wife in 15-+ days..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Serius, berdebar, takut..
Dan aku pun tidak terlalu membayangkan keindahan-keindahan yang dicanangkan selepas perkahwinan itu..
Sesungguhnya aku takut, dengan tanggungjawab yang besar sebagai seorang isteri..

Tidak menolak apabila dipanggil..
Bagaimana kiranya saat itu aku letih? dan lelah?
Atau mungkin tiada mood, ah biasalah wanita dan hormonnya..
Lalu, adakah aku akan dilaknat oleh malaikat sehingga suamiku kembali redha kepadaku..?

Dan apabila ada ketikanya aku mungkin berbau seperti bawang dan peluh.. =P
Yelah, kan memasak, kemas rumah, tiba-tiba encik suami balik, erk, x sampat nak bersiap..
Aduh~ adakah senang hidungnya dengan bau dariku? =.='
Perlukah aku bersiap setiap masa?

Ada pula ketika aku merasa fikiranku sebegini sedang pemikirannya pula lain..
Perlukah aku menerangkan kepadanya apa yang kufahami sekian lama..
Dan apabila dia tidak bersetuju dengannya..
Adakah aku harus merubah kepercayaan yang telah lama aku simpan dalam diri ini..
(mengharapkan agar dia seiring dan sejalan dalam pemikiran dan usaha terhadap Palestin..huhu..)

Apabila dia terjaga dari tidurnya, mungkin sahaja mendapati bahawa bukan bidadari syurga di sisinya..
Mungkin diriku tidur serabut, rambut kusut, =.=" huhu..
Maafkan saya, duhai suami, andai nanti tidak mampu menepati setiap pesanan yang sepuluh itu.. =(

Ingin aku menerimanya seadanya, dan ingin aku diterima seadanya oleh dia..
Moga Allah mempermudah urusan-urusan kami, dalam mengenali hati budi, memahami setiap perbicaraan, seterusnya mengizinkan kami bercinta..
Ingin aku bercinta dengan dia sehingga ke syurga..
Seterusnya menjadi bidadari buatnya..
Bakal suamiku, dan InsyaAllah suamiku, redhailah diri ini, kerana syurgaku ada dalam redhamu..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU