Masa..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pantasnya masa berlalu meninggalkan aku..
Untuk kesekian kalinya, aku menjadi terkesima dengan kedudukanku..
Ternyata kini aku sudah menamatkan pengajian..
Lalu, sudah dewasakah aku?
Entah, sukar bagiku membayangkan bahawa aku telah pun dewasa..

Pantasnya masa mendahuluiku..
Anganku untuk menjadi penyelamat nyawa ternyata masih belum sirna..
Tetapi aku hidup dalam dunia yang aku tempuh, dan aku menyukainya..
Keterujaan aku kepada insan-insan yang masih tidak berdosa dan tiada noda membalut diri..
Mungkin kerana aku sudah mulai dewasa, lalu sifat keibuan itu menjelma..
Menjadikan aku suka dan gembira dalam menyampaikan sedikit pengalaman dan pengajaran buat anak-anak kecil..
Anganku bercambah, aduh, sukar untuk dicapai, tapi aku tahu ianya tidak mustahil..
Jika hidup itu untuk berbakti dan memberi, mulialah seandainya aku memberi tenagaku dalam menjana insan islami..

Pantasnya masa itu berlari..
Masih terbayang kiranya kaki ini berlari di tepian sawah, tubuh kecil ini berendam di paya..
Lantas dimarahi dan dipukuli abah dek kedegilan dan kelasakanku..
Masih seronok untuk mengulangi memori yang sama, namun aku sedar semuanya telah berubah..
Keadaan, tempat, dan insan yang terlibat.. ada yang telah kembali, tidak kurang yang hilang dari hidup ini..
Seandainya keseronokan saat kanak-kanakku pada aktiviti sedemikian, lalu apakah pula keseronokan dalam usia dewasaku ini..
Hidup terlalu pantas, sukar mencari memori indah yang manis untuk ku kenang sehingga mati..
Entah, aku pun terkadang tidak dapat menikmati senyuman yang ku ukir sendiri.. bagaimana pula untuk aku merasai dan merenung lama senyuman yang lain..

Masa telah meninggalkan aku..
Akulah anak kecil yang masih merasa memerlukan belaian ibunda saat tidak berdaya..
Masih teringat suapan ummi pada diriku yang sukar sekali ingin menjamah nasi..
Masih terngia leteran dan teguran sayang ummi dan abah pada diri kerdil ini..
Entah bila lagi dapat ku balas jasa ummi, jasa abah..
Terlalu pantas, dan aku kini sudah mahu pergi..
Masih belum jiwa kekanak ku ini dipuaskan dengan tumpahan cinta dan sayang ummi dan abah, tetapi aku sudah mahu pergi..
Sudah mahu menumpahkan rasa cinta dan sayang ini pada yang lain, mampukah aku?? 
Singkat sekali masa itu, terkadang sejuta kali ku pinta agar diri ini senentiasa kembali menjadi si kecil itu.. masih belum puas rasanya..

Masa, engkau telah mendahuluiku..
Tidak mengapa, aku ingin tersenyum kepada-mu yang memberikan sejuta pengalaman dan makna kehidupan..
Yang telah pergi, sentiasa tercatat dalam memori, aduh, ingin aku bertemu kalian, mungkinkah di syurga nanti?
Yang senentiasa di sisi, sudahkah aku membalas jasa kalian yang tidak jemu memberi? Aduh lemahnya diri, sentiasa lupa akan jasa dan pengorbanan, sedang kalianlah gula dan garam buat diri ini.. penyeri, penyedap, perasa pengalamanku..
Yang akan muncul dalam masa-masaku nanti, terimalah diri ini seadanya aku.. Baikku cerminan baiknya budi kalian padaku.. dan burukku merupakan kelemahan diri ini.. aku membuka tangan ini menerima kalian, ingin sekali aku menjadi teman..

Demi masa, sungguh aku khuatir aku ini di dalam kerugian..
Ya Allah, jadikanlah aku ini sentiasa berpesan-pesan dengan kebaikan..
Dan hiasi diri ini dengan kesabaran yang tinggi..


0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU