Seorang Pemuda Yang Aku Kagumi.. =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Entah kenapa tiba-tiba saat meneliti satu per satu gambar-gambar pahlawan PRU jentera PAS..
Aku melihat seraut wajah yang bercahaya..
Seaakan Tok Guru Nik Aziz wajahnya..
Aha, rupa-rupanya anak Tok Guru..
Alhamdulillah beliau memenangi Parlimen N22 Pasir Mas mengalahkan si katak Ibrahim Ali..
Pemuda tersebut adalah Nik Mohamad Abduh..

Meneliti kata-katanya di mukabuku..
Cukup membuatkan aku kagum dan merasa hormat kepada dia..
Eh tak, bukan cinta.. haha..
Cuma kagum seperti kagumku pada seorang guru..
Seperti aku mengagumi Ustaz Hasrizal..
Mendalami pemikirannya, membaca bukunya, menghadiri kuliahnya..

Dan setelah aku 'stalk' satu demi satu..
Oh, rupa-rupanya pemuda ini juga menulis buku..
InsyaAllah akan ku cari dan akan ku dalami pemikirannya..
=)
Kalaulah aku ini penduduk Kelantan, pasti akan ku hadiri kuliah-kuliahnya..
Rindu pemuda-pemuda yang lantang berbicara soal kebenaran..

Tidak salah rasanya menyukai para ilmuan, alim ulama'..
Kan?
Jom ramai2 like fb pemuda yang memperjuangkan agama ini..
https://www.facebook.com/pages/Nik-Mohamad-Abduh/177786515581027?ref=hl

p/s: encik bakal suami jgn marah ye.. =P
insyaAllah saya ingin mencintai anda bila tiba masanya, bukan insan lain.. (^_^)

Alangkah sedih rasa hati..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Aku sedih..
Hari isnin yang gloom.. =(
Semuanya telah terbukti..
Bangla Nation.. Project Blackout..
Adohai~ akhirnya melepas anganku ingin merasa sup telinga..
=.='

Sedih..
"Ooo yeke, em Allah blm br pluang lg la tu utk PR mmrintah"
Huhu, tenangnya awak..
Saya sedih..
Jujurnya, sukar membesarkan anak-anak dalam jahiliyah moden..
Sedang menepis jahiliyah moden juga diri ini lewat tersungkur..

Adapun..
Tahniah 2 MP PAS baru..
Ust Nasaruddin Tantawi.. Yeay, org Temerloh koi~ =)
Dan anak tok guru, Ust Nik Abduh.. muka dia comel, bercahaya je.. hihi..

Sedih..
Nak guling-guling-guling atas katil sambil menangis..

1 month, 30 days, 720 hours, to go..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

1 month to go..
Yet, I am no ready..
not ready yet... huwaaaa~
Takot-lahhhh!! =.='

30 days to go..
Yet, ad bnyak jugak lagi yg tak diselesaikan..
Dan iA akan diselesaikan secara berperingkat..
Biar sederhana.. =)

720 hours to go..
720 jam lagi nak rasa jadi bujang.. haha..
Lepas ni dah ada tanggungjawab sebagai seorang isteri..
Sebenarnya itulah yang merungsingkan..
Tanggungjawab as isteri, amattttlah berat..
Ya Allah, bantu hambaMu ini..

Tak ada masa nak pikir tentang dia..
Haha, ok, I tipu..
Of coz lah teringat..
Dan setiap kali teringat, doa diam2 dalam hati..
"Ya Allah, jadikan aku isteri solehah buat dia"
Huk~
Anis yang degil ni, yg keras hati ni, yg nakal ni, yg OOB ni..
Boleh anis? nak jadi isteri solehah?
Huhu.. nak! insyaAllah saya akan berusaha..
Dan awak tolong ya~ huhu..

Dan aku amat sedar..
Kahwin bukan sekadar nak gembira2 je..
Its about responsibility..
Are we willing to learn about each other with enormous of patience..

Apa pun..
Kahwin ntuk mencapai mardhatillah..
Menyempurnakan iman..
Dia yang bakal membantu kita ke syurga..
Dan ke syurga bersama dia..
Oh.. Of coz I want it!

Chaiyok ANis!
1 month, 30 days, 720 hours to go..
And be a solehah zaujah for your zauj..
(^_^)

SABAR lah cik Anis!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Satu perkataan yang mudah diungkapkan..
SABAR..
Namun susah dilakukan..

SABAR bagiku bermaksud menangis bertimba2 di atas katel bertemankan bantal bucuk..
Ahaks~
OK lah tu..
Then lepas tu buat solat hajat..
Esoknya, insyaAllah tenang dan boleh senyum dah..

Ouwh..
BANYAK perkara yang perlu disabarkan buat masa ini..
Tak seronok jadi raksasa gorgon, kesian dekat adik2 kene marah..
Huhu, maafkanlah kekanda, kekanda bengang dengan perangai korang yang suka bergaduh dan memekak..
Last2 kene seutir dengan kekanda..
Haha, padan muka! =P

Buat kerja-kerja sambil elakkan berfikir..
Kalau asyik berfikir tentang masalah pun, dia takkan menyelesaikan masalah tersebut kan?
Jadi buat kerja banyak2, then bila letih, boleh tidur dengan lenanya..

Ya Allah..
Bantulah hamba Mu ini..
Janganlah Engkau bebankan aku sesuatu yang tidak mampu aku pikul..
Rahmati dan kasihanilah diriku ini..
Permudahkan urusan-urusanku..
Hanya kepada Engkaulah aku mengadukan isi hatiku ini..
Engkau sahajalah yang memahami..
Engkau sahajalah yang mendengar..
Engkau jua yang membantu diri ini..

Alhamdulillah..
Live with iman & islam..
That is the best..
Cant ask for more~
(^_^)

Wednesday should be wordless..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Wednesday should be wordless..
And yes, it is..

So many thought came into my mind..
I just believe in Allah..
And hope for the best..

The best for my end..
Maybe not the best for my life..
But still the best for my life in there..

Solah make me calm..
I knew myself..
Even I don't know others..

Stop complaining and make living..
That is what i'm doing now..
So, if you don't receive, then, back-off..

I've survived long enough..
And I know, deep..
That I will survived till the end..

Ya Allah..
Tunjukkan aku ke jalan yang lurus..
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat..
Bukan jalan mereka yang Kau murkai..
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat..

Ichigo-kun!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Seriously, dah start rasa boring, duk rumah tak buat apa2..
Huk~
Memula dulu rajin-lah jugak..
Lama-lama makin worn out.. sobs~
=(

Hehe..
Tapi mengulang semula cerita Bleach memang best..
Somehow teringat semula..
Ichigo-kun pakwe pertama saya.. haha..
Amat comel dan bajet.. =)

I do learn friendship from this anime..
(^_^)

Kurosaki-kun.....
Suka awak.. he.he..
(tak malu!)

Like you..

In the Name Of Allah, The Most Glorious, The Most Merciful..

You are sooooo busy..
I wish I was as busy as you..
So that I had a reason to not replying your message..
Like you always do..

But I am not..
And you don't understand..
Its killing me..

You are gonna be the closest person to me..
Yet, you are soo far..
And I cant imagine how it will be..

I'm sad..
I am..
=(

Kalau rindu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Lelaki dan perempuan itukan berbeza..
Bagiku, semakin aku berjumpa dengan dia, semakin rasa rindu pada dia..
Entah rindu kenapa..
Mungkin rindukan kata-kata dan senyuman dia..
Mungkin..
Atau cuma mungkin rindu merasa keperluan seorang lelaki di dalam hidupku..

Tapi..
Aku masih tidak mahu merindui dia..
Masih bersalah rasa hati ini tika merindu..
Bolehkah? atau tidak boleh? =(
Aku takut dalam ingatanku pada dia..

Sudahlah fikiran dan hati..
Biarkan bayangan dia pergi buat masa ini..
Dia masih belum halal untuk dirindui..
Dan kenapa perlu merindu kerana masih tiada apa-apa antara kalian?
Aduhai diri..

Sudah hentikan kegilaan keperluan ini..
Kau ada Allah..!
Sudah, cukup kebergantungan pada Allah saat ini..
Allah yang mencampakkan rasa ini..
Ya Allah, campakkan rasa yang lebih indah saat halal nanti..
Biar rasa ini tenggelam sendiri buat sekarang..

Dah! Tak payah nak berangan!
=.='
Adohai~

Boleh berbohong?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Baca buku 33 Pesan Nabi yang baru diterima..
1 satu part pasal berbohong..
Dan 3 pembohongan yang boleh dibuat..

Diriwayatkan oleh Muslim, Ummu Kalthum binti 'Uqbah R.A. berkata:
"Aku belum pernah mendengar beliau membolehkan berbohong, kecuali dalam tiga keadaan iaitu:"

1. Berbohong (memperdayakan musuh) dalam peperangan

2. Berbohong dengan tujuan untuk mendamaikan pihak yang bertelagah

3. Dan kata-kata bohong suami terhadap isteri atau sebaliknya (untuk kepentingan rumah tangga kedua-duanya)

He.he.he
Lepas ni nak kena pergi menuntut ni..
Menuntut berbohong sunat untuk ambil hati suami..
adohai~
hihihi =D

Nukilan di malam hari.. =)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

 

Pernah tidak, ketika berada di suatu keadaan di mana setiap insan yang diketemukan, kita merasakan, mungkin inilah jodohku..
Aku pernah..
Pernah berangan-angan, pernah memasang impian, pernah membaca puisi dan cerita mengenai cinta..
Dan ternyata, cerita, angan, impian, segala yang dicanangkan itu tidak pernah membawa aku kepada cinta..
Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan, semua itu membawaku lebih jauh dari cinta Agung Allahu rabbi..
Kerana mengejar cinta seorang lelaki yang entah siapa, aku tercicir dalam kembara cinta kepada Nya..
(Allah, ampuniku..)

 

Berhenti dari melakukannya, aku mulai berjinak-jinak mengenali masjid, surau, majlis ilmu, sahabat sejati..
Alhamdulillah, ianya lebih menyeronokkan dan lebih mengisi hati dari cinta murahan yang ku dambakan..
Dan impianku terhadap Palestin tumbuh lebih subur dan mekar..
Sungguh, saat itu aku merasa bahagia dengan hidupku..
Dikelilingi sahabat yang memahami agama, terisi waktuku dengan majlis-majlis ilmu yang berharga, mendalami agama sedikit sebanyak, menyedari akan tanggungjawab muslim sebenarnya..
=)
Dan tidak ku padamkan, impianku untuk bertemu seorang mujahid, yang bakal ku hadiahkan cinta ini kepadanya..
Terkadang aku menjadi gemar mengagumi pemuda-pemuda yang ku lihat amat komited masa dan usaha mereka dalam menegakkan agama..
Sungguh, amat aku kagumi pemuda-pemuda yang seiiringan membangun kelab asy-syakirin, pemuda-pemuda yang hadir dalam setiap majlis ilmu yang sempat ku hadiri..
Sendirian aku berdoa dalam sujudku, Ya Allah, kurniakan aku menjadi seorang bidadari buat pemuda yang rindu hatinya akan islam..

 

Masih jelas aku teringat akan perbualan hati ke hati bersama 2 sahabat baikku di Masjid Shah Alam..
Masing-masing bertanya dan bercerita akan masa depannya sebagai zaujah, dan aku cuma mendengar, maklumlah masih tiada sesiapa yang sudi hadir menjadi mujahidku..
Lantas salah seorang dari mereka bertanyakan kepadaku, setujukah kiranya aku diperkenalkan kepada seorang seniornya, sudah bekerja, seorang yang baik, dan sedang mencari bakal zaujah..
Kesempatan yang baik, aku berfikir sejenak, entah mengapa begitu mudah hati dan bibir ini mengatakan ya..
Teringat mengenai pesanan Ustaz Pahrol dalam bicaranya, ‘seandainya kita mahu agar orang yang baik menjadi jodoh kita..pertama, jadilah insan yang baik,soleh & solehah terlebih dahulu..kedua, terimalah pendapat orang yang baik-baik kerana insan sebegini akan memastikan jodoh kita tersebut adalah dalam golongan yang baik pula”..

 

Dipermudahkan Allah.. dengan istikharah dan doa serta mesyuarah bersama keluarga dan sahabat.. aku menerima..
Dan kami dipertemukan dalam sesi taaruf selepas bertukar-tukar biodata melalui e-mail..
Agak kelakar sebenarnya, sesi taaruf dilakukan di taman rama-rama Kuala Lumpur atas kehendakku, ya, bagiku biarlah ia bermula dengan sesuatu yang cantik, dengan kenangan, walaupun hasil natijahnya masih tidak diketahui..
29 Julai 2012, ya, aku simpan tarikh itu dalam peringatanku..
Sungguh, dia bukanlah seperti apa yang ku jangkakan.. dan mungkin aku juga begitu, mungkin tidak seperti yang dia jangkakan, tambahan, aku ini memang kasar orangnya.. =.=’ adohai~
Kami bertaaruf, dan terkadang bila mengenang kembali betapa segannya kami ketika itu, dengan soalan-soalan yang tidak terjangka, sering membuatkan aku tersenyum sendirian..
Satu yang ku perhatikan, aku menyukai senyumannya, dia mempunyai senyuman yang amat manis.. aku berharap sungguh agar dia terus-terusan tersenyum, namun ternyata dia seorang yang agak serius.. =)

 

Seminggu dua kemudian, aku menerima pernyataan dari sahabatku itu bahawa jejaka tersebut, setelah istikharah dan mesyuarah, menerima aku sebagai bakal zaujahnya..
Apa lagi yang dapat ku panjatkan selain Syukur buatMu Ya Allah..
Sungguh aku ini tidak layak memilih sesiapa pun, namun aku akhirnya terpilih.. aku menyedari akan 1001 kelemahan diri ini, ya, sungguh aku tidak layak memilih..
Dan aku pun menyatakan persetujuanku kepada dia.. ternyata dia gembira dan harapannya tinggi.. sama sepertiku, harapanku juga tinggi..

 

Risikan, pertunangan diadakan..
Teman rapat, keluarga berulang-ulang mengucapkan tahniah.. namun, ada juga yang mempersoalkan kenapa harus aku bernikah awal..
Menjadi luka dalam hatiku, namun aku tahu, mungkin sahaja kefahaman kita mengenai agama itu berbeza, dan ia tidak sesekali bermakna aku ini lebih baik, oh sungguh tidak, namun biarlah aku melengkapkan agamaku dengan perkahwinan..
Apalah yang lebih baik selain memberikan seseorang itu apa yang dimahukannya, bukan begitu?
Bukan kerja yang menjadi impianku, bukan pula harta kemewahan berganda, bukan kereta mewah.. sedikit naïf, tetapi aku cuma mahu menjadi isteri solehah buat seorang lelaki yang aku gelar suami yang bakal memimpin diri ini menuju syurga Allah..

 

Dan kini, dia bergelar tunangku..
Sedetik ku lihat silamku, sungguh aku tidak sesekali menjangka, pemuda inilah yang bakal menjadi suamiku.. it just magic… =)
Perwatakannya yang sedikit berbeza denganku..
Dia seorang yang pemalu, amat penyabar dengan diriku, easy going, simple, tidak banyak berbicara, sedikit adventurous, mampu menjaga hati dengan baik.. sedikit pandanganku buat tunangku yang tidak berapa aku kenali..
Kami jarang berbicara, ya, dan dialah yang sering menegurku sekiranya aku selalu bermesej dengannya..
Kami berhubung dan berbicara melalui telefon cuma bila ada perkara penting sahaja yang ingin dinyatakan dan dibincangkan..
Dan selalunya, itulah yang membuatkanku kecewa.. bukan kerana kurangnya bicara, tetapi kerana kurangnya kefahaman kami mengenai sesuatu perkara.. aku memahami sesuatu itu berlainan dengan kefahamannya.. tetapi dia tetap sahaja tenang dalam menguruskanku dan hal itu..
Aku kagum dengannya..

 

Dan sepanjang pertunangan ini..
Tidak pernah rasanya dia meluahkan apa-apa rasa hati dan perasaannya kepadaku..
Cuma akulah, yang terkadang melebih dalam hal ini, aduhai, memalukan sungguh..
Tindakannya yang tegas itu membuatkan hubungan kami terjaga..
Alhamdulillah, aku suka begini.. =) (terima kasih, awak..)
Ada juga kalanya dia meminta maaf apabila merasakan bahawa aku ini marah dan berkecil hati kepadanya, tetapi akhirnya aku juga yang malu sendiri.. malu kerana masih tidak mampu menahan diri dari berbicara hal-hal kecil kepadanya..

 

Dan kami masih berusaha untuk membuat pelbagai persiapan untuk hari yang bakal tiba itu nanti..
Dia kelihatan tidak begitu exited dalam menyediakan hal-hal persediaan yang remeh temeh ini..
Apa yang diusahakannya secara bersungguh-sungguh adalah kembali kepada kepentingan pernikahan itu sendiri, menyediakan mahar, mas kahwin, sebuah tempat perlindungan buat bakal zaujahnya ini..
Dan aku menyediakan hal-hal yang kecil itu.. (^_^) ya, agak keletihan pada mulanya, merasa ingin mengurus segalanya, tetapi apabila melihat dari aspek diri dia, melihat pula apa yang sunnah dalam perkahwinan, ternyata dia lebih lagi dari aku dalam persiapannya.. huhu..
Sehingga dia pernah berkata, dia tidak mahukan apa-apa yang spesifik dalam hantaran aku kepadanya, lelaki memang sebegini mudah ya? Huhu.. namun aku tetap juga ingin mencari sedikit barang buatnya.. mungkin sepersalinan jubah, wallet, perfume dan sebagainya..
Aku? Pastilah mahu.. sejak awal-awal telah aku katakan padanya bahawa aku ingin 3 perkara wajib dalam hantaran.. yakni tafsir, telekung dan perfume.. namun ternyata list itu makin membiak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini.. adohai~ =.=’

 

Membilang hari? Emm, kadang-kadang aku membilang hari.. terkadang tidak..
Namun yang pasti aku takut.. takut sekiranya aku tidak mampu menjadi zaujah solehah buat bakal suamiku itu nanti..
Persediaanku tidak seberapa, akalku tentu sahaja tidak matang lagi, perangaiku juga sedikit kebudakan, huhu, aku harap dia menerima apa adaku..
Huhu,sungguh aku takut dengan persediaan diri ini..
Apapun, aku tetap mahu jadi yang terbaik.. =) insyaAllah aku ingin menjadi yang terbaik buat dia..
Berbekalkan sedikit ilmu di dada ini, amat sedikit pengalaman berkomunikasi dengan baik terhadap golongan lelaki, huhu, aku harap dia memahami diri ini nanti.. dan aku pun ingin memahami dia..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami ini..
Pertemukan dan satukan kami dalam kebaikan di dunia dan akhirat..
Masih membilang hari, dan aku yakin kepada Rabbi, seandainya dia jodohku, aku ingin bersama dia sehingga ke Jannah nanti..

 

Ps: doakan kami.. <3>

 


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU