No racist please, bro!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ramai di antara kita yang suka menulis dan menghentam pelbagai pihak..
Termasuk-lah menghentam para alim ulama'..
Sudah menjadi sunnah, para ilmuan sering diperkecilkan dan diapi-apikan oleh golongan bodoh ini..

Aish, geramnya saya membaca komen-komen yang langsung tidak menghormati taraf dan kedudukan seseorang sebagai alim ulama..
Betapa ramai macai yang mengata dan mempersendakan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi..
Juga tidak sedikit dari golongan yang berpendidikan menghentam Us Hasrizal dek kerana kepedasan tarbiyah yang diutarakan..
Sedang Us Azhar Idrus sendiri, yang mempunyai peminat dari pelbagai lapisan masyarakat turut dijadikan bahan sasaran cai-cai ini untuk terus menambah dosa..
Sehinggakan Us Zaharudin semakin kurang bicaranya di muka buku lantaran tidak mahu melayan perangai cai-cai yang menyampahkan hati ni..
Terbaru, Us Nik Abduh diperli dan dikatakan dengan pelbagai bahasa yang menyakitkan hati, dek kerana mereka tidak memahami analogi yang disampaikan..

Ai cukup marah dan geram bila puak-puak cai ini sesedap rasa mengutuk, memfitnah dan mengata para ustaz dan ulama..
Sedih orr.. =( huhu..
Macamlah ilmu depa tinggi sangat nak cakap dan fitnah macam-macam..
Huhu..

Dan papagomo nampaknya masih belum bertaubat..
Suruh cai-cai boikot air asia..
Ape kena dengan mereka semua ni?
Takut sangat dengan cina..
Haha..

Kebencian..
Dendam..
Iri hati..
Semakin bertambah dalam negaraku ini..
Entah di mana harusku temui tempat nan indah untuk bercinta nanti..
huhu..

Ya Allah, ampunkan mereka kerana mereka tidak tahu..
Dan musnahkanlah mereka yang melakukan kezaliman..
Izinkan dengan kudrat-Mu, islam pula yang berkembang biak subur di bumi ini..
Kerana aku rindu akan pemuda yang merapatkan safnya pada awal waktu..
Dan pemudi yang menutupi segala kekurangan(aurat) dari mereka yang tidak hak..
Kembalikanlah islam kepada Malaysia..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU