Berbunga-bunga hati yang perlu dihalusi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

:: Charlie, samalah kita..hehe ::

"In all honesty, I think that I'm afraid of being happy.. Because whenever I get too happy, something bad always happen.. " Anonymous

Terkadang dipuji..
Melonjak rasa diri, tapi harus beringat..
Puji-pujian hanyalah bagi Allah..
Terus-lah berada dalam kondisi rendah diri, itu yang terbaik.. dan tidak menjatuhkan..

Terkadang gembira dengan rakan..
Perlu termenung sebentar, dan bersyukur..
Bersyukur dengan kurniaan Ilahi..
Teman-teman yang dikasihi..

Terkadang seronok dengan aktiviti yang dilakukan..
Ayuh muhasabah kembali, adakah aktiviti disertai dengan dosa-dosa kecil..
Kurangkan tahap keseronokan andai aktiviti mempunyai noda itu..
Renung kembali apakah erti sebenar keseronokan..

Terkadang berbunga hati dengan puisi dan kata-kata dari yang dikasihi..
Tapi, perlu harus sentiasa ingatkan hati..
Dia, masih bukan yang dikasihi..
Masih bukan, jadi rasa ini harusnya tidak keterlaluan..

Oksitosin, Endorfin dan Norepinephrine itu memang menimbulkan kesenangan..
Tapi Allah-lah yang menjadikannya di dalam urat saraf ini..
Lalu, bukankah kegembiraan, kesenangan dan kebahagiaan itu harus disandarkan kepada Dia?
Dan bukankah segalanya itu tidak harus diselangi dengan syubhah hati?

Perlu juga diri ini mencontohi Nabi, Rasulullah..
Tidak pernah tertawa, namun tersenyum sepanjang hari..
=)
Eh, dah azan.. Jom solat..
Menunjukkan syukur dan kegembiraan hanya buat Ilahi..
Alhamdulillah.. (^_^)


Reminds me about TAHAP..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ke UITM Shah Alam, menghadiri ceramah Zakir Naik..
Huhu, sebenarnya cuma jaga booth Aqsa Syarif, x jaga sangat lah kot..
=.=' duk letih dah jadi banyak duduk je..

Tiba-tiba datang seorang lelaki mendukung anaknya..
"eh, ni baby Muaz kan? err, akh ni suami Kak Ainon eh?"
Hahahha, mesti tekejut Akh Assyiq aku sapa dia mcm tu..
Serius baby Muaz amat chomel.. *nak anak comel jugak.. =p
Sekemudiannya Kak Ainon datang dari dalam, bersalam, berborak sedikit, dan kemudiannya beredar..
Sebab baby Muaz dah mengantuk..

Melihat mereka, Kak Ainon dan Akh Assyiq, mengingatkanku kepada TAHAP..
Kepada tarbiyah TAHAP..
Kepada Allahyarham Akh Farham..
Ustaz Syed yang garang..
Ustaz Ustazah, dan rakan-rakan..
Mengingatkan aku juga kepada Darul Quran..

Entah apa yang aku ingatkan sangat dengan TAHAP itu..
Oh ya, mungkin paginya yang diisi dengan Ma'thurat..
Dan sebelum tidurnya yang diisi dengan bacaan Al-Quran..
Malam tanpa ustaz diisi dengan ceramah para senior tentang perjuangan Islam..
=) alhamdulillah, sempat merasa keseronokan itu 3 tahun..
Dan aku rindu sebenarnya.. merasa terjaga sebegitu..

Semoga Allahyarham Hafiz Akh Farham berada di taman-taman syurga..
Dia-lah yang membuka mataku kepada manisnya Al-Quran, Hafazan dan Syahid itu..
Teringat-ingat lagi ceramah-ceramahnya yang berbaur perjuangan..
Semoga matinya diterima Allah sebagai syahid..
Dan Kak Ainon yang selalu sahaja menjadi contoh buat adik-adik..
Sungguh aku memandang dia tinggi, dengan kecantikannya, dengan akhlaknya, agamanya..
Diperjodohkan dengan Akh Assyiq, ku kira amat serasi agama mereka.. <3 p="p">Wahh, pemuda pemudi TAHAP yang menjadi permata..
Nak jadi permata juga-lah, berjuang demi agama.. insyaAllah..

ps: baby Muaz tu comellll... huhuh.. rasa nak gigit je.. huhu..

Memahami.. sebelum difahami..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pernah juga terbaca 5 perkara yang membahagiakan kita dalam hidup..
1. Bersihkan hati dari membenci..
2. Bersihkan fikiran dari kerisauan..
3. Hidup secara sederhana (simple)
4. Lebihkan memberi..
5. Kurangkan mengharap..

Well said, betul jugak tu..
Berikan yang terbaik dari kita..
Jangan harapkan apa-apa dari orang lain..
Memberi hanya kerana Allah..
Aish, tapi bukan senang nak memberi tanpa merasa ingin dibalas..

Kadang-kadang melayan rakan-rakan yang bermasalah..
Cuba memahami mereka.. memberi sepatah dua nasihat dan dorongan..
Dan di dalam hati, berharap juga sekiranya kita sebegitu nanti, ada teman yang bisa mendengar..
Ada teman yang bisa di sisi dan menasihati..
Err, cuma kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak selalunya terjadi.. =.='

Tak mengapalah..
Ikhlaskan diri.. Memberi bukan untuk menerima..
Tetapi Allah tetap memberi aku bahagian kebahagiaan yang lain..
Mungkin terkadang waktu itu perlu mengangis sendirian tanpa sesiapa..
Tapi, bukankah di masa yang lain Allah membantu dengan memberi sesuatu tepat dengan masanya..

Nikmat Allah yang mana lagi ingin aku dustakan? huhu..
Nak jadi insan yang banyak memberi, insyaAllah..
Memberi tanpa mengharap balasan..
Memberi dengan kasih sayang, memberi dengan keikhlasan..

Nak amek kata-kata Us Pahrol..
Jangan pinta hidup yang mudah..
Tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya..
=)

:: Hepi-ness ::

ps: tapi meminta tolong kepada manusia itupun perlu juga..tolong..tolong..hehe. =p

Redha ibubapa itu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Memikirkan hal itu kebelakangan ini..
Membuatkanku termenung jauh..
........................................................................

Tidak bersetuju dengan mereka ibarat aku merobek separuh jiwaku..
Bersetuju pula menjadikan separuh hatiku remuk redam..
Keterbatasan dalam berbicara dan memahami menjadikan aku diam..
hmmm.. mungkin doa-lah cuma penyelesaiannya..
Aku tidak pernah akan kecewa dengan berdoa kepada Allah..

Kadang-kadang perlu mendiamkan kata hati sendiri..
Dan seupayanya menggembirakan insan-insan di sekeliling yang ku sayangi..
Kerana mereka adalah sebahagianku..
Walaupun hati ini ibarat ditabrak..
Keimanan yang ada haraplah membantu rasa ini..

Tak mengapalah..
Pahala dan kemanisan itu sentiasa ada untuk orang-orang yang bersabar..
Jadi, mungkin aku perlu lupakan rasa itu buat saat ini..
Dan lakukan hal-hal lain yang membina diri..
Aku harap aku seteguh itu..
=.='

Anis.. berusahalah ya!
Basha!!
Stop crying..
Be a big girl, ohkai!
Sabar..sabar..sabar...

Viva la vida.. =p

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Hehe, serius, alhamdulillah..

Bermacam-macam pemikiran sebelum Viva dilakukan..
Takut sangat.. rasa berdebar.. sebab macam kene uji je..
Kalau kene tanya soalan pelik-pelik macam mana?? huhu..
Dan termimpi pulak saya tak pergi Viva sebab masalah-masalah yang hadir..
Lagilah cuak pada pagi hari kejadian.. sob..sob..

Mengumpul semangat..
Fikir ianya duniawi sahaja..
Huhu, dah rasa berdebar macam ni untuk Viva..
Macam mana nak pi Palestin?
Macam mana nak pi jadi pejuang Islam ni?
Huhu, saya perlu lebih berani kalau macam ni!!
Perlu, wajib! perlu tidak takut akan apa pun kecuali Allah..
=.='

Dan membentangkan.........
Wahh, laju jugak saya bentang.. =p
Tapi alhamdulillah, dipuji penilai kerana bersemangat..
Walaupun intepretasi data perlu diperbaiki..
Dan dapatan kajian perlu lebih triangulasi..
Tapi takpe..
Bak kata Hafiz : kita ni protege dalam kajian tindakan, salah tu normallah!!
Ya betul sangat..
Alhamdulillah, selesai.. rasa nak berfoya-foya, jalan-jalan satu Malaysia..
hehe..

Refleksi diri..
Banyak juga aspek dalam diri yang masih perlu dibaiki..
Ingatkan diri ini dah cukup berani..
Oh, rupanya masih tidak..
Jadi, mahu ingin lebih berani, kerana kebenaran, kerana Allah.. =)
Duniawi Viva dah selesai.. Ukhrawi punya Viva, depan Allah nanti?
Weihhhhh, menakutkan sangat.. =.='
Takutnya.. huhu...
Ok2, nak buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali dah lepas ni..
sob..sob..sob..

Apapun, Alhamdulillah ala kulli hal..

:: ni lah IPGM Enstek yang chantek.. walaupun x de penonton reramai, still cuak gak.. huhu.. ::

Malu dan berdebar..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Apakah perasaan menyukai seseorang..
Tentu malu kan.. =.='
Mesti merah habis muka.. *blushing
Dan hati pun berdebar-debar..
Perkataan yang terluncur tentu tiada susunannya..
Lirikan mata yang bertemu pun pasti cepat-cepat dilarikan..
Segala perlakuan menjadi kekok..
Senyuman pula menjadi yang termanis..

Tanya pada diri, bila aku ingin merasa sebegini..
Di saat manakah?
Aku punyai jawapan tersendiri..
Aku tidak mahu berjumpa saban hari, dan lantas perasaan itupun sirna dengan sendiri..
Aku mahu dilanda resah sebegitu pada saat yang tepat nanti..

Pernah aku menghadiri majlis perkahwinan seorang teman..
Lalu aku bertanya kepadanya "malu tak rasa dengan suami sendiri?"
Dijawabnya malu itu ada, tapi sudah terlalu biasa, kerana kerapnya mereka berjumpa..
Sudahnya, di mana kemanisan saat pertama kali bertemu?
Bukankah sepatutnya saat perkahwinan itu adalah saat yang terlalu mendebarkan..
Dan debaran itu indah..
Debaran itu-lah kemanisan yang dicampakkan ke dalam hati setiap insan yang menjaga..
Dan kemanisan rasa itu dari Allah..

Dan aku menjawab sendiri di dalam hati..
Ya, aku ingin resah dan malu di hadapan suami nanti..
Aku ingin dilanda gemuruh di hadapan dia nanti..
Jadi, aku pesankan kepada diri..
Duhai diri, duhai hati, jagalah sebolehnya diri dan hati ini..
Usah terlalu banyak berbicara sehingga nanti bicara itu tidak lagi manis dan indah..
Usah terlalu banyak berjumpa sehingga tiada resah yang dinantikan pada harinya nanti..

Andai teringat? oh hati, tiadakkah kamu malu dengan DIA kerana mengingati dia..
dia yang masih bukan siapa-siapa berbanding DIA yang punyai segalanya..
Hati, nukilkan pesanan buatnya di atas sebuah lampiran..
Dan semoga suatu hari nanti, dengan izin DIA, dia dapat membacanya..
Ya, kan indah sebegitu? =')

Ya Allah, jagai hati ini..
Jagai hati dia..
Jagai perhubungan kami..
Permudahkan dan perelokkan hubungan kami..
Semoga yang indah-indah itu akan hadir pada masanya yang tepat nanti..



ps: awak.. kita mcm ni ya?
tolong saya menjaga hati ini ya.. =)

I define my own failure!

In the Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

My failures does not define me..
I define my own failure!!

What I define of failing :
~ I don't solat at the early time...
~ I spend too much time on entertainment to keep me from burn out rather than praying to Allah.. =(
~ I became lazy from day to day..
~ I became bored reciting Quran..
~ I treat people badly.. (i'm sorry, my bad, huhu)
~ I disrespect my lecturer..
~ I place my work first rather than the heart of my parents.. =(
~ I didn't submit assignment at the due date, which shows that I'm not ITQAN!!
~ I'm doing my work half-heartedly and bad..



And now I'm feeling bad.. huhu..
Sometime I can't fulfill all these, then it make me feel bad, then it make me treated all people around me in a bad manner, those will make me terrifyingly worse.. sob..sob.. ='(
Allah, forgive me for I am a very weak servant..
I am not perfect, sometime I cannot do something very well, and I can't entertain all people..
I'm sorry..

Rabbighfirli.. Ya Rabb, forgive me..
Warhamni.. Loved me..
Waj'burni.. Closed my sins to all..
Warfa'ni.. Raise my place in Your Eyes..
Warzuqni.. Give me wealth..
Wahdini.. Show me the way..
Wa'afini.. Cure me for all my illness..
Wa'fuanni.. Forgive me.. ='(

Buku, buku, buku, om nom nom nom..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sejak kecil daku obsesss dengan buku..
Ummi pernah ambil gambar sy (6 bulan) menirap sebelah abah yang baca buku & baca buku jugak dengan abah.. =)
Sejak kecil suka ke library Temerloh dan pergi ke bahagian kanak-kanak..
Pastu baca buku puas-puas..
Rasa tenggelam dalam dunia ilmu dan fantasi..
Buku kanak-kanak kan sume comel-comel dan banyak gambar gitu.. ehehehe

Dan Alhamdulillah..
Dah dewasa (cewah, dewasa tueee..) ni, Allah kurniakan sahabat yang amat meminati buku jugak..
Bakal Puan, Cik Nurnazurah yang selalu beli buku kat MPH..
Dia yang ajar saya lepak di MPH..
Dan sekarang saya dah boleh lepak di MPH tanpa dia..
Hahaha..
Boring-boring je, g MPH dan lepaklah sambil memasang mp3 dan membaca buku..
Sehari-harian di MPH.. =)
Serius, seronok sangat..

Dan di bilik sendiri (echeh, dah ad rumah baru kannn.. =p ) pun dah ada library kecik letak semua buku-buku yang saya beli..
Serius.. jika dikira-kira semula, ada kot dekat 300 hengget satu semester, saya gunakan untuk beli buku..
Dan sedikit pun tidak merasa rugi..
Ilmu kan penjaga kita, apalah yang nak dirugikan..
Nanti balik rumah, berniat nak beli lagi rak buku bcoz buku-buku yang ada pun dah tak termuat dalam rak sedia ada, insyaAllah..

Dan nanti sautu hari, dah ada rumah sendiri, dah berumahtangga..
Serius nak khaskan 1 bilik jadi library..
Senang anak-anak nak lepak baca buku dalam bilik tersebut..
Wahh, ilmiahnya rumah ada bilik library sendiri..
InsyaAllah..
Buku-buku yang bertaburan (cewah) ada sekarang ni, nak simpan elok-elok..
Nanti nak susun comey-comey dalam library rumah..
Bak pesanan seorang pejuang Islam, satu library patut ada dalam setiap rumah baitul muslim..

Huhu, rindu buku sebenarnya tika ini..
Lama benor dah rasanya tak beli buku di MPH dan lepak-lepak di sana.. sob,sob...
Buku-buku yang ada ni pun dah ditamatkan kesemuanya..
Rindu nak beli buku, bau helaian buku baru, dan bedah buku..
Alhamdulillah, tak pernah terikat dengan novel-novel kegilaan remaja perempuan.. =)
Cuma agak seronok baca novel islami mcm Kang Abik & Fatimah Syarha..
Tapi lebih sukakan pembacaan yang berilmu, membuka minda, dan bermanfaat untuk agama..
Nak teruskan hobi ni, dan pupuk kepada mereka-mereka di sekelilingku..
Terutamanya permata hati yang bakal ada nanti, insyaAllah.. =)

*bila nak lepak MPH ni?? sob..sob.. rindu buku.. =.='
mengubati kerinduan baca buku dengan membaca blog pulak, erk..
myilham.com amat bagus dalam mempersembahkan contoh tauladan yang baik.. best, best..

Kreatif jangan Reaktif!

Dengan Nama Allah Yang Mah Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Innocence Of Muslim - filem (tak layak pun panggil filem..) yang pengarahnya adalah orang yahudi laknatullahialaik..
Dan sebenarnya, saya pun tak tahu filem ni bagaimana jalan penceritaannya..
Yang saya tahu adalah filem ini menceritakan tentang islam - di mana islam itu pada pandangan filem ini adalah agama yang membawa kepada kehancuran, peperangan, abuse of children and women, blah3~
Memanglah marah, sebab entahape2 sukahati je nak buat cerita mcm tu..
Tapi diketahui umum yang yanhudi laknatullahialaik ni memang sifatnya begitu..
Suka melaga-lagakan orang, suka menindas, berperang, menganggap orang lain hina, jahat, zalim..
Dah memang diorang macam tu.. =.='

Bersetuju je sebenarnya dengan orang-orang yang berdemonstrasi..
Sekurang-kurangnya mereka ada perasaan marah, dan marah sebegitu terpuji..
(cuma marah itu jangan dizahirkan secara bodoh, nanti umat islam juga yang dilabel bodoh)
Jika mereka pun turun solat berjemaah, dan mengikuti syariat islam iti 24/7, itukan seiiring dengan perasaan marah tersebut..
Dan sesiapa yang tidak marah itu, tak rasa apa-apa tu, celakalah baginya, kerana di mana Rasulullah di hatinya, di mana islam di hatinya?

Tapi sebenarnya, saya lagi marah dan merasa 'alangkah bodohnya' jika umat-umat islam yang membuat cerita-cerita berbagai (mengalahkan orang kapir punya filem) di media massa..
Yang lagi langsung tak menunjukkan islam itu berada di tempatnya..
Perempuan pakai purdah tapi gurau-gurau dengan pakwe.. erk? =.='
Perempuan islam tapi tak pakai tudung, mengumpat kiri kanan..
Duk beraya menyanyi-nyanyi mcm orang gilak..
Berkonsert berbagai..
Dah ape bezanya orang islam yang membuat movie yang menjatuhkan islam tu sendiri dengan orang yahudi yang membuat movie menjatuhkan islam tu jugak?
Dah yahudi tu kapir.. kau tu islam hoi.. haduyai~ =.='

Dan kita sendiri, sebagai umat islam..
Ade kot nak berperangai elok2 sikit supaya non-muslim tengok kita ni lah umat yang mempunyai agama yang terbagus.. ada??
Ada menepati waktu? jaga amanah? jaga mulut? jaga diri? tidak melakukan maksiat? ada?
Dah nak marah orang kapir yang melakukan kejahatan..
Tapi kenapa tak marah pulak orang islam yang tak melakukan kejahatan?
Dah kenapa? kenapa?
Kenapa tak betulkan umat islam tu sendiri berbanding nak menyalahkan semua pihak yang sememangnya mereka itu jahil, bodoh dan tidak memahami????

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan."
(Al-An'am : 108)

Solusinya..
Kita betulkan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita..
Jadikan kita ini umat contoh..
Dan rasa-rasanya orang-orang kapir tu pun malu nak buat filem macam tu, sebab tak relevan langsung dengan keadaan kita..
Kan? dan orang-orang kapir pun akan ikut kita sebab kita ni contoh..
Manusia itukan cenderung kepada kebaikan berbanding kejahatan..
Itukan fitrah..
Jadi, tunjukkan contoh dan tauladan yang baik sebagai umat islam, umat Rasulullah, hamba Allah..
InsyaAllah..

Muhasabah cinta..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Selak-selak semula buku nota..
Hehe, banyak sungguh penulisan yang kelakar sewaktu kuliah..
Mengingati semula forum cinta, jodoh dan syurga di UPM..
Nak bermuhasabah cinta..
Dengan nota dari ustaz Pahrol.. =)

Cinta itu adalah suatu kuasa yang amat hebat..
Maka, jatuhlah cinta kepada insan yang baik, kerana kita turut akan menjadi baik..
Kerana tanpa cinta, kita tiada keinginan untuk hidup..
Jadi, gunakan cinta itu untuk selaras dengan tujuan Allah menurunkan cinta..
Apa tujuan cinta? tidak lain tidak bukan, tujuan cinta adalah Allah.. =)
Lihatlah dia sebagai sayap kanan diriku untuk menuju cinta Allah..

Allah lebih mengetahui apa yang baik buat diri kita berbanding kita sendiri..
Allah lebih tahu apa yang memudaratkan kita berbanding diri kita..
Anugerah ini hebat.. tetapi pemberi anugerah itu lebih hebat!
Allahuakbar!!

Jodoh itu umpama rezeki, jadi berserah pada Allah..
Janji Allah itu ada..
Jangan risau tentang cinta, kerana tak kenal maka tidak cinta..
Perkahwinan itukan satu perkenalan, bukankah ianya janji Tuhan? =)
Lihat dan perhatikan dia.. bolehkah dia membantu saya dalam agama saya?
Bolehkah saya melihatnya sebagai 'abah' kepada anak-anak saya? huhu..

Bagaimana ingin mencari jodoh yang baik?
1. Jadilah insan yang soleh/solehah..
2. Ikuti pilihan orang-orang yang solehah.. insyaAllah..
3. Cintai Allah, Rasulullah dan perkara-perkara baik..

Jadikan saat ini adalah saat yang bahagia, bukannya semalam, bukannya esok..
Tetapi saat ini!
Hidup ini terlalu singkat untuk meletakkan segala-galanya pada seorang lelaki..
Ya betul, cintakan dia adalah untuk mencintai Allah!
Dan ingat, letakkan syariat melebihi adat..

:: Who loves you?? emmmm, Allah... =) ::

"Semakin hampir saat itu..
Ya Tuhan tunjukkan moga selamat, bersamamu..
Biarpun bersama kekurangan, namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Iman di hati, sabar menjadi pemujuk diri..
Denganmu ku punyai segala, takkan beruntung seisi dunia..
Ya Tuhan kurniakan petunjuk bantuan, tempuh hari yang mendatang..
Ya Tuhan bantulah moga selamat, selamanya........."
Hijjaz - Berkorban Demi Cinta

*haha, ok, jangan berangan anis! ingat senang ke kawen tu, susah tau!!! =.='

Hadiah dari Palestin.. =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, surprise yang tidak dijangka..
Seronok tak hingat, serius.. seronok sangat..
Terima kasih buat Akh Zul dan Kak Siti..
Terima kasih buat hadiah dari Palestin ini..
Berbau Palestin lagi tau..
Rindunya nak ke sana suatu hari nanti..
InsyaAllah..
*encik suami, izinkan ya nanti.. huhu..

Berbau masjidil Aqsa lagi ni, TQ akh Zul dan kak Siti.. =)

I wish everyday was Ramadhan.. =.='

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

I have wishes..
One of them..
I wish everyday was like a day in Ramadhan for me..
That I can endure and stand myself from evil and sin..
So that I can recite Al-Quran without getting bored..
So that I can put away my anger towards others..
So that I can smile all days without even getting annoyed..
So that I can pray alls my heart out..

Oh, I wish everyday was Ramadhan..
I miss me being good..
And I hate me being not so good, sometimes, bad maybe.. oh anis..
What have you done to yourself..
Without Allah, I'm lost, I'm broken..
=.='

Pernah tak rasa kadang-kadang nak lari je dari kehidupan ni..
Lari dalam hutan, dalam gua ke..
Dan baca Quran je puas-puas, taknak hirau dunia dan orang dah..
Nak menghindar dosa dan kemaksiatan, dan asyik beribadah je.. huhu..
Sob..sob..sob..
Nak jadi lebih baik plisss!! =(

Politikus diri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Be a man of your words!
Serius....
Kadang-kadang kita mendengar kata-kata seseorang itu..
Marahnya mengenai sesuatu hal..
Mahunya mengenai sesuatu hal..
Dan sedikit sebanyak, kita mempercayainya, kerana apa yang dikatakan itu adalah kebenaran..
Tetapi apabila perbuatannya menyalahi apa yang diperkatakan....
Oh, why? why? why?

Somehow, ramai yang akan berkata, well, itulah politikus diri..
Grr, nope!
Rasulullah pun berpolitik juga, tapi adakah Baginda menyalahi apa-apa yang diperkatakannya?
Sultan Al-Fateh juga berpolitik, tetapi adakah beliau takut akan setiap kepercayaannya?

Cuma nak cakap, muslim itu seseorang yang berpegang pada perkataannya..
Dan seandainya apa-apa yang dikatakannya itu kebatilan, beliau akan membetulkannya..
Dan menegakkan kebenaran..
Kan?

Seriously, be a man of your words!

ps: hilang respek dan kepercayaan pada orang2 yang takut dengan kata-kata sendiri.. huhu, lain kali jgn cakap kalau taknak buat! or at least ckp-lah awal2, 'aku ni cakap je pandai, tapi aku tak buat ponn!'.. haha, sbb sy pon selalu jugak cakap mcm tu pada setiap kenyataan yang sy rasa sy x mampu nak lakukan.. if not so, i'm a very principle person.. berpegang pada prinsip diri.. lantaklah org lain nak cakap ape... kan?

Shame on me..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Oh malunya rasa diri..
Yang selalu malas membuat assignment.. =(
Seriusly, taknak buat boleh x?
Kenapa yang lain semua rajin dan bersemangat?
Dan kenapa aku tidak.. =.='

Astaghfirullah..
Perlu betulkan mind-set ataupun bagaimana ni?
Adakah tidak itqan jika aku begini? =(
Tapi pun kerja tu semua tidak menyumbang apa-apa kepada dunia islam..
Anis, kenapa berfikiran begitu.. huhu..

Allahu, malunya dengan kerja yang dihantar, namun dibuat dengan tiada kesungguhan..
Weih-la, kenapa dengan aku ni.. hoiyoi... =.='
Mungkin dah lama sgt duduk kat maktab sampai tak rasa apa-apa buat asignment..
huhu..
Maafkan saya pensyarah, saya cuma buat sahaja tanpa ada hati yang hadir..
Maafkan..
Dan saya harap suatu hari nanti, sistem pendidikan ini bakal berubah..
Ke arah yang lebih baik..

Malunya dengan diri sendiri, kawan-kawan, pensyarah, dan Allah.. =(
Ni kerja saya, tapi sy buat tidak sungguh2..
Ya Allah, saya taknak rasa tidak bersungguh ini.. tolonglah hambaMu ini.. huhuhu

ps: dah kalau aku baut kerja cap ayam sekarang, agak-agaknya nanti anak murid aku buat kerja cap apa pula ya? huhu... =(

Perempuan yang buta, pekak, bisu dan kudung..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Pasti kebanyakan orang dah selalu dengar dan baca mengenai kisah seorang pemuda dan delima..
Bapa mertua dan gadis yang buta, pekak, bisu dan kudung..
Cerita cinta yang indah dan amat menyentuh hati..
Kadang-kadang wonder, why kisah cinta seperti ini tidak diangkat dan dijadikan ikutan..
Hmmm...
Emm, cuma kali ini nak menonjolkan karakter gadis yang buta, pekak, bisu dan kudung..

Aish, untungnya menjadi gadis yang buta..
Yang tak pernah melihat perkara-perkara yang tidak perlu dilihat..
Pasti sentiasa menundukkan pandangannya..
Menjaga matanya hanya pada keindahan alam, dan mushaf al-quran..

Untungnya menjadi gadis yang pekak..
Yang tidak pernah mendengar kata-kata cacian, umpatan..
Bahkan tidak pernah mendengar nyanyian-nyanyian yang melalaikan..
Pasti sentiasa menjaga pendengarannya..
Dengan mendengar nyanyian alam, nyanyian sang burung nan merdu dan alunan al-quran..

Untungnya menjadi gadis yang bisu..
Yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata dusta, nista mahupun kata-kata yang menyakitkan buat yang mendengar..
Yang cuma boleh tersenyum semahunya, dan mengucapkan kata-kata nasihat indah..
Mengalunkan ayat-ayat suci Al-quran..

Untungnya menjadi gadis yang kudung tangannya..
Yang tidak pernah melakukan kejahatan dengan tangan walaupun sekali..
Tidak pernah mengambil yang bukan haknya, tidak pernah menyakiti dengan tangannya..
Pasti hanya terus-terusan melakukan kebaikan dengan tangan itu..
Menolong, membantu, bersedeqah, beribadah, beramal dengannya..

Untungnya menjadi gadis yang kudung kakinya..
Yang tidak pernah melangkah ke kawasan yang tidak patut didatanginya..
Apatah lagi melangkah ke tempat-tempat maksiat..
Kaki yang cuma melangkah di bumi Allah kerana kebesaran Allah itu sendiri..
Melangkah ke taman-taman syurga, melangkah demi kebaikan..

Beruntunglah gadis yang buta, pekak, bisu dan kudung itu..
Terjaga dari setiap aspek..
Dijaga dari setiap segi..
=.='
Oh, nak jadi mcm tu jugak.. sob..sob..

Sepintas lalu mengenai 'punggung kepada encik N'..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Kadang-kadang bila lecturer ada bercakap mengenai 'hal' ini..
Aku bukak mp3 dan dengar kuat-kuat..
Bukan apa, kalau sakit hati mendengar 'nasihat' dan 'tauladan yang baik' dari lecturer..
Baiklah dielakkan sakit hati tersebut..

Dan ajaibnya golongan dewasa ini..
Mereka terkadang seperti tidak nampak wujudnya dua golongan..
Yang mempunyai perangai seiras..
Tapi, satu golongan dihukum, sedang satu golongan lagi dibiarkan..
Bagi aku, di mana keadilannya di situ..
Dan aku hanya tergelak besar membaca dada-dada akhbar..
Serius kelakar!
Kalau siapa yang baca dan percaya mati-matian, aku memang kasihan..

Ada juga di kalangan 'dewasa yang matang' yang tidak puas hati terhadap golongan tersebut..
Melemparkan kata cacian di mukabuku dan kicauan-kicauan..
Hah, semacam mereka itu malaikat dan tidak pernah merasakan ketidakpuashatian terhadap orang lain..
Sedangkan perbuatan mereka itu sendiri pun melambangkan betapa rendahnya nilai mereka..
Sehingga ada yang berkata 'tulah kecik-kecik tanak ******, dah besar menyusahkan mak bapak'..
Fuh, 'tabik springg' orang yang berkata macam ni..
Bagi aku, sesiapa yang kata macam ni, pada waktu remajanya, dia adalah seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan hatta sekecil batu kerikil pun..
Sebab tu mereka boleh nak 'mengata' tahap yang sedemikian..

Normal.. normal sangat untuk remaja ini melakukan kesilapan..
Hatta dari segi apa pun..
Kerana mereka remaja, yang masih perlu dibentuk, diperbaiki, diasuh..
Dan golongan dewasa itu yang melemparkan tohmahan, alangkah busuknya perangai mereka sedemikian..
Tidakkah mereka juga pernah remaja?
Pernah merasai hati yang panas tatkala remaja?
Pernah melanggar beberapa peraturan tatkala remaja?
Tidak pernahkah?
Jadi, mengapa masih tidak memahami? =.='

Tidaklah pula aku ingin menyokong perbuatan tersebut..
Aku cuma ingin mengatakan bahawa betapa dengkilnya pemikiran mereka yang terlalu cepat menghukum..
Dan kepada insan-insan 'dewasa matang' yang kencing di gambar pemimpin PKR, dan menari tarian punggung di hadapan rumah Ambiga..
Apa hukumannya bagi mereka?
Sudahnya, takkan si dewasa terlepas dari perlakuan? sedangkan anak remaja terus-terusan dihukum?
Huh.. langsung tidak menunjukkan 'role-model' yang baik di situ..
Ayuh lihat kembali kata-kata Tan Sri A Samad Ismail..
'Mutiara tidak mungkin dapat dikaji tanpa merujuk kepada tiram yang menghasilkan mutiara serta memahami penyakit yang mengetahui bakteria yang menjadi puncanya.."
Nah! jadi siapa yang harus bagi tauladan pada siapa?!

Kurangnya pengertian kalian pada remaja..
Mudahnya kalian memberikan hukuman dari mendidik..
Dan kalian mengaharapkan penghormatan setinggi gunung..
Boleh blah!
"bertindak menggunakan akal" konon!
Dah siapa yang cakap mcm tu, bercakap menggunakan akal-kah?
Akal lutut mungkin!

::dengar ceritanya remaja ini setelah pulang dari Bukit Aman, berkurung seharian di dalam bilik dan tidak mahu keluar-keluar.. Sudahnya, di mana masa depan dia? =.=' adakah masa depan cuma cerah buat mereka yang menari punggung di hadapan rumah Ambiga? ::

p.s : aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi dewasa yang mengerti akan anak-anak remaja dan berupaya membimbing mereka.. insyaAllah..

Gadisku...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sakitnya hati ini..
Mendengar perkataan seorang gadis kepada teruna..
'Saya rindukan awak', sedangkan tiada ikatan halal pun yang menyatukan mereka..
Pedihnya rasa ini..
Mendengar gurauan-gurauan dan tawa manja di hujung talian,
Dari sang gadis buat teruna, sedangkan mereka cuma bermain-main cinta..
Tiada usaha ke arah rumahtangga..
Ingin aku tutup rapat mata ini..
Saat terlihat jejari mulus si gadis di genggaman tangan teruna..
Astaghfirullah, gadisku..
Apa yang bakal kau hadiahkan buat suamimu nanti..
Andai segalanya telah kau serahkan pada teruna yang tidak menghormatimu itu..

Tapi aku cuma aku..
Cuma kegeraman, kesedihan, sakit hati dan amarah yang dirasai..
Hakikatnya imanku setipis kulit bawang..
Bahkan mungkin lebih tipis dari itu..
Tidak berupaya mencegah dengan perbuatan dan kata-kata..
Namun gadisku, ukhtiku..
Aku amat menyayangi kalian..
Aku mendoakan agar kita semua terlepas dari fitnah zina..

Bukan, aku bukan mulia..
Masih ada sejarah lama yang tidak aku kongsi..
Gelap, hati ini masih gelap..
Tapi aku amat merindukan cahaya Ilahi..

Gadisku, muslimahku, sahabatku..
Aku mencintai kalian..
Dan aku berharap agar kalian terjaga, biarlah tersentak sekalipun dari mimpi kelam itu..
Dan aku mengharapkan kalian dikurniakan jejaka yang soleh, musleh..
Yang mampu memimpin tangan kalian ke jannati..
Dan aku berdoa agar Dia menjauhkan dosa-dosa besar dan maksiat dari kita semua..

Gadisku..
Masih belum terlambat kiranya kau melangkah sekarang..
Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya yang melangkah menghampiriNya..
Biarlah jatuh, biar jatuh berkali-kali..
Bangkitlah dengan mujahadahmu, dan jika tidak sekalipun..
Merangkaklah dengan kesedaran itu..
Kerana gadisku, aku jua jahil dan hina dahulu..
Aku amat-amat sayangkanmu gadisku..
Berubahlah kalian..
Ketahuilah.. Allah menyayangi kalian, melebihi sayangnya kalian terhadap diri kalian..



Gadisku.....

Redang Island trip.. =p

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Oh dear brothers and sisters..
Its may be the last time we gather together..
So may you'll forgive all my sin towards you'll..
And i always forgot all your mistaken..

Dan bila 5 tahun lagi kita jumpa nanti..
Mesti semua dah berumah-tangga kan?
Dan beranak pinak berbagai..
Wahhhhh... Can't wait.. =D

comeynya gadis-gadis ayu neh... ngehehe.. =D

Truth & dare.. huhu, ok, tak baik kenakan aku kannn.. =p

snokeling.. best.. nanti nak g lagi, insyaAllah.. =')



I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU