Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Anis sayang..
Berusahalah tabah dan sentiasa tersenyum macam Joo Yoo Rin..
=')
Walaupun lepas satu-satu berdebuk masalah mendatang..
Teruskan hidup.. makan banyak2.. omomomomomo..
Baca buku banyak2..
Doa banyak2..
Mengaji banyak2..
BasHa!
Dan saatnya nak nangis tu, ingat..
Letakkan tangan di dada, dan tahan..
Saatnya bagai tiada yang memahami, ingat..
Allah kan sentiasa memahami dan mendengar..
Siapa perlukan manusia bila kau sudah ada Allah..
Yeah!!!
BasHa!!
Fighting!!
Oh yeah Anis, U can do it!
BasHa!
lAbEllinG Eh? , Grown up , Grrrrr.. , Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET
Fetih 1453
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Baru selesai menonton Fetih 1453..
Subtitle Indon, x kesahlah, janji faham..
Rumusannya..
Bak kata Us Syaari..
Sejarah tu ada, pengorbanan tu ada, Islamic tu ada, tapi penonton perlu take part yang mana boleh ambil dan yang mana tiruan..
Subahanallah..
Err, memang kagumnya lah dengan Sultan Fateh dan tenteranya..
Rasa-rasanya keadaan zaman sebenar dengan filem ni memang jauh beza..
Keadaan sebenar, tentu tentera Al-Fateh lebih islamic..
Takde lepak-lepak ni, mesti sentiasa solat malam, mengaji ape benda semua..
Aish, rugi lah dalam filem ni faruq aksoy tak tunjuk part-part islamic dan menyentuh jiwa keimanan..
Cuba kot tunjuk Al-Fateh ni bangun malam ke, daripada tunjuk dia kecewa sebab kalah..
Walaupun dalam sejarah memang isteri Al-Fateh ini adalah bukan islam, tetapi ahli kitab..
Cuba tunjuk dia tutup aurat, tabah dsb..
Baru syok kan kita nak menghayati nilai Islam yang sebenar..
Us Syaari kena buat jugak 1 filem lain yang boleh challenge filem ni..
Yang lebih islamic, bermoral dan bagus!! huhu
Dan Hassan, fuh, memang amat mengagumi Hassan yang sebenar..
Si panglima Hassan Ulubate..
Bukan Hassan dalam cerita ni..
Sukahati jerr buat cerita Hassan bermain cinta dengan Era pulak..
Err, agak-agaklah..
Cuba kot tunjuk Hassan ni ada isteri yang membantu dalam perjuangannya..
Baru nampak lagi suci tau perjuangan tu..
Kerana Allah.. =)
Tapi aku tahu, Hassan sebenar, jauh lagi hebat dan bagus dari yang dipaparkan dalam filem ni..
Tentu sekarang dia berada di syurga.. subahanallah..
Tu lah keistimewaan mati syahid, kan..
Rasa insaf jap dengan peranan wanita dalam kehidupan seorang lelaki..
Errm supposely, kena amat membantu si lelaki dalam perjuangannya..
Bukan menghalang, bukan membebel, apetah lagi merajuk tak tentu pasal..
Isteri-isteri kat rumah tu perlu menggalakkan suami ke medan juang..
Bertabah mendidik anak di rumah, setia, taat, patuh..
Fuh... baru solehah mcm tu..
Isteri adalah pemangkin dan pengalak suami dalam jihadnya..
subahanallah.. nak jadi mcm tu! huhu
Satu hadis Rasulullah dah termakbul..
Yang lain? pembebasa Aqsa?
OK, letak tanggungjawab tu atas bahu masing-masing!
p/s: sumpah, comel giler part last yang budak kecik tu main janggut al-fateh.. chomell.. =)
lAbEllinG Grown up , moovie review , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , Umarku
Syawal 5
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah.. =)
Walaupun amat segan dan malu..
Semuanya berjalan lancar berkat rahmat Allah..
Pertemuan yang tidak dijangka..
Seriously..
Tak snagka pulak lah kan pak sedara dan mak sedara semua tahu..
=.='
Hadui, letih nak melayan usikan-usikan nakal..
Ayoyo~ malu seyh....... *bukan ade apa2 lagi pun..
Dan si dia juga..
Aish, punyalah ramai.. =)
Cuma mampu tersenyum je..
Alhamdulillah..
Dipermudahkan Allah..
Aish, malu betul rasanya..
Macam serba kekurangan je diri ni.. *uish, memang pun lah aniss!!
Rendah diri dengan dia..
Dan rasa hina dengan DIA..
Ya Allah..
KurniaanMu bermacam..
Tidak akan cukup aku dengan syukurku ini..
Masih lemah dan hina..
Siapalah aku tanpaMu, Ya Rabb..
=')
Senyum dengan nikmat Allah, alhamdulillah..
lAbEllinG Grown up , LaLaLa , Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , Umarku
lupa..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Err..
Kadang-kadang aku lupa dengan syarat diri sendiri..
Jangan memulakan!!!
Huhu, baiklah..
Mujahadah anis! mujahadah! =.='
Ya Allah..
Bantulah kami berdua, dalam mujahadah ini..
Nanti tak indahlah jika telah mengenali sebelum waktunya..
Huhu, takmau mcm tu.. =.='
lAbEllinG Little SomeThing , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah , Umarku
Pesan Pada Diri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sering, manusia itu bila ia mulai mencintai sesuatu..
Dia lupa, bahawa perasaan cinta itu ujian bagi Allah untuk dirinya..
Allah menguji, antara cintanya kepada manusia dan cintanya kepada Dia, mana yang lebih haq dan berhak..
Sering aku alunkan, berulangkali puisi ini..
Dan seiiringan memohon dari Allah, agar cintaku pada sesama manusia, tidak melebihi cintaku padaNya..
Cinta antara manusia selamanya tidak akan kekal..
Cinta Allah itulah yang selama-lamanya..
Rabbani - Fikirkanlah (Yalla Beena)
Pernahkah ada dalam fikiran..
Apa jua segala pengorbanan..
Dan jua yang telah diberikan..
Bukan untuk meminta balasan..
Namun bila semua telah berlalu..
Kerana itu bukanlah dayamu..
Apa jua yang telah berlaku..
Semuanya patut menyedarkanmu..
Walau betapa tinggi kasihmu..
Pasti hanya untuk sementara waktu..
La Yu'minu ahadukum hattan yuhibbu li akhihi ma yuhibbu linafishi
Kasih Tuhan tidak bertepian
Kasih insan pastinya bersempadan
Apa lagi yang kita harapkan
Kerna itulah kebenarannya
Namun semuanya tak bermakna
Jika hanya dipandang sebelah mata
Pengajaran yang perlu diterima
Bila sering mengalpakannya
Bersyukurlah jika diingatkan
Sebelum tak punya kesempatan
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Seringkali kita benci memikirkan..
Satu hari nanti, ibu bapa, sahabat, kesayangan kita akan pergi meninggalkan kita..
Benci sungguh kita pada kematian..
Ya diri.. ingatlah, saat itu akan tiba..
Cintailah Allah setingginya..
Dia takkan menghampakanmu..
lAbEllinG my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah , Umarku
Sakit itu nikmat tersembunyi..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pernah sakit??
Demam panas....
Period pain (oh, untuk perempuan sahaja..)....
Migrain, mata berpinar...
Sakit perut...
Muntah-muntah...
Macam mana rasanya.. =.='
Teruk kan? ...
Pernah dengar tak hadis Rasulullah yang berbunyi..
"Seorang mukmin tidak ditimpa musibah walaupun dicucuk duri kecil kecuali dipotong dari dosa-dosanya atau dihapuskan dosa-dosanya" (dalam riwayat yg lain : dituliskan kebajikan keatasnya)
Riwayat Muslim
Jadi.. peringatkan semula diri sendiri..
Sahabat.. Rakan.. Teman.. Keluarga..
Bahawa sakit itu menghapus dosa kita..
Menambah pahala amalan kita, jika kita bersabar.. =)
InsyaAllah sabar..
Adapun dibenarkan untuk si sakit ini mencari penawar..
Tandanya ia ikhtiar..
Namun seandainya mampu bersabar dan menganggap ianya ujian, Subahanallah..
Itulah yang terbaik..
(oh, saya masih x mampu lg.. sob..sob)
Ada juga rakan-rakan yang kuat sebegini..
Walaupun meniti di bibir, memaksa mereka makan ubat..
Tapi sebenarnya dalam hati, kagum dengan pendirian mereka..
Yang bersabar kerana menganggap sakit itu ujian..
Semoga dicurahkan Allah pahala sebanyak-banyaknya..
Antara doa untuk mengubati kesakitan..
"Dengan nama Allah x3. Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya daripada kejelikan sesuatu yang aku jumpai dan aku takuti x7."
(Riwayat Muslim no.2202)
Sabarlah andai ditimpa kesakitan..
Bayangkan ia penghapus dosa-dosamu yang lampau..
Bahagiakan diri dengan tersenyum dan menangis meminta hanya dari-Nya..
Bayangkan penderitaan saudara-saudaramu yang jauh di sana..
Yang diseksa, dibunuh, dikejami..
Tentu sakit mereka terlebih perit..
Jadi, sabarlah dengan sakitmu itu..
Ianya tidak seberapa..
Dan engkau dikurniakan pahala darinya..
Alhamdulillah..
lAbEllinG Little SomeThing , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah
Bermula dengan NIAT..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Actually post ini berkaitan Ramadhan..
Haha, suka nak buat tajuk lain, post lain kan.. =.=' erk..
Err, ok2, ni post berkaitan Ramadhan & Niat.. =)
Ingat tak sebelum Ramadhan..
Kita memasang niat...
.. nak puasa penuh lagi menahan diri pada Ramadhan ini..
.. nak khatam Quran at least sekali, kalau dua kali lagi bagus..
.. nak kejar LailatuQadar sungguh-sungguh..
.. taknak tinggal taraweh, x kira letih macam mana pun, at least 8 rakaat wajib buat..
.. nak solat awal waktu belaka, except tertidor.. =.='
............ dan bermacam-macam lagilah niat...
Dan apa yang ajaibnya..
Alhamdulillah! kita sebenarnya dapat membuat dengan baik apa yang kita niatkan..
Subahanallah.. mungkin antara keberkatan Ramadhan.. =)
Tapi apa yang kita 'missing' di situ adalah, kuasa NIAT..
Walaupun memang selalu sangat culas & malas..
Tapi NIAT tu datang semula ibarat nightmare yg menghantui hidup..
Kalau kita tertidur awal tanpa solat teraweh kerana keletihan, dengan otomatiknya kita akan terbangun jugak sbb niat itu telah menjadi nightmare dalam mimpi.. oh, tolong....
OK x payah tolong, ia sebenarnya amat essential untuk kita..
Kuasa NIAT dan keberkatan RAMADHAN..
Memang tak salah lagi Ramadhan ini merupakan madrasah terbaik untuk kita memperbetulkan diri.. =)
Alhamdulillah..
Persoalannya.......
Adakah momentum ini akan berkekalan selepas habis Ramadhan...?
=.=' fikir..fikir...
.. mampu nak qiam seperti waktu Ramadhan?
.. mampu nak tersenyum & tahan marah seperti waktu Ramadhan?
.. mampu nak khatam Quran lagi banyak-banyak seperti waktu Ramadhan?
Oh, apa gunanya Ramadhan kita andai pabila meninggalkannya, kita ibarat kita yang dulu.......
=( kan?
Maksudnya macam pergi sekolah, tapi lepas balik dari sekolah, satu habuk ilmu pun tak lekat di dada..
Astaghfirullah...
So camne nak buat?
Di sini lerr letaknye kuasa NIAT!!
Mulai sekarang.. berNIATlah dan bayangkan dalam kepala otak yang kreatif ni bayangan2 indah..
.. membaca Quran banyak-banyak..
.. baca buku agama banyak-banyak..
.. puasa sunat..
.. bersabar dan husnudzan dengan insan-insan lain..
.. qiam at least, at least seminggu sekali..
Penting sangat kita pasang NIAT ni sebelum akhir Ramadhan..
Supaya kita bersedia..
Dan jangan lupa, bayangkan apa-apa yang kita nak buat tu..
Kalau ada bayangan, baru seronok perasaan time pasang niat tu..
InsyaAllah kita mampu!!
Umat Islam kan mampu buat apa-apa sahaja....
=)
Ya Allah.. 7 malam je lagi nak kejar LailatulQadar?
Fuh.... Pasang niat dan bayangkan tetiap malam kita bangun qiam!
InsyaAllah, merindui LailatulQadar ibarat seorang kekasih lama.. <3 p="p">Ya Allah, pertemukan ku dengan LailaturQadar-MU..
Semoga diampunkan dosa-dosaku.. dan dicatatkan namaku sebagai penghuni syurga..
Aminn Ya Rabb.. =)
Strive for Mardhatillah!! 3>
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah
Doa Kita Berdua..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ya Allah..
Kadang-kadang terasa belaian cinta-Mu..
Bersama kurnia sekalung hidayah..
Tapi kadang-kadang terasa bahang murka-Mu..
Seiiring patahnya sebuah mujahadah.. kami berdua..
Ya Allah..
Walau apa pun kami terus di sini..
Mengemis di tepian janji-Mu yang pasti..
Di sini kami masih mendamba cinta..
Kerna yakin cinta-Mu tak pernah sirna.. selama-lamanya!!
Buat kami berdua..
Kau dekat terlalu..
Tanpa senyum..
Tanpa suara..
Namun cinta-Mu ketara jua..
Dalam doa.. kami berdua..
:: Cinta Kerana Allah.. 138.. ::
Ya Allah..
Terkadang malu dengan diri sendiri di hadapanMu..
Malu dengan kata-kata, perbuatan..
=.='
Ya Allah..
Jagalah mujahadah hati ini..
Aku dan dia..
lAbEllinG MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , SAKET , tazkirah , Umarku
Pertunangan : antara 'bombastik' dan 'syadid'..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sebelum sesuatu itu di'ada'kan, lebih baik-lah aku mencari tatacara dan tatasusila yang perlu aku ikuti..
Banyak juga bertanyakan kepada rakan-rakan mengenai hal pertunangan..
Apa batasan-batasan Islam dalam pertunangan..
Namun, setiap orang punyai kelainan..
Banyak juga yang aku dapati dari pembacaan..
Buku dan internet..
Seperti Fatimah Syarha & suami, mereka amat menjaga dan malu, mungkin kerana sifatnya mereka pemalu..
Seperti Us Hasrizal & isteri, mereka lebih terbuka dalam berbicara, sekali sekala ada bertanyakan khabar..
Bagiku, setiap-nya tidak sama, ada kondisi-kondisi yang tersendiri yang boleh diraikan..
Islam itu mudah dan memudahkan..
Aku meraikan cara-cara mereka dalam perhubungan pertunangan..
Aku cuba memahami, yelah, insyaAllah bakal ditempuhi, jadi perlu memahami sebelum menempuhi..
Apapun, ada beberapa guide-line yang perlu diikuti..
Tapi, yang utama...
Tanyalah pendapat hati sendiri, fatwa hati sendiri..
Bagiku, seandainya 'mereka' tidak membenarkan ibu bapa, atau sesiapa yang lebih arif membaca ataupun menyelia e-mail mahupun sms mereka, hmmmm, ada yang tak kena di situ..
Bagiku, pertunangan ibarat teman, tetapi sedikit mesra, dan tidak terlalu mesra..
Antara batasannya adalah :
- Islam membenarkan berulang kali melihat 'si dia' kerana untuk mengetahui keadaan dirinya yang sebenar. Dikhuatiri timbul penyesalan setelah bernikah kelak. Namun, hukumnya menjadi haram sekiranya pandangan tersebut adalah pandangan syahwat.
- Tidak menjadi kesalahan keduanya keluar bersama seandainya ada hajat & keperluan, seperti membeli cincin perkahwinan & barangan mahar yang lain. Pastikan ada peneman, ok, ingat korang tak kawen lagi.. hehe.. Adalah lebih baik teman itu merupakan mahram kepada si perempuan, untuk mengelakkan fitnah. Adapun, jika tiada keperluan, toksah gatai nak keluar.. =.=' godaan syitan untuk pasangan yang sudah bertunang adalah besar sekali melebihi mereka yang belum bertunang.
- Boleh sahaja untuk ziarah sewaktu hari raya, sesekali bertanyakan khabar melalui e-mail dan sms, berbincang mengenai urusan perkahwinan, tapi haruslah dengan penuh adab dan dengan kehadiran orang ketiga.. Apa susah, bagi je ummi atau murabbiah menjadi cc anda, takpun, menjadi pemantau, membaca kembali sms atau email yang diterima/dihantar.. jika ada yang mengawal, insyaAllah kita akan terkawal secara sendirinya.. kan?
- Adanya perbincangan serius yang melibatkan masa depan, yakni perkahwinan.. boleh diadakan, tetapi tunaikan perbincangan dengan cara yang penuh adab.. jangan terlalu syadid sehingga tidak boleh berbincang. jangan pula terlalu bombastik sehingga berbincang mengenai nama anak.. =.=' erk.. ish3~ insyaAllah, x buat!
- Adapun jangan terbawa-bawa dengan istilah 'saya tunang orang' sehinggakan makan pun ala kadar, senyum sorang-sorang dan simptom-simptom pelik yang lain. Sebaiknya, teruskan hidup seperti biasa.. dengan penuh semangat, dengan rakan-rakan, berbincang dengan si tunang bila perlu sahaja.. Adapun yang lebih baik adalah menuntut ilmu mengenai ilmu pekahwinan, baitul muslim & cara pengurusannya.. berhubung dengan minima seminimanya.. =.=' oh, oke~
- Usah mewawarkan pertunangan anda, dikhuatiri terhenti di tengah jalan.. sebaiknya, sembunyikan pertunangan melainkan jika ada keperluan.. seperti ada pihak ketiga yang ingin meminang juga si gadis, ketika ini, wajib memberitahu bahawa gadis itu telah bertunang..
- Suara seorang tunang terhadap tunangannya juga perlu dijaga. yakni, beradab, tidak macam robot dan tidak tergedik-gedik.. haruslah sopan & berhemah.. Adapun, jika tidak dapat mengawal diri dari bercakap gedik-gedik, lebih baik berhubung tanpa panggilan.. emm, kelihatan lebih afdhal di situ.. xpun, nak berhubung jugak, berhubunglah dengan wali si tunang, seperti ayahnya, emaknya, kakaknya.. hehehe..
- Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenal-kenalan.. adapun, bukan bermaksud berkenal-kenalan dengan si tunang.. tidak ohkai, jika sudah kenal, apa hikmah perkahwinan nanti? ye dok? .. berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga tunang agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Sehingga ia boleh melahirkan rasa tanggungjawab kepada mereka. Ingat, berkahwin bukan dengan seorang itu sahaja, tetapi bak kata orang tua-tua, berkahwin adalah dengan si dia & familinya.. kena ada seni ambil hati ibu bapa juga di situ.. kena belajar nie.. hehe..
Itulah sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi..
Agak sukar sebenarnya ya menjadi tunangan orang ini..
Dari satu hal nak jaga hati dari berfikir yang pelik-pelik dan berangan..
Dari satu hal nak kena betul-betul menjaga tindakan yang bakal kita ambil & tempuhi..
Bimbang seandainya salah langkah, perkahwinan yang bakal dijalankan tidak diberkati Allah..
Bukankah rugi??!! ish3~
Adapun, tanya pada diri sendiri..
Kerana diri sendirilah yang tahu bagaimana kondisi pertunangan kita itu..
Usah terlalu bombastik..
Usah terlalu syadid..
Islam itukan mudah dan memudahkan..
Ambillah jalan pertengahan..
Dan tanyalah fatwa hati sendiri..
Hati yang baik akan memberikan fatwa yang baik.. insyaAllah..
p/s : kadang-kadang rasa x moh lah bertunang.. nikah terus lg senang.. erk.. =.='
Banyak-lah kau, kerja pun tak lg.. hehehe..
lAbEllinG Grown up , LaLaLa , MotivatE , my ThinkIn , Post yang panjang , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku
Cintaku Kerana Agamamu
Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Oh.. lama x update blog.. =)
Alhamdulillah, bzi dengan aktiviti yang amat menyeronokkan dan berilmu..
Kem solat dan ramadhan, amat membantu me'refresh' diri tatkala ramadhan ini..
Terima kasih buat Suwaibah, Akma dan Najwa yang menemani diri yang hina ini menuntut ilmu.. <3 p="p">
Alhamdulillah baru selesai membaca nukilan Fatimah Syarha dan suami..
"cintaku kerana agamamu" & "cinta high class"
Subahanallah, mereka memang benar-benar menjaga..
Dan pemalu juga kedua-duanya..
Setidak dan sekurang-kurangnya saya dapat menggarap erti berpuasa menahan 'syahwat'..
Dan kemanisan yang bakal ditempa apabila saat berbuka nanti..
Terasa ingin mencintai seseorang kerana agama yang ada di dalam dirinya..
Biar agama yang ada itu disandarkan menjadi asbab kenapa aku mencintainya..
Biar cinta itu kerana agama Allah, kerana Allah..
Kerana sebab-sebab yang lain akan hilang dan sirna, kecuali Allah..
Agak takut memikirkan akan 'ujian' yang bakal ditempuhi sebagai seorang 'bakal'..
Fuh, pengalaman di sekeliling amat membantu dalam memberikan contoh-contoh buat diri..
Di mana yang baik boleh dijadikan amalan, yang kurang baik dijadikan sempadan..
Aku menghormati pendapat dan keputusan rakan-rakan mengenai hidup mereka..
Asalkan mereka tahu syariat yang perlu dijalani dalam hidup sebagai seorang 'bakal'..
Serius, takut.. takut tidak kuat dalam mujahadah diri menahan rasa ingin bermesej-mesej..
Dan jika dapat menjaga sekalipun, takut juga masih ada dalam menyampaikan tujuan & hasrat..
Takut berlebih-lebihan.. =.='
Ya Allah, peliharalah lami.. amin.. sob..sob..
Dalam setiap urusan pun ada cabaran dan ujian..
Allah melihat sejauh mana kita berupaya menegakkan kebenaran yang kita ketahui..
Atau adakah kita dengan rela dan senang hati, membiarkan syaiton bertepuk tampar sesama sendiri melihat betapa mudahnya mereka mengalahkan kita..
Astaghfirullah... =.='
Saya harap dia dapat membantu saya dalam mujahadah ini..
Sob..sob..sob..
Saya pun akan berusaha semampunya menjaga diri, dan dia sekali..
InsyaAllah.. sama-sama memperbaiki diri.. ruang itu masih ada untuk diperbetulkan..
Allah, redhailah akan pertemuan kami, yang saling mengharapkan cinta Engkau..
Tiadalah kami melakukan urusan-urusan ini selain mengharap dan mendambakan syurga Mu..
Perkuatkan kami dan perteguhkan hati kami..
Allah, jagalah dia & agamanya.. =)3>
lAbEllinG Grown up , MotivatE , my ThinkIn , S.H.E.. nEw lIfE , tazkirah , Umarku


