Kuasa DOA.. =)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Mendengar tazkirah adik mengenai kuasa doa..
Yup, tepat dik! betul, setuju!


Cerita 1:
Ketika saya telah mendapat sms kononnya menang sejumlah wang yang agak besar..
(time tu muda remaja lagi, baru masuk KL, tak berfikir secara kreatif n kritis lagi)
Lalu saya diminta untuk memasukkan beberapa ratus ke dalam akaun bank syarikat tersebut, untuk bayaran pemprosesan katanya..
Lalu saya pinjamlah kawan punya bank card, sbb kad sy x leh guna untuk aplikasi tu..
Sepanjang perjalanan, saya berulang2 kali membaca ayat seribu dinar dan berdoa, yela, orang nak dapat rezeki kannn..
Huh, malangnya ada masalah, lalu wang tersebut x dapat dimasukkan ke akaun tu..
Dan seterusnya, dapat tahu bahawa kes tersebut merupakan satu penipuan..
Rasa terkejut sangat-sangat.. (yela, kanak2 mana tahu menda mcm tu pun org buat tipu..)
Dan bagi saya, itulah kuasa doa..

Cerita 2:
..... errr...
dah lupa..

Tapi sebenarnya..
Dalam hidup ni..
Semua perkara yang kita doakan akan termakbul..
Siyesly.. itu merupakan hadis Rasulullah dan ayat Quran..
X percaya hadis.. x percayakan al-Quran????!!!
Haaaa.. ada masalah di situ jika x percayakan hadis & Quran..

Imam Bukhari dan Muslim menjelaskan, nabi berkata, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan.” 

"mintalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan.." Al-Mukmin : 60




Bak kata adik..
Doa merupakan surat..
Dan rasa yakin merupakan setem..
Kalau x de setem, mcm mana surat nak sampai.. kan?

Jadi, satu ayat yang dikopi dari fb sendiri..

‎:: Apakah yang anda benar-benar inginkan pada saat ini? Sudahkan anda 
meminta kepada Allah swt mengenainya ::

Jom berdoa.. dan yakin.. =)

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU