Sekurangnya TABAHLAH~

Kalau kau masih termangu, merintih, menunggu..
Ahh, sampai bila pun kalau akan tetap begitu..
menunggu, dan sabarnya kau menunggu..
seakan aku turut terseksa dengan sifatmu itu..
sedang aku cuma pemerhati..
pemerhati yang terseksa..
kerana watak utama itu bukan aku..
bukan itu yang aku mahu dari seorang watak utama..

Kau lemah! lemah! aku katakan semula.. KAU LEMAH!
betapanya kau ingin dimengerti, dicintai..
dan ternyata kau jatuh.. mungkin terdalam..
namun aku tak pasti itu..
aku keliru! mengapa kau mencipta onar yang memakan dirimu sendiri?
sedang jalan yang terang itu terbentang..
namun kau pilih yang sukar, yang tidak kelihatan..
untuk dimengertikah? untuk apakah??

dan kau bicara tentang CINTA!
sedang pada firasatku, cetek sekali pandanganmu tentang cinta!
kau sendiri jua tak mengerti..
apa yang kau rasa itu cinta atau bukan..
oh, sakitnya melihat tingkahmu begitu..

aku benci kepada manusia yang lemah!
biarpun aku sendiri menjadi selemah itu..
kerana telah Allah yakini kau mampu menjalaninya..
dan kau menjadi lemah atas alasan bodoh apakah yang aku tak mengerti..
dan kau salahkan diri sendiri..
ohh~
sekurangnya.. TABAHLAH!!!

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU