'islam' yang tidak mengenal Islam..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ramai.. memang ramai sungguh umat Islam kat Malaysia ni..
Kat dunia sekarang pun ramai.. ramai sungguh..
Namun, pernah x kita dengar sabda Rasulullah yang mafhumnya..
"Umat Islam akhir zaman itu ibarat buih di lautan,..."
Banyak, memang kita ramai.. tapi semua macam buih..
Sesaat.. tup.. hilang.. hilang macam buih..
Dan sedar x kita akan sabda Baginda lain yang mafhumnya berbunyi..
"Umat Islam yang terbaik adalah sezaman denganku, kemudian zaman seterusnya, kemudian zaman seterusnya.."
Zaman kita ni kat zaman mana.. nampaknya, kita tak tergolong langsung dalam zaman2 yang disebutkan oleh Rasulullah.. huhu..

Adakah kalau kita belajar mengenai English, kita akan menjadi omputeh??
Tidak!! salah sungguh menyangka bahawa umat Islam dilarang untuk belajar bahasa lain..
Dan salah bagi umat Islam sendiri untuk melabel mana2 group manusia lain yang mungkin mereka tidak memahami Islam sepenuhnya, lantas membuat satu kenyataan umum yang salah, mengatakan if you are Muslim, you cannot learn English, thats why Muslim2 semua tertinggal, x maju..
Wrong sangat2!! and don't label people..
Boleh tak kalau kita husnud'zan, bukan nya su'udzan sesama kita..?
Sedang jika kita pernah membaca, seorang sahabat pernah menguasai bahasa rom hanya dengan kurang daripada 20 hari..
Sepenuhnya, penguasaan yang penuh terhadap bahasa rom dalam masa x sampai 20 hari..
Islam show us the most beauty Deen in this world..
Then, kenapa perlu salahkan Islam dengan keadaan umatnya??
Dan layakkah bergelar umat Islam jika kita sendiri x pasti, apa itu Islam??!!
Tak malu ke mcm tu??

Kenapa perlu memandang rendah terhadap golongan2 yang hari2 turun ke surau, masjid..
Hari2 cuba untuk mengurangkan cakap dari bersuara..
Hari2 memperuntukkan masa untuk mengaji, bertadarus..
Kenapa kita memandang golongan sebegini dengan pandangan yang amat skeptis..
Owh, tu budak surau, tu budak baik, and alls the words yang keluar..
Why?? Is that a fault?? untuk membuat kebaikan, bukan untuk dipuji..
Sedang, golongan2 inilah golongan yang beruntung, seperti mana yang disebutkan dalam surah Al-Asr..
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecualilah golongan yang berpesan kepada kebenaran dan kesabaran.."
Dan aku sendiri tetap mengatakan, merekalah golongan yang beruntung..
Bukannya engkau,yang tahu semua tentang dunia semasa, yang punyai harta bertimbun, yang pandai berbicara mengalahkan lawan..
Bukan, dan aku rasa, engkau adalah manusia yang rugi..

Awas!! Buat golongan2 yang merasa merekalah umat terbaik sedang mereka bukan!!
Islam tidak membenarkan kita meniru barat..
Islam tidak membenarkan kita itu, tidak membenarkan ini..
Owhh~ sungguhlah, kau Islam pada nama, mungkin pada pakaian..
Tapi, pernah tidak engkau melihat catatan, lembaran sejarah..??
Rasulullah dan sahabat.. Islam merekalah Islam sebenarnya..
Bukan ortodoks, tetapi mahu agar golongan2 yang belajar mengenai fekah ini, belajar juga mengenai sirah, perundangan, dan sebagainya..
Mafhum sabda Rasulullah..
"Islam itu ibarat sepohon pokok, solat adalah batangnya dan jihad adalah puncaknya,,"
Dan bukan sabda ini bermaksud, pergilah engkau berjihad, menentang kafir2 laknatullah, tinggalkan dunia dan segala isinya..
Tidak!! Berapa ramai umat Islam yang berdemonstrasi, x puas hati, terhadap pelbagai perkara..
Sedang jika kita lihat semula Islam mereka, solatnya, cukup 5 waktu sehari semalam? bayar zakat harta? Ada berapa jenis zakat dalam Islam? faham tentang mazhab2 dalam Islam??? Tak faham!!
Dan sewenang2nya, merasakan diri merekalah yang betul, sebetul-betulnya..

Bukankah dalam Al-Quran juga ada disebut, yang mafhumnya berbunyi..
"..mengapa tidak sebahagian dari kamu tinggal untuk mempelajari ilmu.."
Ya, bagi aku, ilmulah yang menentukan Islam atau tidaknya seseorang itu..
Bukankah juga ayat pertama yang turun berbunyi.. Iqra'... bacalah..
"Bacalah dengan nama Tuhanmu.." Bacalah.. baca, kaji, selidik, fahami dulu apa itu Islam..
Bukan niat untuk merendah2kan keutamaan jihad.. Tidak!! sedang jika diberi peluang untuk diriku pergi ke Gaza, ya, aku akan pergi!!
Dan adakah engkau faham maksud Jihad itu sendiri??
Jihad bermaksud, membawa manusia kepada kejayaan hakiki mereka, apa itu kejayaan hakiki??
"..mereka itulah golongan2 yang berjaya.." yakni, golongan yang dapat masuk ke syurga..
Nah, persoalannya, bagaimana nak ke syurga, jika Islam masih belum hakiki..
Mungkin kita beriman, tapi adakah kita bertaqwa??
Sedang Rasulullah sendiri menganjurkan agar berdakwah dahulu walaupun dalam 'qital' yakni peperangan..

Jadi, tanya imanmu, di mana Islamnya dikau..
Usahlah jika hanya berkata dikau Islam tanpa menyedari hak2 yang perlu kau laksanakan sebagai seorang Islam..
Usahlah menjadi 'islam' yang tidak mengenal Islam..

2 kAtE-kAtE mErEkA:

Unknown January 6, 2011 at 6:07 AM  

wah, penoh emosi.

betul, sangat setuju.
sesungguhnya jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu- hadith

islah nafsak wadu' gairak..

Zaujah Umar Hamzah January 6, 2011 at 3:44 PM  

huhu.. apapun, tetap penulis yang perlumengambil ibrah yang lebih dari tulisannya..
ya, stuju dengan ustaz!


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU