Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Janji melayu.. selalu dengar kan??
Janji Islam.. err.. x selalu dengar..
Sebab ramai orang Islam di MALAYSIA ialah org melayu dan janji mereka kebanyakannya hampeh!
Ibaratnya jika seorang lelaki berjanji kepada seorang perempuan untuk datang menikah pukul12..
Mungkin beliau akan datang pukul 12.30ptg.. 1.00ptg.. 2ptg.. dan terkadang 4.00petang..
Ape kes? Kalau nak kahwin pun macam ni..
Lain2 hal toksah nak pandang lah..
Bab solat jauh sekali.. (janji dengan Allah tueee!!)
Dah dengar azan berkumandang, padahal surau tepi kedai makan, rilex jer dia hentam berborak sepam dua..
Kalau setakat budak umur 7 tahun tu tak ler 'yang memandang' ni panas sangat..
Tapi kalau dah berjanggut tu.. haishhhh... nak-nak lagi kalau yang pakai kopiah/songkok..
Oiii bang! simpan2 lah kopiah tu, buat malu jer masjid dah azan, ko duk lepak kat kedai makan ni..
Shamelesss!!!
Janji askar.. first time dengar waktu g kem tentera..
Sharp! memang menepati masa & terkadang lebih awal dari yang sepatutnya..
Fuh~ bagus3!!
Tapi kalau janji seorang yang ber'bin' dan ber'binti'..
Errr... kebanyakan masa, toksah percaya..
Nak-nak lagi kalau di belakangnya ada perkataan InsyaAllah..
Perkataan "insyaAllah" itu digunakan untuk melepaskan diri jika terlewat..
Weiii ayam!! ko buat main-main arrr nama Allah..
Ko ingat ko sape?!
Padahal 'insyaAllah' bermaksud 'dengan izin Allah'..
Maksudnya kita dah berjanji dan 99.9% kita akan tepati janji kita..
Cuma 0.1% peratus lagi adalah takdir Allah..
Contohnya kita tereksiden ke.. sesuatu takdir Allah yang kita takleh nak ubah..
Jangan nak auta kalau terperangkap dalam jem..
Yang tak gi guna akal rancang perjalanan awal-awal apehal?
Pastu kata terperangkap dalam jem sebab 'izin Allah'..
Ape kes? ada akai tak nak guna!
Penantian satu penyeksaan..=.= memang pun!
Kita sering menunggu kawan.. adik.. lecturer.. anak murid.. mak ayah.. anak.. suami.. isteri.. bos.. pekerja..
Hiperbolanya, setengah hidup aku, aku habiskan untuk menunggu orang..
Membazir masa!
Yang ditunggu pulak, tak reti-reti nak bagi mesej..
"weh, gua lambat 10minit, sori2, teperangkap dalam jem ni, moto eksiden dengan lori, dahsyat wooo.."
Susah sangat jejari tu nak menaip, melaksanakan janji..
(mesej dengan pakwe/makwe 24jam boleh pulak!)
Kalau takleh mesej sangat, call jelah, mampu nak bergayut sampai kong bateri..
Takkan call kawan bagitau 10min lambat pun takleh..
Dan selalunya, mereka yang lambat ni, memang dah perangai lambat..
Mereka tak pernah pun tunggu orang..
Kalau tengok muka-muka yang datang lewat kelas, muka yang sama..
Lewat assembly, muka yang sama..
Sebab mereka datang lewat adalah mereka tak pernah tahu rasa 'bengang' apabila menunggu..
Point sebenarnya..
Saya amat kuciwa tahap gaban lahh dengan mentaliti tahap zero orang-orang melayu Islam..
Kau tengok orang cina, orang puteh, ade diorang lewat kalau berjanji?
Siap datang bawak hadiah lagi kalau lewat, penebus janji diorang..
Korang ape ade? maaf pun tak cakap.. datang jumpa pun muka taik.. ape kes?
Geram..geram..geram dengan Melayu-Islam..
Terus terang arr.. rela g duduk palestin nuh, biorlah teruk macam mana pun kehidupan mereka..
Sekurang-kurangnya mereka real Islam..
Bukan Islam celupan macam melayu-melayu neh..
Bukan mentaliti pasal masa je.. pasal semua hal..
Pasal dengkinya, dialah no.1..
Pasal menjatuhkan orangnya, dialah no.1..
Pasal maksiatnyer, berzinanye, berkapelnye.. semua arrrr..
Huh! Entahape-hape..
Kepada rakan-rakan yang terasa mahupun dah kene marah dengan saya bab menjaga masa ni..
Maaf dipinta..
Kebanyakan marah saya berpunca dari geram sebab menunggu dan korang tak deserve kemarahan tu..
Tapi kadang-kala, korang memang deserve untuk dimarahi sebab tak reti bahasa..
2,3,4 kali ulang perkara yang sama..
Siapa tahan kan? =.=
Aku ni bukanlah penyabar..
Apapun maaf atas segalanya..
Menunggu..
Ya, kita semua menunggu..
Takdir Allah terkadang menuntut 1000 kesabaran..
Apapun, kita juga menunggu untuk dipertemukan denganNya kelak..
Ya Allah.. kurniakan kami kesabaran dalam menunggu.. dan dalam menghadapi musibah dan ujian dariMu..
Amin..
p/s: kau yang tengah pakai kopiah duk lepak kat warung tu, g smayang cepat, orang dah azan.. karang tak memasal high heel hinggap kat muka!
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment