Some man I know..

..Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Facts 1 : Saya menyampah dengan kaum adam, kebanyakan daripada mereka..
I am sorry..
Sebab itu saya dikenali sebagai perempuan yang sombong dan garang di kalangan bebudak laki..
Dan sebab itu saya tak berkawan sangat dengan lelaki..
Suka nak gaduh dengan diorang.. Suka nak cari pasal..
Suka je..
And I am soo sorry..
I mean, saya insan yang lemah..

But, this isn't a talk about some man I hate..
This is a talk about some man I admired..
Yang saya kenali, kagumi..
Dan saya berharap agar lelaki-lelaki seperti ini tidak pupus dari muka bumi Allah..
Kerana Islam amat memerlukan mereka..

1. Lelaki yang kuat.
Lelaki seperti ini, taklah nampak gagah. tak.tak. takpun.
tak jugak semestinya ada 6 pack..tak.. tak..
Tapi lelaki seperti ini, kuatnya diorang sebab mampu untuk bangun awal pagi..
Dan berjemaah subuh..
Hoh! memang kuat dan hebat..
So, lelaki yang kuat adalah yang mampu bangun awal pagi..
Yelah, jika anda kata andalah paling jantan..
Tapi ternyata ayam jantan lebih jantan dari anda2 semua sebab bangun pagi berkokok kejutkan anda2 semua..
Heishh.. terkantoilah kejantanan anda..

2. Lelaki yang tidak melayan perempuan..
Oh, untuk types ini, serius..
Saya amat mengagumi diorang..
Respect sangat..
Type ni memang susah nak dicari zaman sekarang..
Tapi, ada terselit di mana-mana pun.. InsyaAllah..
Saya pun rasa malu nak berkawan atau berurusan dengan lelaki2 jenis macam ni..
Respect lah kat U'all.. terbaik.. kekalkan! =)

3. Lelaki yang berani..
Banyak tafsirannya lelaki yang berani ni..
Tapi bagi saya, berani dari segala sudut..
Berani untuk kata 'tak, salah ni' sewaktu perkara yang dibuat itu salah..
Berani untuk memperbetulkan dan menasihati kawan-kawan..
Berani untuk menegakkan kebenaran walaupun ianya pahit..
Senang kata, berani arr dari semua aspek!
Sebab saya seorang yang berani, I hope to find someone that even brave than me..

4. Lelaki yang ada pride..
Pride - harga diri..
Means dia buat apa yang dia cakap..
Dan dia tinggalkan apa yang dia tegah orang lain buat..
Oh, ini pun bukan senang nak buat..
Memerlukan mujahadah yang tinggi..

5. Lelaki yang cemburu..
Haha, pelik kan..
Tapi saya rasa lelaki yang cemburu amat bagus..
Cemburu untuk perempuan2 ni..
Cemburu lihat kaum se'adam' bawak wanita keluar berdua..
Cemburu lihat kaum se'adam' berkawan bagai nak rak dengan perempuan..
Cemburu dekat mak dia, akak dia, adik perempuan dia, kawan2 perempuan dia..
Kalau boleh, dia nak jaga semua maruah perempuan Islam ni..
Isn't that sweet?? =)

Oh, banyak lagi kot yang boleh disenaraikan..
Cuma nak berasa kecewa dengan kebanyakan lelaki-lelaki yang saya jumpa zaman ni..
Diorang amat kuat, kuat nak joging tasik 3,4 kali.. tapi tak tahu kuat atau tak nak bangun subuh..
Diorang amat.. melayan perempuan.. sobs~ (perempuan, aku dan korang2 bersalah taw disini!)
Diorang amat berani.. berani nak mengutuk, mengata kawan sendiri belakang2.. oh, cubalah face to face, cakap eye to eye dengan kawan..
Diorang.. dah tak ada pride.. dah tak malu nak buat apa2, kat mana2 pun..
Diorang amat cemburu.. Cemburu bila gilafren duk buat kerja dengan orang lain..
Ish~ tak memasal weihhh~!

Dan mujurlah masih terjumpa permata-permata bergilap di antara pasir..
I knew some good men..
Abah, Tok wan, Pakteh, Paklang, some of my friends..
Saya amat respect diorang..
Dan saya bersyukur, dikenalkan dengan lelaki-lelaki yang hebat macam ni..
Ianya bukanlah mengenai 'aku tak mampu nak tiru Rasulullah, sahabat2.."
No..no.. Ia cuma berusaha menjadi yang terbaik, untuk Agama dan diri sendiri..
Yelah, kalau dah jadi yang terbaik untuk Islam, bukankah kita akan menjadi yang terbaik juga untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara..
Kan?

Well, I admired them soo much..
<3 <3 <3

Felt Better..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah..
Rasa lagi damai dan tenang..
Apabila dapat menyingkirkan cinta manusia dalam hati..
=)
InsyaAllah, harap perasaan itu tidak mengganggu dahsyat..
Terdetik ketika terserempak itu perkara biasa..
Dah, taknak jumpa/terserempak dengan dikau..
Hahah~

Nak fokuskan jadi anak yang baik..
Cewahhhh~ =)
Nak selalu balik rumah, takde ape yang tinggal ntuk saya disini..
yup..

Nak fokus jadi kawan yang lebih prihatin..
Ok, saya memang sombong, kata sesetengah orang..
Maaf, awak tak kenal saya kot.. =)
Apapun, nak jadi kawan yang lebih baik..
Kan tergolong dalam naungan di akhirat kelak orang yang berukhwah atas dasar lillahitaala..

Nak fokus jadi teacher yang best, yang best gila!
Haha, walaupun aku ni garang, tapi adik2 aku sayang kat aku dahsyat tau..
Bermakna saya boleh jadi cikgu yang best jugak..
Cikgu yang best tak semestinya tak garang..
Kadang-kadang garang pun boleh jadi cikgu yang best..

Dan yang paling penting..
Nak fokus jadi hamba Allah yang berjaya..
Ma ma'na falah?
Berjaya - dpaat masuk syrga..
As if memang x senang nak masuk syurga..
So, nak tuntut ilmu, tambah pengetahuan, buat amalan, mulai sekarang..
Ahh, orang mengata tu perkara biasa...
Apapun, saya nak jadi golongan yang sedikit itu..
yeah, caiyok, caiyok...

Target:
- nak g umrah dan haji =)
- nak pandai memanah mcm 'abah', hoho, respek2!
- nak beli furniture ntuk rumah baru.. oyeah~
- nak guna CAM 10 tahun lagi, nak tukar enjin, tambah turbo.. hahaha!
- nak g Gaza..
- nak mati syahid! =)

Bukankah sebaik-baik kematian adalah mati syahid? =)
InsyaAllah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


There are fake smile I give when meeting someone at middle of nowhere..
And there are fake laugh when my friends told something that they think is funny..
I'm laugh when I watch something in movies that is real funny..
And I realized, why am I laugh at something doesn't even my life..
My life is sad..

I'm done giving help to others when I realized no one could help me..
I cried when pray, and I hope that I never been born..
I hate myself for every sin that I've done..
When I repeatedly done it again and again..

I hate people, they just know how to condemned others without give chance to change..
I hate the system, the system that doesn't even follow God's rule!
I hate men, they're all the same.. sick, pathetic, chicken creatures..

Hmmm, I don't even know myself..

Jadikan aku lebih baik dari itu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


La'haulawala quwwata illa'billah..
Ucapan yang sesuai kiranya..
Sedih, terkilan.. melihat teman-teman sekolah dahulu..
Yang dulunya cantik bertudung labuh..
Anggun berperibadi muslimah..
Tegas bagai tiada lelaki yang mampu mencabar..
Dan oh kini..
Ayuh muslimah..
Mana hilangnya labuh tudungmu..
Kenapa lain benar pakaian yang membaluti tubuhmu..
Layaknya dipanggil pembalut nangka mungkin~~ *sedih.... =(
Mana hilangnay ketegasan dalam berbicara mengenai lelaki..
Dan kau kini sewenangnya 'in a relationship with'......

Teman, Muslimah, Ukhti....
Andai kau tersasar, Ya Allah, berilah hidayah buat mereka..
Dulu kau bukan seperti ini..
Kau indah ibarat permata dalam bekas kaca..
Dan kau menurunkan tahapmu sendiri..
Dari permata kepada kaca.....
Dan tidak selayaknya tempatmu di situ..
Kau bukan seperti itu..

Ya Allah, andai Kau tidak mengasihani aku..
Pastilah aku masih mencari, masih dalam kesamaran sekarang..
Ya Allah..
Kau tambahkan keimananku..
Agar bisa aku nilai benar dan dustanya dunia ini..
Agar bisa aku jadi lebih baik dari ini, dari sekarang..

Beruntunglah insan yang hari ini lebih baik dari semalam..
Rugilah insan yang keadaan hari ini sama seperti semalam..
Dan celakalah insan yang hari ini lebih teruk dari semalam..

Ya Allah, jauhkan aku dari tergolong dalam golongan yang celaka itu..
Aku mengharapkan keampunanmu..
Dan aku berserah usaha dan tawakkalku padaMu..

Berhikmah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Oh~ Tertarik dengan sebuah ayat dalam Al-Quran yang bermaksud ..(lebih kurang..)

Pergilah kamu kepada firaun dan nasihatilah dia dengan lemah lembut, semoga dia takut kepadaKu..

Tengok!! Tengok!! Tengok!!
Allah menyuruh nabiNya Musa menasihati firaun hampagas tu dengan lemah-lembut...
Yang memang kita agak kompem dah dia takkan dengar nasihat..
Punyalah bongkak, sombong melebihi iblis sehingga mengaku diri tuhan..
Dan Allah menegaskan, tegurlah dengan lemah-lembut..
oh~ oh~ oh~

Dan alangkah jika ingin menasihati kawan, sahabat bahkan lawan dan sesiapa yang x de kene mengena pun dalam hidup kita..
Bukankah lebih manis jika ianya berhikmah?
oh~ oh~

Sedih... sedikit menyesal di situ..
Kerana perempuan dan emosi.. akal kalah di situ..
Kemudian ada yang kena nasihat secara kasar..
Maafkan.. huhu.. =(

And I'm a Proud Girl..
But, I do Like Someone Come and Say that I am Wrong..
So, that I can Change to Be a Better Person..

p/s: sila nasihat saya dengan berhikmah.. i like very3 much!! =)
tak caye tanya 'orang tu'... hahah =D


Ziarah + berjemaah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Mesej seorang sahabat kepada hamba Allah yang hina ni..

Macam mana nak elak buat dosa:
1. elak duk bersendirian..
2. sibukkan diri dgn xtvt bermanfaat spt tolong masak kat surau, buat assignment, makan ramai2 dgn kawan..
3. ziarah bilik rakan (sunnah Nabi)

Dan ada tiga Jaulah(pusingan) yang Allah suka, pertama jaulah Malaikat di Baitul makmur, kedua Jaulah Manusia di Baitullah, dan ketiga Jaulah orang islam di kampong…, bukan tawaf masjid macam ajaran sesat ayah pin, tapi pusing pusing sekitar kampung jumpa manusia semata-mata kerana Allah..
(ni copy blog hamba Allah yang lain jugak)

Huhuh..
Terkadang ade gak rasa nak pusing aras jemput ramai2 g surau..
Yelah kan, banyak je xtvt menarik dan berpahala kat surau tu untuk dinikmati bersama..
Tapi, sebab takut kene kata, kene hina dsb..
Maka terbantutlah niat yang murni tu..
Ternyata diri neh still takutkan pandangan manusia dari pandangan Allah...
oh,oh,oh~~ =(

Alang-alang..
Siapa2 yang baca blog hamba Allah yang hina dina ni..
Jemputlah antum, antunna semua ke surau berjamaah hari-hari dan sempat takbiratulihram..
InsyaAllah, pahala tu Allah sediakan buat kita, 27 kali ganda..
Tu tak masuk agi bab ikut sunnah nabi, berjalan ke surau, org tgk kita g surau lalu berhajat gak nak ke surau..
Uishhh, kalau kira pahala kita ke surau berjamaah tu, tak terkiralah.. banyak tu...
Jadi jangan merugikan diri, duk solat sensorang dalam bilek..
Oh, x best langsung solat sensorang..
X rasa macam kera sumbang ke solat sensorang??

Dan jangan lupa, balik dari surau, sengetkan bahu kanan sewaktu berjalan..
Jika ada kawan2 yang tanya, kenapa bahu kanan senget??
Katalah~ Banyak pahala g berjemaah tadi, 2 yang senget tuh..
Muahaha.. semoga orang yang dengar tu ikut berjemaah gak pasneh..
Haha.. ok, wassalam~
babai.. =.=

Just 2 things..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Ingat 2 perkara, di mana-mana, bila-bila, dengan siapa-siapa..

1 - Allah melihat apa yang kita buat..
2 - Kita akan mati.. entah esok, lusa, karang, lepas ni..

Dengan ingat 2 perkara ni, berjuta dosa2 kering, besar, kecik, maksiat bla3~ kita mampu untuk elakkan..

Just Like Ummi..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..
Bukanlah ibu terbaik di dunia, tapi ibu yang terbaik bagi saya..
Yang mengajar saya erti berdikari..
Menerima setiap pendapat saya, as i'm the oldest..
Mendidik saya mengenai Agama..
Dan tidak jemu-jemu menjaga kami sekeluarga..

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..
Hari-harinya memasak buat keluarga..
Dan mengalir kasih sayang itu dari masakan..
Bukanlah bermakna masakan yang gah, namun masakan Ummi, cukup buat kami teringat..
Dan saya ingin menjadi tukang masak yang terer macam ummi..

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..
Yang tidak jemu menunggu abah balik, dibuatkan air untuk abah..
Menjaga makan, pakai, segalanya tentang abah..
Dan saya ingin menjaga suami saya seperti itu nanti..

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..
Rakannya tidak ramai, namun yang sedikit itu menghargainya..
Ummi tak gemar ke rumah rakan-rakan semata untuk berborak..
Ke rumah rakan untuk berkunjung, ada waktunya, dan mengeratkan ukhwah..
Dan saya ingin menjadi seorang rakan seperti Ummi, yang menghargai dan dihargai..

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..
Menegur sebelum terlambat, memarahi jika tersilap, menasihati andai tersalah langkah..
Marah bukan tanda benci, sebaliknya sayang yang tidak berpenghujung..
Andai sayang anak, tangan-tangankan..
Dan saya ingin menjadi ibu yang garang mungkin~ hahahaha =D

Saya cuma ingin menjadi seperti Ummi..

Oh, maaflah~~
Kelaparan hujung minggu sering membuat teringatkan rumah..
Ummi, lapor~~~~ =.=
Kebanyakan kerja yang terbengkalai juga membuat teringatkan Ummi..
Selalu menasihati, buat sekadar mampu, jangan tangguh2 kerja.. =')
Kesepian hujung minggu membuat saya teringatkan Ummi..
Isn't home the best place for everyone??

Lagi 2 minggu nak balek rumah.... TAK KIRA!!! hohoho~
Nak tanya Ummi, Along nak kawen boleh x??
Pastu pasti Ummi tanya, dah ada calon? Boleh je nak kawen nanti rumah siap..
Dan pasti aku tunduk pandang lantai.. 'oh, aku takde calon..'
Ummi, Along tanak la kawen, Along nak g Gaza je lah..
Ummi restuilah ya~ =)

+Ummi dan angah, kenapa bukan along di situ?? sebab along tangkap gambar.. =.= +

Wanita..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sakit kepala, migrain sikit dah nangis guling2..

Sakit perut, senggugut sikit dah muntah2 berbagai..
Sakit demam, selsema sikit dah kene g klinik hospital apa semua amek mc tak tahan sangat dah..
Agak-agak, rasa-rasanya boleh tahan ke nanti di akhirat..
Sakitnya seksaan neraka..
Untuk aurat2 yang terbuka tu..
Perempuan, jagalah aurat tu..
Bukannya susah menjaga keaiban diri sendiri..
Yang susah bila tiba masa aurat dah tak boleh dijaga..
Masa itu nanti, cuma menunggu dibicara, dan yang bersalah akan dihukum serta-merta..
Jika kita tak tahan sakit di dunia..
Ingat kita tahan ke sakit kat sana nanti..
Pakai memolek sikit..
Ingat, kita ni fitnah syaitan untuk kaum adam..
Jangan pernah lupa itu!!

Muallim atau murabbi??.. atau cuma cikgu cap ayam??

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Sabda Rasulullah s.a.w.

Sampaikanlah dariku walau satu ayat..

Murabbi - panggilan terhadap seorang guru yang mampu menyentuh hati para pelajarnya. Bukan sekadar mengajar, namun mendidik para pelajarnya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang diperolehi.

Muallim - lebih berlegar di sekitar akal pelajar, yakni mengajar sehabis baik. Namun, tidak menyentuh emosi dan hati para pelajarnya.

Cikgu cap ayam - janji datang sekolah, dapat gaji setiap bulan, ngaja x ngaja belakang soal..
Macam mak ayam kita tengok, kadang2 jika kita tabur beras, dia yang duk berebut patuk beras lebih dari anak2 ayam lagi.


Jika ingin melihat istilah seorang pendidik di dalam Islam, lihatlah kepada susuk peribadi Muhammad s.a.w, seorang muallim, murabbi teragung. Dan seharusnya, seorang guru mengambil Rasulullah sebagai contoh ikutan dalam mendidik para pelajar.

An-Nahlawi misalnya, menetapkan sepuluh sifat dan syarat bagi seorang guru yaitu :
Pertama, harus memiliki sifat rabbani, artinya seorang guru harus mengaitkan dirinya kepada Tuhan melalui ketaatan pada syariatnya.
Kedua, harus menyempurnakan sifat rabbaniahnya dengan keikhlasan, artinya aktiviti pendidikan tidak hanya untuk sekadar menambah wawasan melainkan lebih dari itu harus ditujukan untuk meraih keredhaan Allah SWT. serta mewujudkan kebenaran.
Ketiga, harus mengajarkan ilmunya dengan sabar.
Keempat, harus memilki kejujuran, artinya yang diajarkan harus sesuai dengan yang dilakukan.
Kelima, harus berpengetahuan luas dalam bidangnya.
Keenam, harus cerdik dan berketrampilan dalam menciptakan method pengajaran yang sesuai dengan peralatan.
Ketujuh, harus mampu bersikap tegas dan meletakan sesuatu sesuai dengan kondusinya.
Kedelapan, harus memahami anak murid baik karakter maupun kemampuannya.
Kesembilan, harus peka terhadap fenomena kehidupan.
Kesepuluh, harus bersikap adil terhadap seluruh anak murid.

Seorang penyair pernah mengatakan...

Wahai orang yang mengajar akan yang lainnya..
Mulakanlah pengajaran itu dari dirimu..
Kau meresapkan ubat sedang dikau membutuhkannya..
Kau mengubati orang yang sakit sedang dikau sendiri sakit..
Mulailah dari dirimu, jauhkan dari kesesatannya..
Jika itu telah dilakukan, bererti dikau orang bijak..
Sejak itu akan diterima nasihatmu, jika kau menyampaikannya..
Dan ia akan meniru ucapanmu dan menerima mengajaranmu..

p/s: sedih melihat cikgu dan bakal2 cikgu yang tidak seperti murabbi, setidaknya jadilah muallim.. =.=


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU