Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Wah~ Tajuk x leh blah..
Tak pe, perubahan kecil dalam diri itu pencetus perubahan yang lebih besar..
Mungkin bisa merubah keluarga, sahabat, masyarakat dan seterusnya negara..
Mungkin.. dan siapa jua yang tahu melainkan Allah..
Alhamdulillah..
Aku ingin terus begini..
Terus berperibadi begini..
Ya, sukar mengekalkan peribadi begini..
Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar. Berusaha menjadi muslimah solehah tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah. -Muslimah-
Pernah suatu ketika..
Seorang rakan memberikan seuntai mesej buatku..
Dia berkata..
"Anis mesti dah pakai tudung labuh kan? baguslah.. kekalkan mcm tu.."
Uish, tersentak..
Sedangkan tika itu aku sedang jauh diulit mimpi dunia yang menipu..
Dan baru-baru ini, seorang rakan praktikum menegur..
Menjentik perasaanku untuk terus begini..
"Mu ni bakpe arr anis, kejap tudung pendek, kejap tudung labuh, mende toh~"
Huhu, sedih gak dengar statement macam tu..
Tapi aku tahu, itulah permulaan..
Teguran dari Allah sebenarnya itu, disalurkan melalui manusia..
Alhamdulillah Ya Allah..
Kau menjentik hatiku untuk berubah..
Syukur, Alhamdulillah..
Dan rakans~
Doakan saya, agar terus berusaha menjadi muslimah..
Wanita berperibadi Muslim, peneguh Agama, penyeri Dunia, bidadari Syurga..
Subahanallah, InsyaAllah..
=')
Teguran dan nasihat amatlah dialu-alukan..
Kita semua kan insan yang bererti 'pelupa'..

1 kAtE-kAtE mErEkA:
hoho...
thumbs up!!!!!!!!!!!!
i LIKE!!!
teruskan berusaha yang!!~
kita same2 berusaha k..
insyaAllah =)
Post a Comment