Bukan sekadar warkah cinta berbau syurga..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang..

Apabila satu warkah itu bisa mengundang kesayuan dan cinta kepada Dia..
Apabila cinta yang dihamparkan itu menjadi wadah membangun diri..
Apabila kasih yang diberi menjadi semangat dalam jihad tuntutan Ilahi..
Lalu apa alasan aku untuk menolak cinta itu..

Entah, semoga rasa yang hadir itu buat penguat diri..
Aku ingin menjadi lebih baik dari ini..
Aku bahkan ingin menjadi yang terbaik..
Yang terbaik buat diri ini dan insan sekelilingku..

Bukan cuma warkah cinta berbau syurga..
Bukan..
Tapi aku inginkan cinta sebenar..
Yang datang dari Ilahi, dan mengalir sejuk ke dalam jiwa ini..
Cinta Ilahi, itu yang ku dambakan..
 

always wanted.. =(

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang..

People always wanted the most the thing that they cant get..
=( yes it was true..
sobsobsob..

I always wanted an older brother..
Seorang abang long..
Tetapi mustahil bagi aku untuk mempunyai abang..
Yep, i'm the older.. huhu..

These two night, I keep dreaming about my brother that i never have..
Bermimpikan seseorang yang tidak pernah pun hadir dalam hidup kita..
How's that possible? huhu..
But after wake up from the dreams, it seems so real..
I almost cry for having this feeling..
For missing someone that doesn't even exist..  

Seorang abang..
Yang selalu je ketuk kepala adik dia ni sebab nakal sangat..
Tapi bila adik dia nangis, dia akan tenangkan adik dia..
Yang selalu je buat-buat tak dengar akan masalah remeh adik dia ni..
Tapi dia tetap akan membalas kata dengan point yang tak masuk akal langsung dan kelakar..
Yang selalu je buat-buat tak kenal adik dia jika di sekolah..
Tapi pantang dengar adik dia dibuli, pasti dia akan back-up dan belasah budak yang membuli tu..
Yang selalu je cuba nak ngorat kawan-kawan adik dia ni..
Tapi selalu bagi nasihat kat adik dia supaya jaga diri dan elakkan berkawan dari orang lelaki..
Yang selalu mengelat dari buat kerja rumah dan pass-kan semua kerja tu kat adik dia..
Tapi selalu ajak adik dia ni main game ps sekali, dan selalu juga bagi can adik dia ni untuk menang..

Entahlah.. =.='
I want to dream again about him tonight..
So that I could story to him about my life here..
Dan dia akan sambut dengan gelak tawa dan lawak kelakarnya..
Aduhai..
Mimpi tu mainan tidur, tapi tak tahulah kenapa aku rasa begini..
Bolehkah kiranya aku bermohon agar dikurniakan seorang abang kandung di 'sana' nanti..
huhu..
Astaghfirullah.. aku pun tak tahu apa hukumnya merindui seseorang yang tidak pernah wujud.. =(

Masa..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pantasnya masa berlalu meninggalkan aku..
Untuk kesekian kalinya, aku menjadi terkesima dengan kedudukanku..
Ternyata kini aku sudah menamatkan pengajian..
Lalu, sudah dewasakah aku?
Entah, sukar bagiku membayangkan bahawa aku telah pun dewasa..

Pantasnya masa mendahuluiku..
Anganku untuk menjadi penyelamat nyawa ternyata masih belum sirna..
Tetapi aku hidup dalam dunia yang aku tempuh, dan aku menyukainya..
Keterujaan aku kepada insan-insan yang masih tidak berdosa dan tiada noda membalut diri..
Mungkin kerana aku sudah mulai dewasa, lalu sifat keibuan itu menjelma..
Menjadikan aku suka dan gembira dalam menyampaikan sedikit pengalaman dan pengajaran buat anak-anak kecil..
Anganku bercambah, aduh, sukar untuk dicapai, tapi aku tahu ianya tidak mustahil..
Jika hidup itu untuk berbakti dan memberi, mulialah seandainya aku memberi tenagaku dalam menjana insan islami..

Pantasnya masa itu berlari..
Masih terbayang kiranya kaki ini berlari di tepian sawah, tubuh kecil ini berendam di paya..
Lantas dimarahi dan dipukuli abah dek kedegilan dan kelasakanku..
Masih seronok untuk mengulangi memori yang sama, namun aku sedar semuanya telah berubah..
Keadaan, tempat, dan insan yang terlibat.. ada yang telah kembali, tidak kurang yang hilang dari hidup ini..
Seandainya keseronokan saat kanak-kanakku pada aktiviti sedemikian, lalu apakah pula keseronokan dalam usia dewasaku ini..
Hidup terlalu pantas, sukar mencari memori indah yang manis untuk ku kenang sehingga mati..
Entah, aku pun terkadang tidak dapat menikmati senyuman yang ku ukir sendiri.. bagaimana pula untuk aku merasai dan merenung lama senyuman yang lain..

Masa telah meninggalkan aku..
Akulah anak kecil yang masih merasa memerlukan belaian ibunda saat tidak berdaya..
Masih teringat suapan ummi pada diriku yang sukar sekali ingin menjamah nasi..
Masih terngia leteran dan teguran sayang ummi dan abah pada diri kerdil ini..
Entah bila lagi dapat ku balas jasa ummi, jasa abah..
Terlalu pantas, dan aku kini sudah mahu pergi..
Masih belum jiwa kekanak ku ini dipuaskan dengan tumpahan cinta dan sayang ummi dan abah, tetapi aku sudah mahu pergi..
Sudah mahu menumpahkan rasa cinta dan sayang ini pada yang lain, mampukah aku?? 
Singkat sekali masa itu, terkadang sejuta kali ku pinta agar diri ini senentiasa kembali menjadi si kecil itu.. masih belum puas rasanya..

Masa, engkau telah mendahuluiku..
Tidak mengapa, aku ingin tersenyum kepada-mu yang memberikan sejuta pengalaman dan makna kehidupan..
Yang telah pergi, sentiasa tercatat dalam memori, aduh, ingin aku bertemu kalian, mungkinkah di syurga nanti?
Yang senentiasa di sisi, sudahkah aku membalas jasa kalian yang tidak jemu memberi? Aduh lemahnya diri, sentiasa lupa akan jasa dan pengorbanan, sedang kalianlah gula dan garam buat diri ini.. penyeri, penyedap, perasa pengalamanku..
Yang akan muncul dalam masa-masaku nanti, terimalah diri ini seadanya aku.. Baikku cerminan baiknya budi kalian padaku.. dan burukku merupakan kelemahan diri ini.. aku membuka tangan ini menerima kalian, ingin sekali aku menjadi teman..

Demi masa, sungguh aku khuatir aku ini di dalam kerugian..
Ya Allah, jadikanlah aku ini sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan..
Dan hiasi diri ini dengan kesabaran yang tinggi..



I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU