Hati perempuan..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Hati perempuan itu..
Dalam dan remuk redamnya terkadang tidak terlihatkan..
Perasaan dan isi hatinya tidak dibicarakan..
Ianya harus dimengertikan dengan perlahan..

Bicaranya manis dan ceria saat menyapa..
Siapa tahu sebelumnya itu dia menangis sendirian..
Dek kerana kelemahan..

Mengukir senyuman dan kegembiraan..
Hanya semata-mata agar insan di sekelilingnya merasa bahagia..
Sedang hatinya muram dan dia cuba bertahan..

Tiada dendam dipamerkan..
Sedang hatinya merayu agar difahami, agar dimengertikan..
Agar semua bisa menjadi lebih lembut dan manis terhadapnya..

Saat merajuknya didiamkan, kerana dikau bicara soal wanita lain..
Air matanya mengalir laju, sedang hatinya berbisik..
Masih belum setiakah aku, masih belum berhargakah pengorbananku..

Adam, usah bicara tentang payung emas..
Sedang dirimu cuma insan yang masih punyai banyak kelemahan..
Sedang suri hati itu berusaha semampunya menjadi yang terbaik pernah hadir dalam hidupmu..
Merubah separuh hidupnya, kerana dikau, demi mencapai syurga dunia yang selama ini didambakan..
Sungguhpun dirinya terhias 1001 kelemahan dan kekurangan..
Tetapi, dialah surimu, dialah suri yang selama ini menyayangi dan mencintaimu sepenuh hatinya..
Tegakah engkau membiarkan dia keseorangan, tanpa seorang pelindung yang setia di sisi..

Duhai adam..
Didiklah dirimu agar kau bisa mendidik surimu..
Kelemahan dia cerminan kepada kelemahanmu..
Rosaknya dia tanda kegagalanmu dalam menjadi nakhoda..
Hakikatnya, dia sebahagianmu..
Engkau badan, dialah bayangnya..
Engkau purnama, dialah bintangnya..
Dialah yang terciptakan dari rusukmu, lalu tegakah engkau menyalahkannya kerana kelemahannya?

Duhai hawa..
Teruskan bahkan berusahalah dalam menjadi setia dan mencurahkan cintamu hanya buat dia..
Bukan kerana dia adalah siapa-siapa dalam hidupmu, tapi kerana Allah menetapkan begitu..
Lalu cinta Allah itu bahkan lebih mahal dan agung dari segalanya..
Cintailah dia kerana Dia yang lebih indah dan agung..
Kerana suamimu cuma manusia biasa, yang masih merangkak dalam kembara terhadap Tuhannya..
Usah melakukan sesuatu kerana dia, kelak engkau kecewa andai tiada penghargaan darinya..
Bahkan, teruskan cinta dan kasih sayang  kerana Dia mengurniakan perasaan itu agung buatmu..
Untuk dicurahkan buat yang engkau diciptakan darinya..
Dan engkau sebahagiannya, tegakah engkau berputus asa dalam mencintai pemilik dirimu?

Buat Adam dan Hawa..
Buat diri ini, justeru merasa beruntunglah kerana dipilih..
Engkau bukan siapa-siapa pun sebelumnya, dengan dia engkau menjadi terpilih..
“Seandainya seorang manusia perlu sujud kepada manusia lain, maka akan aku perintahkan agar isteri sujud kepada suaminya…” hadis
“Wanita itu tercipta dari rusuk kirimu yang paling bengkok, seandainya engkau bersikap keras maka ianya akan patah, dan seandainya engkau biarkan maka ia akan terus bengkok.. lalu, bersabar dan bersikap lemah-lembutlah terhadap wanita…” Hadis

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU