Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Pemikiran..
Apa yang kamu fikirkan sekarang??
Jika tentang duit, kerja terbengkalai, atau mungkin kereta..
Ohh.. Jahilnya kamu!!
Sedang dia berfikir tentang Dia..
Tentang pembangunan manusia..
Tentang agama!
Dan aku? ohh~ fikiranku bukan apa2.. aku bukan siapa2..
Aku cuma mencedok pemikiran para pemikir..
Dan aku fikir, terkadang tepat, terkadang tersasar..
Kebanyakan pemikiranku, aku simpan..
Tidak dizahirkan.. barangkali aku cuma pengecut!
Dan aku kagum kepada siapa2 yang punyai pemikiran yang luar biasa..
Bukan yang biasa2 kita dengari..
Aku kagum.. bahkan mungkin meminati..
Dan dia bercerita tentangnya.. bersyarah tentangnya.. berakhlak dengannya..
Oh, mungkin sahaja aku tidak mengutarakan..
Kerana aku masih belum boleh berakhlak dengan pemikiranku..
Ternyata, aku masih di takuk lama..
Jika dia mempunyai tulisan, pasti akan ku baca..
Sekurangnya, aku baca apa yang dia baca..
Dan aku dapati, ianya kaya..
Ya, mungkin mimpi aku dapat bersahabat dengannya..
Sepertinya mimpi aku mengagumi Umar, Hamzah, Zubair, Safiyyah dan Asma..
Dan ternyata.. aku masih jauh.. masih tertinggal..
Ohhh hati.. Ingin sahaja aku mencuci dikau dengan selaut zam-zam..
Agar kau jadi bersih! bukan kotor, hina dan busuk begini..
Jalan mujahadah itu jauh.. sejauhnya fikiranku ini yang masih cetek..
Dan ilmuku yang cuma ibarat seutas tali..
huh~
Aku ingin terus membaca..
Mengagumi.. biarlah~
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment