Can I go? =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, di Kelantan..
Entah kenapa, suka sungguh berada di Kelantan..
Rasa nur Islam tu tebal je di Kelantan ni.. =)
Bukak fb..
Dan ternampak..


Seriously?? owh3~
Berenang?? Memanah?? wah3~
Memang serius nak kene join lah kan mcm ni..
Menunggu pengesahan, kalau bukan budak UTEM leh g ke x..
Hehe~
Harap dipermudahkan..
I wish ada menunggang kuda sama.. huhu..
Next time maybe..

Dan tempat itu di rompin ohkai~
Memang tempat memancing dulu di kompleks rakan muda tu..
Hihi..

+pemandangan petang hari di jeti KRMA, Rompin+

Alhamdulillah~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pernah tak terfikir, kenapa Allah menurunkan Al-Quran..
Yang mana surah di dalamnya, semua bermula dengan Bismillah hirrahma nirrahim...
Yang bermaksud seperti di atas.. (huhu)
Kenapa tak terus baca je surah tersebut..
Dan kita masih tak faham2 tentangnya..
Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang..
Subahanallah..
Sindiran buat manusia-manusia yang sering mengeluh, megaduh...
Allah mengasihi sebelum menghukum, Allah menyayangi sebelum membenci..
Dan terasa masih jauhkah kita dengan rahmatnya??
Cuma 1 surah sahaja yang tidak bermula dengan Basmalah..
Iaitu, surah Al-Baraah/At-Taubah, yang mana diturunkan sewaktu perang..

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang berada dalam kesulitan, apabila dia berdoa kepadanya dan yang menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Amatlah sedikit kamu mengingati-Nya"
An-Naml, ayat 62..

Alhamdulillah...
Aku masih di sini, masih berasa ber-Tuhan..
Masih merasai nikmatnya Iman..
Masih mampu berAmal dengan anggota yang sihat..
Masih mampu berFikir dengan akal yang sempurna..
Masih mampu berZikir dengan lidahku ini..

Ya Allah, Nikmat-Mu yang mana lagi daku ingin dustakan..?..
Tunjukkan aku jalan yang lurus..
Berikah aku hidayah..
Aku ingin berada dalam golongan-golongan yang berdiri di bawah naungan-Mu di akhirat kelak..
Aminn..

Alhamdulillah~
Aku masih mampu tersenyum.. =')

Seriously~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Eh, eh, seriously, x faham kenapa 'sesetengah' insan perlu treat kita begitu..
I mean, iyalah~ haishh.. x faham.. x faham...
Kalau kita pun kan, terfikir jugak, ada buat salah ke dengan dia, apa2 ke??
Pernah ke?? aishh~ berhubung pun tak.. hurm3~ sungguh x fahamlahhhh...

Tak apelah.. manusia jerr pun kalau nak pandang kita sleck ke hape ke kan..
Biar Allah jerr yang tahu sebenar-benarnya macam mana..
Tak perlu nak terangkan apa-apa pada insan tersebut...
Tapi, eishh, sakit jugak hati kot...
Saya ada salah ke dengan awak? kalau ada salah, bleh tlg gitau...
Nanti saya betulkan mana-mana yang x terpuas di hati awak...

Poning, poning..
OK dah~ x perlu nak fikir pun sebenarnya..
Live your life Anis.. Buat baik berpada2, bab2 jahat jangan nak buat..
Nak buat esaimen, lagi bagus..
No need to think bout that~~~~
tralalalala (sedapkan hati sendiri..huhuh)

Random..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Menjelang Pilihan Raya~~~~ (walaupun in 2,3 month lagi)

"Janganlah orang-orang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, melainkan orang-orang beriman. Barang siapa berbuat demikian, nescaya dia tidak akan memperoleh apa pun dari Allah, kecuali kerana (siasat) menjaga diri dari sesuatu yang kamu takuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu akan diri (siksa)-Nya, dan hanya kepada Allah tempat kembali.."
+Ali-Imran, ayat 28+

Faham2 sendiri..
Saya x suka politik di Malaysia sebab ianya dirty dengan fitnah..
Tak tahu mana yang betul dan salah..
Cuma mengharapkan pimpinan masa hadapan adalah pimpinan Islam..
Bukan nampak Islamik jer, tapi Islam yang sebenar-benarnya..
Cauze, "Janganlah kamu mengambil Islam secara bahagian-bahagian.."

Perempuan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


ANGKUH itu sifat bagi PEREMPUAN..
dan.. CEMBURU itu sifat bagi LELAKI..

Sekian, terima kasih~~


Abu Hurairah..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Bukan berniat untuk mengketengahkan cerita sahabat Nabi yang bernama
Abu Hurairah..
Mungkin buat lain waktu.. namun, satu keperibadian beliau yang disukai..
Iaitu, namanya.. Abu Hurairah.. Bererti, ayah kepada anak kucing.. =)



~cute one!!~kawaiii~

Jika di rumah, abah sering membuka channel 550 astro..
Abah suka sangat tengok flora n fauna dari tgk siaran lain..
Dan sambil tu abah bagi nasihat, abah kata, tgk ciptaan Allah..
Semua Allah dah aturkan rezeki masing2..
Abah jugak baik dengan kucing.. still remember..
Waktu kecik2 dulu, ada seekor kucing jalanan mati kat belakang rumah..
Sebab x boleh nak beranak, mati keras dengan perut buncitnya.. huhu..
Abah kata, kenapa x bagitahu kucing ni nak beranak, boleh hantar g klinik haiwan ke ape ke..
Tergambar kekesalan dekat muka abah..

Saya juga punyai seorang sepupu lelaki, yang sekarang belajar di UIA..
Yang sering saya gelar dia, Abu Hurairah..
Sebab, tiap kali saya ke rumah mak dia, mesti dia memang x habis2 dengan kucing..
Bagi makan, tolong halau, main2 dengan kucing.. kalau kucing tu x comel ke, busuk ke, pun dia x kesah..
Jadi, saya panggil dia Abu Hurairah..

~alah sayang..~

Dan, suatu hari, saya mendengar cerita dari seorang sahabat..
Berkenaan seorang teman, ya, masih pelajar lelaki..
Dan hairannya, teman ini, menyukai kucing, boleh dikatakan menyayangi..
Jarang kan jumpa pelajar lelaki yang kalau jumpa kucing boleh nak elus2 kucing tu..
=)

Kucing?? ya, ada kucing dekat bawah rumah di pahang..
Kadang2 kalau ada duit lebih, memang belikan whiskas kat diorang..
Seronok sangat tengok kucing2 tu makan whiskas yang dibeli.. rasa puas hati.. =)
Entahlah, tapi saya memang minat kucing, sampai umi pun agak x bersetuju kalau saya g beli makanan kat kucing..
Kalau dekat kucing pun kita boleh sayang, apatah lagi sesama manusia kan..
Allah juga menyayangi insan yang penyayang..
Teringat kisah Abu Hurairah sahabat Rasulullah, yang ketika suatu hari berjumpa Rasulullah..
Rasulullah terdengar bunyi 'miao' kucing dari dalam lengan bajunya..
Rupanya, beliau meletakkan anak kucing dalam lengan bajunya..
Sungguh penyayang, =)
Lantas, Rasulullah memberi nama Abu Hurairah kepadanya..

~alohh, gewamnyee!!!~

p/s: haha, kene cari zauj yang suka kucing jugak nampaknya ni.. =D

You are ANNOYING~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Pernah dengar x orang kata, 'ehhh, kau nie annoying bebetik.. menyampah koi!!'
Dan sehubungan dengan itu, pastilah ego kita akan berkata..
'hey kawan, sukahati gua lahh~x kongsi mulut dengan kau pun..'
Iya lah~ haruslah ego kita berkata demikian..
Kecualilah manusia2 yang terpilih...
Dan aku.. bukan~ huhu.. perlu baiki diri lagi..
Kan pernah dengar.. x ingatlah hadis atau cuma kata2 mutiara.. (malas nak cari~~)
"Musuh lah sahabat paling bagus.. sebab dia bagitahu kita kelemahan kita.."
Hmmm~ betul jugak ayat tersebut..

Well, recently, adalah seorang insan bagitahu kat saya..
Yang mana sahabat2 saya x pernah bagitahu pun kat saya..
"you're annoying~, menyampah....dll~"
Fuh, agak2 rasa nak bergaduh dahsyat jugak..
Tapi, pkir2, hmm betul, jadi gaduh tipu2 saja..
So, teringat pulak seiringan usia..
'eishh~ aku nie menjengkelkan sangat kerr~patot x ramai kawan pun.. huhu'
Dan teringat jugak seorang 'teman' pernah sampai keluarkan ayat quran untuk tegur saya..
Maybe daku terlalu 'kemenyampahan' time tue, sampai keluar ayat, 'jgnlah kamu berkata uh
terhadap ibu bapa kamu'..
Syukran, saya respect sangat2.. memanglah terdapatnya izin laluan pada masa tersebut, tapi jgn risau, saya ada fikirkan pasal hal tersebut..
Ohh~ daku yang annoying..

Jadi, so, well, i try to change recently.. beransur2.. x mau arr jadi manusia yang annoying..
Mungkin perangai 'along' perlu dikurangkan.. sebab macam gila kuasa ya eh?? huhu..
Huhu.. berubah itu perlu.. Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis..
But, when I cannot control, atau tetiba hilang ingatan, maaflah~
Sila ingatkan semula ya semua..
Insan itu sendiri kan bermaksud pelupa.. huhu..

p/s: Saya nak jadi baik, saya nak masuk syurga.. kalau saya sengal, sila tembak saya!!


'islam' yang tidak mengenal Islam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ramai.. memang ramai sungguh umat Islam kat Malaysia ni..
Kat dunia sekarang pun ramai.. ramai sungguh..
Namun, pernah x kita dengar sabda Rasulullah yang mafhumnya..
"Umat Islam akhir zaman itu ibarat buih di lautan,..."
Banyak, memang kita ramai.. tapi semua macam buih..
Sesaat.. tup.. hilang.. hilang macam buih..
Dan sedar x kita akan sabda Baginda lain yang mafhumnya berbunyi..
"Umat Islam yang terbaik adalah sezaman denganku, kemudian zaman seterusnya, kemudian zaman seterusnya.."
Zaman kita ni kat zaman mana.. nampaknya, kita tak tergolong langsung dalam zaman2 yang disebutkan oleh Rasulullah.. huhu..

Adakah kalau kita belajar mengenai English, kita akan menjadi omputeh??
Tidak!! salah sungguh menyangka bahawa umat Islam dilarang untuk belajar bahasa lain..
Dan salah bagi umat Islam sendiri untuk melabel mana2 group manusia lain yang mungkin mereka tidak memahami Islam sepenuhnya, lantas membuat satu kenyataan umum yang salah, mengatakan if you are Muslim, you cannot learn English, thats why Muslim2 semua tertinggal, x maju..
Wrong sangat2!! and don't label people..
Boleh tak kalau kita husnud'zan, bukan nya su'udzan sesama kita..?
Sedang jika kita pernah membaca, seorang sahabat pernah menguasai bahasa rom hanya dengan kurang daripada 20 hari..
Sepenuhnya, penguasaan yang penuh terhadap bahasa rom dalam masa x sampai 20 hari..
Islam show us the most beauty Deen in this world..
Then, kenapa perlu salahkan Islam dengan keadaan umatnya??
Dan layakkah bergelar umat Islam jika kita sendiri x pasti, apa itu Islam??!!
Tak malu ke mcm tu??

Kenapa perlu memandang rendah terhadap golongan2 yang hari2 turun ke surau, masjid..
Hari2 cuba untuk mengurangkan cakap dari bersuara..
Hari2 memperuntukkan masa untuk mengaji, bertadarus..
Kenapa kita memandang golongan sebegini dengan pandangan yang amat skeptis..
Owh, tu budak surau, tu budak baik, and alls the words yang keluar..
Why?? Is that a fault?? untuk membuat kebaikan, bukan untuk dipuji..
Sedang, golongan2 inilah golongan yang beruntung, seperti mana yang disebutkan dalam surah Al-Asr..
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecualilah golongan yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.."
Dan aku sendiri tetap mengatakan, merekalah golongan yang beruntung..
Bukannya engkau,yang tahu semua tentang dunia semasa, yang punyai harta bertimbun, yang pandai berbicara mengalahkan lawan..
Bukan, dan aku rasa, engkau adalah manusia yang rugi..

Awas!! Buat golongan2 yang merasa merekalah umat terbaik sedang mereka bukan!!
Islam tidak membenarkan kita meniru barat..
Islam tidak membenarkan kita itu, tidak membenarkan ini..
Owhh~ sungguhlah, kau Islam pada nama, mungkin pada pakaian..
Tapi, pernah tidak engkau melihat catatan, lembaran sejarah..??
Rasulullah dan sahabat.. Islam merekalah Islam sebenarnya..
Bukan ortodoks, tetapi mahu agar golongan2 yang belajar mengenai fekah ini, belajar juga mengenai sirah, perundangan, dan sebagainya..
Mafhum sabda Rasulullah..
"Islam itu ibarat sepohon pokok, solat adalah batangnya dan jihad adalah puncaknya,,"
Dan bukan sabda ini bermaksud, pergilah engkau berjihad, menentang kafir2 laknatullah, tinggalkan dunia dan segala isinya..
Tidak!! Berapa ramai umat Islam yang berdemonstrasi, x puas hati, terhadap pelbagai perkara..
Sedang jika kita lihat semula Islam mereka, solatnya, cukup 5 waktu sehari semalam? bayar zakat harta? Ada berapa jenis zakat dalam Islam? faham tentang mazhab2 dalam Islam??? Tak faham!!
Dan sewenang2nya, merasakan diri merekalah yang betul, sebetul-betulnya..

Bukankah dalam Al-Quran juga ada disebut, yang mafhumnya berbunyi..
"..mengapa tidak sebahagian dari kamu tinggal untuk mempelajari ilmu.."
Ya, bagi aku, ilmulah yang menentukan Islam atau tidaknya seseorang itu..
Bukankah juga ayat pertama yang turun berbunyi.. Iqra'... bacalah..
"Bacalah dengan nama Tuhanmu.." Bacalah.. baca, kaji, selidik, fahami dulu apa itu Islam..
Bukan niat untuk merendah2kan keutamaan jihad.. Tidak!! sedang jika diberi peluang untuk diriku pergi ke Gaza, ya, aku akan pergi!!
Dan adakah engkau faham maksud Jihad itu sendiri??
Jihad bermaksud, membawa manusia kepada kejayaan hakiki mereka, apa itu kejayaan hakiki??
"..mereka itulah golongan2 yang berjaya.." yakni, golongan yang dapat masuk ke syurga..
Nah, persoalannya, bagaimana nak ke syurga, jika Islam masih belum hakiki..
Mungkin kita beriman, tapi adakah kita bertaqwa??
Sedang Rasulullah sendiri menganjurkan agar berdakwah dahulu walaupun dalam 'qital' yakni peperangan..

Jadi, tanya imanmu, di mana Islamnya dikau..
Usahlah jika hanya berkata dikau Islam tanpa menyedari hak2 yang perlu kau laksanakan sebagai seorang Islam..
Usahlah menjadi 'islam' yang tidak mengenal Islam..

Pelangi memang selalu atas kepala orang kan, diri??..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Even if kita nampak pelangi berada di atas kepala orang lain..
And if true pun, bersinar2 cahaya kegemilangan, kebahagiaan insan tersebut..
Dah, think~ takkan nak jelous x memasal, PHD (penyakit hasad dengki), dan berbagai..
Kita just can't take what on others head to us..
literally, cannot lah..

Alls these years, thought myself to be more hard, strong, mcm stone jehh..
And yep, by day, i'm getting good at it.. but, sometime it got worse, like now..
And rasa macam hape jehh kalau nafsu datang bermaharajalela dalam diri!!
Eishh~ jauh2 kau syaitan... bawak rasa2 nie semua bersama kau..
Biar cuma tinggal dengan aku cumalah rasa mahmudah itu..

Marah!! ya, dengan diri sendiri kerana masih tak sedar2 lagi!!
Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu manis..
Can't you wait for just a while dekat dunia nie untuk mendapatkan hal2 yang selalunya kita x suka, bersabar, wait and tabah jehh..
Untuk memperolehi Syurga di sana??
Kenapa susah sangat nak dengar nasihat2, bentuk hati, bentuk diri..
I don't know, so, hit me!!
Rasa nak tumbuk diri sendiri laju2!!

Ya Allah, hamba Mu ini lemah, ampunilah..
hamba Mu ini tidak kuat menahan ujian, tabahkanlah..
hamba Mu ini sering tersasar dari sirathal mustaqim itu, tunjukkanlah..
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah..

If I Were You..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


You seem to find the dark..

When everything is bright..

You look for all that wrong instead of the right..

Does it feel good to you the way don’t operate..

You never say a word unless to complain..

It driving me insane..

If I were you..

Holding the world right of my hand..

First thing I do..

Is thanks the God above for all the things I have..

If I were you..

Look what surround you now..

More than you ever dream..

Have you forgotten that how hard it used to be..

So what its going to take..

For you to realized..

Its all can go away in one blink on an eyes..

It happen all the time..

~diTUJUkan kepada diri sendiri yang x sedar2 dengan nikmat2 yang ada~


I’m not a perfect person..

There’s many things I wish I didn’t do..

But I continued learning..

I never meant those things to you..

And so I have to say before I go..

That I just want you to know..

I found out reason for me..

To change how I used to be..

And the reason is you..


berSYUKUR dengan apa yang ada..

=)

SMILE although it was HARD~~


Spekulasi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


“Rela Dipimpin.. Untuk Memimpin..”

Tiba2 terambil baju perkhemahan di Pekan zaman muda dulu..

Dan teringat pengajaran penting dalam hidup..

Lelaki tak suka dipimpin oleh perempuan..

Exceptlah kalau perempaun tu kakak dia atau mak dia..

Dan dalam Islam pun, lelaki adalah Imam, pemimpin..

Haruslah, kualiti lelaki perlu lebih dari perempuan..

Berikutan kes2 zina yang semakin membimbangkan antara pemuda2 dan pemudi2 yang rata2nya beragama Islam nie..

Saya lebih suka untuk menyalahkan golongan lelaki lebih sikit dari golongan perempuan..

Kerana lelaki itu akalnya sempurna (ada sebahagian menafsirkan iman) sedangkan wanita, akalnya kurang sempurna..

Sepakatan ulama’ memberi maksud sabda Rasulullah ini adalah kerana perempuan tidak sempurna ibadahnya kalau nak dibandingkan dengan lelaki kerana setiap bulan ABC (Allah Bagi Cuti)..

Jadi perempuan ni, maaf katalah, kurang akal, emosi lebih..

Dan lelaki sempurna akal, cacat emosi(haahahaha, ayat sendiri)..

Kalau nak kira bab matang, perempuan, dalam 18-20 dah matang..

Dan lelaki 18-22..

So, senang cakap, lelaki atau perempuan yang dah matang ni..

Haruslah berfikiran seperti orang matang, yang ada tujuan hidup..

Sebab hidup ini bukan untuk main2, sebab lepas hidup kita semua akan dikembalikan kepada Allah..

Terutamanya lelaki2 yang bakal2 jadi suami2, ayah2, pemimpin2 ni..

Sakit hati sungguh kalau melihat mereka buat tak semenggah jer dengan hidup ni..

Mula2 ada jugak rasa nak husnudzan..

Tapi kalau setiap kali pun tak semenggah macam ayam jer, rasa nak karate pun ade..

Cuba2lah bawak baca2 sirah Rasulullah dan Sahabat..

Contohi Ali ibn Talib, hidupnya dipertaruhkan di pembaringan Rasulullah..

Contohi Saad ibn Waqqas, teguhnya iman walau ibunya menggugut akan membunuh diri..

Contohi Muiz, sanggup mengakui kesalahan sehingga disangka Rasulullah, dia sudah hilang akal..

Ini tidak.. adam lembek, justin beber, mnm, hujan rebut dan entah siapa2 lah jadi idola..

SAKIT sungguh manusia zaman sekarang ni..

Hakikatnya, sedih, sedih, sedih dengan manusia2 sebegini..

Ditegur melenting, dibiarkan berdosa, hanya mendoakan menunjukkan betapa lemah imanku..

Pemuda.. pemudi Islam, ayuhlah..

Usah sehingga azab Allah itu datang, baru kita sedar..

Betapa jauhnya kita dari rahmat Allah..

Ya Allah, ampuni kami semua..

p/s: semoga laknat Allah menimpa pemimpin2 yang tak semenggah menyokong dan mengusahakan jalan2 maksiat buat kita semua!!

21 Muharram 1432

Buruh =)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


As usual, waktu cuti is for resting, jalan2 (if ad $$ lebih), duk umah..

And almost, duk rumah lahh kan..

Dengan $$ yang dah lama dihabiskan di maktab..

Bercita2lah nak cari duit lebih..

Kureng2 bleh tampung minyak CAM kesayangan dan makan2 bulan 1 nanti..

Yelah, cuti bukan bermaksud, duk rumah tido makan aje..

Emm~ x boring ke tido je manjang?? Baik bace buku.. (^_^)


Pilihan pertama : cari kerja..

Abah: x boleh, duk rumah je..

Umi : x boleh, baik tlg umi masak, kemas rumah ke..

Along : tapi nak cari duit.. sob..sob..

Last2, ikut abah ke ladang, yeah~

Mengutip pengalaman menjadi pekebun yang berjaya..

Ohh~ sekurangnya menjadi buruh yang berjaya..

3,4 kali jugak masuk ladang bulan 12..

Coz, kelapa sawit nie hanya dikutip buahnya 2minggu sekali..

Buang masa kalau g ladang hari2.. buang tebiat namanya tu..

Dengan pakaian yang macam petani berjaya, dengan sarung tangan..

Wahahaha.. punyalah semangat~

Dan mujur semangat itu tak kehilangan di tengah jalan..

Berjaya melakukan tugas amek buah kelapa sawit dan membaja pokok dengan jayanya..

Yes!! Dapatlah beberapa posen upah tolong abah..

Hehe~ takpe abah! Time kaseh!!

'Humaira merenung masa depan.. haha.. yeah, dan nampaknya ade kelapa sawit dihadapan'


Najis lembu.. sesuatu yang pelik kalau x jumpa dekat ladang..

Dan oh ya~ kalau x kacau, x ade bau~

Tapi kalau buah tu tergolek…bum.. kena pulak bom…

Haishhh~ semacam dahsyat je baunya..

Terfikir~~ najis lembu ni lah yan orang guna buat hisap gam tu kan??

Ish3~ mende dahsyat punye busuk ni pun nak sedut gak??

Punyalah banyak rezeki Allah yang baik2, halal2, x memudaratkan..

Pilih najis jugak…

Dan paling sedih.. ramainyaa anak2 felda buat perkara2 x guna mcm ni..(hisap gam, dadah)

Rasa nak flying kick je laju2…

Weiihhh~ ape guna hidup kat dunia kalau kerja cuma mengabiskan beras dan duit ibuayah..


Dan alhamdulillah~

Ramai jugak anak2 felda ni yang berjaya..

Jangan pandang sebelah mata..

Kesusahan itu mengajar erti kehidupan..

Tapi, tak dinafikan ramai lagi yang suka lepak2 tepi jalan...

Kalau umi kata, x berguna 1 sen pun..

Hmmmm~


Patut rasanya guru2 yang ditarbiyah, yang freshie2 ni, yg masih bersemangat ni..

Masuk ke kawasan2 mcm ni.

Ubah pemikiran anak2 kecil, mungkin generasi ke2 dan ke3 peneroka..

InsyaAllah.. apa lagi yang kita mampu lakukan..

Bak kata umi lagi, susah nak didik anak2 felda ni..

Mak ayah diorang pun x amek kira diorang nak jadi apa..

Ya.. dan tugas itulah terletak di bahu guru2 kat felda, kat pedalaman..

Huhu~ perlu bentuk diri lagi.. masih jauh dan berliku jalan di hadapan..

Guu bukan hanya mengajar.. tetapi mendidik.. =)


p/s: semangat dan cuak sangat2 memikirkan praktikum.. ohhh~ InsyaAllah

Nakal Kuasa Dua..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

“Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan peribadi anak2 tersebut, samada menjadikannya yahudi, majusi atau Islam..”
Dan macam mana kalau anak2 tersebut nakal…
Pernah jugak terdengar, dan mungkin betul perkara ni..
Budak2 ni kalau nakal2 la bagus, otak die berfikir..
Maybe betul, maybe x berapa..
Depends la pada cara pembawakan budak tu jugak..
But bg saya, I’m not denying.. (sbb sy amat nakal waktu kecik)
Budak2 ni nakal sbb diorang ada banyak perkara nak cuba..
Its mean also.. nakal = cerdik.. =)
Tapi.. yang susahnya kalau adik2 nakal..
Haha, hari2 kene ‘nasihat’ dengan kaklong yang garang..
Padan muka!!
Apapun, x lah kesah sangat pada kenakalan diorang..
Yang geramnya tu, kalau degil.. aiii.. rasa nak piat2 jeh..

Till one day dengar umi cakap kat depan tv…
“mukrim.. jangan gaduh2 dengan abang.. karang kalau along dengar
, along rotan, umi x tahu~”
Serius rasa nak gelak guling2…
Weihhhh~ ni dah macam sama pangkat dengan abah je nie..
Kalau gaduh je, panggil along… habislah korang..
Muahaha~

'Mukrim & Luqman yg kaki gaduh, nak jadi samseng ke ha?? haha, jgn tiru akak plisss'

Mujurlah ada jugak adik2 yang separa besar yang menambahkan kesengalan dalam rumah tu..
Apa kata kalau, kecik2 nakal, besar2 sengal~ best jugak mcm tu..
Antara yg paling x leh blahnya~
‘mari bertarannum’ bleh tukar jadi ‘mari bertayammum’
Weihh~ letih la nak tayammum hari2…
Sengall~ haha..
Bunyi pintu yang busuk la.. macam2 la budak2 ni..

Apapun.. kaklong berdoa agar korang semua success..
Bukan kat dunia jerr.. kat sana lebih penting..
Bak kata orang..
Biorr x kaya sangat.. asal amalan baik bertimbun..
Tapi kalau kaya best jugak, leh pau seposen dua..
Haha.. apepun, barakallahufikum~ =)


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU