tak nafikan jugak yang lelaki yang cemburu gila lagi dahsyat, sampai boleh belasah2 bini dia..
Tapi aku rasa lelaki tu bukan cemburu gila, lelaki mcm tu gila! ahaha..
Poligami..
Ok, bagi aku.. err, entahlah..
Bagi aku, org lelaki ni memang mcm tu.. (skeptikal dowh)
Maksudnya, walaupun mereka mencintai seorang perempuan sahaja..
Mereka mmg kadang-kadang akan 'flirting' dengan perempuan lain..
Oh, err, bagi aku-lah kan.. itu fitrah diorang..
As long as makwe/ bini diorang tak tahu, then, x de siapa2 pun yg akan hurt disitu..
I mean, diorang 'flirt' untuk suka-suka tapi sebenarnya diorang setia jerr dengan yang sepatutnya..
Ok, jadi aku logically fikir yang poligami is normal and bukan ubat pun.. =.='
Ok, ke aku yang weirdo di sini? uhuks...
Dan aku lihat-lihat juga sejarah..
Bagaimana kisah-kisah sahabat Nabi, ok aku tak ambil contoh Rasulullah..
Sbb Rasulullah is the perfect man and his wives are perfect women.. =.=' and we are not perfect ok..
So, berdasarkan kisah-kisah sahabat Nabi, aku dapati diorang ni ramai je yang poligami..
Dikisahkan Umar Al-Khattab ada 8 org isteri, ad yg bercerai, mati, dll tapi bilangan semuanya adlh 8..
Bukan 8 dalam satu-satu masa ok..
Tu pun dia ad spend masa dia lagi untuk diam & mendengar bebelan isterinya dan sempat mengurus negara.. WOha! Respek beb!
Dan isteri dia pulak memang-lah cemburu, cuma tak buta dan berpada-pada..
ohoi, ni aku melihat dari kaca mata org lelaki, perkara mcm tu normal..
tapi dari kacamata seorang perempuan, siapa nak berkongsi laki weih..
Aku nak? aku tak kata pun mcm tu, i just said that all men are like that.. fitrah mereka.. hoho
Cuma ada-lah speciality yang perlu ada jika nak berpoligami..
As it dari segi agamanya perfect.. segi kewangan mampu.. segi fizikal hebat..
Barulah boleh, kan?
Ni kalau dari segi agama pun isteri jugak yg nak tegur dan gerak laki dia bangun subuh, hoi, x payah nak mimpi-lah nak poligami..
So, aku pun xder lah nak suami yg perfect sgt supaya nanti dia x dapat nak poligami jugak..
Woha! bernas jugak mcm tu.. hehe..
=D
Chills..
Rilex perempuan2 seantero dunia..
Lelaki memang mcm tu, just buat baik jer..
Kita takkan dpt hold-on to 'suami' kita forever..
Kdg2 dan kebanyakan waktu pun dia tak memahami kita..
So, takpelah kan..
Err, bagi aku, kat syurga jerr yang semuanya perfect..
=)
Betul kan?
p/s: kepada sesiapa yang kahwen umur 23 tahun dan kebawah, tahniah-lah!
apa-apa pun post ni x de kena mengena langsung dgn kahwin.. cuma poligami jerk.. haha..
lAbEllinG annoying.. , Eh? , LaLaLa , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE
Forever alone..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sumpah post ni x islamic langsung!! jangan baca!!
Aku pernah cakap kat sorang kawan..
'aku ni forever alone kan.. hahah.. sume korang dah bertunang kawen berbagai.."
Lepas tu kene marah..
Cisss betul, bukannya nak carik untuk aku ke hape..
Apelah~
Tapi siyesly..
Aku sedih-lah jugak..
Sebab sekarang dah jadi mcm sem pertama masuk maktab..
Sorang-sorang jek..
Kengkawan semua bizi dengan tunangan, calonan dan suami masing-masing..
Jadi, kalau nak kuar, kuar sorang-sorang..
Nak g ceramah kat luar, g sorang-sorang..
Nak makan, g carik sorang-sorang..
Nak g menenangkan fikiran pun sorang-sorang jugak..
Sedih gila!!
Bila jadi the least person on eberyone lists.. uhuk =.='
Ontahlah..
Aku cuma sedih kot sbb rasa mcm kawan-kawan dicuri..
Dan diorang pun x berperangai seperti muda-muda dulu dah..
Semua duk bzi cari duit berbagai..
Melayan bakal mak mertua, bakal kakak ipar semua, bakal suami bla2~
Tinggallah aku sorang-sorang..
Wahhhhhh, sedih gila!!!
Bak kata fader, 'itulah kehidupan'..
Yelah, aku patut expect pun keadaan mcm ni kan..
Memanglah tak dinafikan gembira gaban dengan semua2 yang dah berpunya tu..
Tapi kan.. uhuk, sedihnya dah hilang kawan-kawan..
Memanglah deorang anggap mcm biasa-biasa ajer..
Bestfren forever bla3~ tapi x derlah mcm tu pun kenyataannya..
Tapi, makan dalam dowh, siapa yang tahu.. sob..sob..
Kesimpulannya, lenkali kalau hujung-hujung minggu yang takde pape..
Baik kau balik rumah jelah anis..!!
Save airmata dan perasaan dari duduk kat asrama sorang-sorang dan meroyan..
Sumpah sedih mcm ni.. uhuk.. ='(
p/s: esok nak mencari cinta di MPH-lah..
best jugak layan buku sorang-sorang.. =p
lAbEllinG annoying.. , Eh? , Grrrrr.. , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET


