kemaafan yang ikhlas, pernahkah diberi tanpa diminta..
dan jika diminta sekalipun, adakah ikhlas menuturkan maaf..
tangan yang menolong benarkah percuma..
atau mengharap balasan yang terkadang melebihi pertolongan..
amal yang dibuat, seronok dibuat secara berjamaah..
atau mungkinkah mengharap ada yang melihat ke'alim'an itu..
namun..
terkadang cukup lapang dengan ucapan, "sudahlah, saya maafkan awak"..
dan gembira melihat teman bahagia dengan pertolongan yang diberi, walau tidak seberapa..
serta rasa syukur menuturkan, "wah, ramainya harini turun masjid, bagusnya.."
terfikir..
amalan.. adakah ikhlas dibuat..
dan takat mana keikhlasan diukur..
dan cuma jika mengharap balasan dariNya, adakah takat keikhlasan itu berbaki..
atau cuma dikata ikhlas jika tidak mengharap apa2 langsung dari siapa dan apa pun..
kemaafan.. maafkan jika daku masih tidak mampu berhadapan lagi..
pertolongan.. maafkan jika masih mahu walau ucapan terima kasih..
amalan.. maafkan jika terlihat daku membuat itu dan ini..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A little life update?
7 years ago

1 kAtE-kAtE mErEkA:
maka, sentiasalah tepuk hati tnyer iman anda.... bukan anda seorang jer yang sentiasa berasa sedemikian... manusia ini iman die mmg bergelora... skali ngan ketetapan pemikiran kita... kadang2 niat kita nak menunjuk tlebey plak dr kekhlasan kerna Allah.... manusia.. pwnuh ngan sifat was2 nyer nie....
Post a Comment