Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Secangkir teh, Pengubat letih..
seakan aku sendiri yang mengembara merentasi debu2 jalanan tanah uthmaniyyah itu..
sungguh, aku terasa..
pengembaraan membuka mata, minda, fikir dan zikir buat Rabb..Terima kasih teman, atas saranan..
Terima kasih ust Hasrizal, atas penulisan..
Utama, Terima Kasih Allah, kerana mendatangkan rasa di hati ini..
Ramadhan menjelma.. seakan tidak mahu terlepas dari rasa gembira ini..
Rasa menunggu, rasa ingin beribadah, rasa ingin menolong dan sebagainya..
Semoga rasa ini berkekalan sehingga akhirnya Ramadhan pada tahun ini..
Ramadhan.. usah berlalu begitu pantas..
Aku ingin menjalanimu dengan setiap detik yang tersisa..Aku ingin tarbiyah diri, mencintai Ilahi denganmu.. izinkanku..
Rasa ini sekarang..
Ingin sahaja aku menipiskan wallet dengan memborong semua buku mengenai ibadah dan tarbiyah demi menghadapi Ramadhan yang menjelang..
Namun difikiran.. huhu.. salahkan CAM kerana mengikis elaunku???
hihi.. tidak.. salahkan diri kerana memberi makan kepada badan..
Sedang fikiran dan hati juga perlukan makanan yang tetap, amat banyak melebihi kepentingan badan..
Ingat tarbiyah para sufi.. Kurangkan Makan.. Kurangkan Tidur..Jauh benar diri ini dari jalan itu..
Secangkir teh pengubat letih..
akan ku usahakan mencari teman2mu yang lain..
insyaAllah, dalam waktu terdekat..
Allah, izinkan, perkenankan..
dan Ramadhan, akan ku isikan kau dengan tarbiyah fikiran dan jiwa..
insyaAllah, moga kesampaian.. moga tidak ditinggalkan rasa ini..
A little life update?
7 years ago

2 kAtE-kAtE mErEkA:
nak pinjam buku ini.mao.mao.mao baca.
dah dipost ke purun..
=)
Post a Comment