=(


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

This is my state : teruk..miserable muslim.. =(
Dan tidak pernah aku berada di state 'selamat'..
Jika takdirnya aku mati saat ini..
Aku tidak pasti adakah aku mampu menjawab persoalan mungkar nangkir itu..

Aku selalu berfikir.. alangkah beruntungnya umat nabi Musa..
Boleh membunuh diri untuk menebus dosa..
Kerana pada zaman ini, taubat nasuha itu umpama tiada lagi..
Kemanisan iman telah lama hilang..
Dan aku ingin sekali merasai kemanisan iman itu..
Tapi aku tak mampu.. aku terlalu banyak dosa..

Alangkah indahnya jika aku hidup cuma sebagai pokok..
Yang memberikan kemanisan buahnya buat manusia..
Sentiasa berzikir kepada Allah azzawajalla..
Kerana hidupku sebagai manusia..
Aku tidak selalu memberikan kemanisan kepada manusia..
Aku selalu menyakiti hati manusia..
Aku tidak selalu berzikir kepada Allah..
Cuba dikira, ada sampai 2 jam masaku dihabiskan untuk solat, berzikir dan bertilawah?!
Jangan harap! masa makanku, masa tidurku, lebih banyak dari masa taubatku padaNya..
Hamba jenis apa aku ini?!

Dan mungkin ada sesetengah yang berkata..
"tak mengapa, bukan ke makan tu ibadah, kerja tu ibadah, tidur tu ibadah..?"
Ada kau makan waktu lapar sahaja dan berhenti sebelum kenyang dan betapa engkau bersyukur atas rezeki tersebut?
Ada kau tidur cuma sebahagian malam dan kau lepaskan tidurmu untuk beribadah, ada?
Ada kau niatkan kerjamu adalah untuk memertabatkan Islam, ada, ada?? Kau kerja untuk cari duit adalah!!

Seorang mujahid pernah berkata..
Dia cuma hidup selama beberapa tahun sahaja di dunia ini..
Kerana beberapa tahun itulah masa dia berjuang menegakkan Islam..
Sedangkan masa-masa sebelum itu diumpamakan dia tidak hidup di dunia..
Dan aku.. apa yang aku lakukan di dunia ini?!
Membuat maksiat.. menambah dosa.. kufur nikmat!!!
Ya Allah!! andai sahaja aku mati sebelum dilahirkan di dunia..
Andai sahaja aku mati sewaktu masih kanak-kanak..
Kerana sukarnya menjadi dewasa yang terbeban dengan dosa-dosa sendiri..

Sering memohon ampunan dariMu..
Namun, sering juga aku melakukan perkara yang sama..
Jadi, apa pointnya aku bertaubat?!
Seumpama orang yang sakit makan ubat, dalam masa yang sama makan racun..
=.=

Sobs..
Aku sedih..
Aku nak jadi baik..
Namun aku tak dapat lakukan secara bersendirian..
Aku terlalu lemah..
Aku cuba kuatkan diri..
Tapi ibarat mendaki curam yang licin, aku jatuh ke lembah yang sama..

Kerapkali aku mencuba..
Dan kerapkali juga aku putus asa..
Lalu aku teringat bahawa tidak akan putus asa dari Rahmat Allah melainkan orang2 kafir..
Jadi aku teruskan, aku ingin berubah..
Tapi.. susahnya.. =(
Susahnya..susahnya..susahnya nak jadi solehah di dunia ini..

p/s: aku teruk.. =( maafkan aku!

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU