Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Kadang-kadang bila lecturer ada bercakap mengenai 'hal' ini..
Aku bukak mp3 dan dengar kuat-kuat..
Bukan apa, kalau sakit hati mendengar 'nasihat' dan 'tauladan yang baik' dari lecturer..
Baiklah dielakkan sakit hati tersebut..
Dan ajaibnya golongan dewasa ini..
Mereka terkadang seperti tidak nampak wujudnya dua golongan..
Yang mempunyai perangai seiras..
Tapi, satu golongan dihukum, sedang satu golongan lagi dibiarkan..
Bagi aku, di mana keadilannya di situ..
Dan aku hanya tergelak besar membaca dada-dada akhbar..
Serius kelakar!
Kalau siapa yang baca dan percaya mati-matian, aku memang kasihan..
Ada juga di kalangan 'dewasa yang matang' yang tidak puas hati terhadap golongan tersebut..
Melemparkan kata cacian di mukabuku dan kicauan-kicauan..
Hah, semacam mereka itu malaikat dan tidak pernah merasakan ketidakpuashatian terhadap orang lain..
Sedangkan perbuatan mereka itu sendiri pun melambangkan betapa rendahnya nilai mereka..
Sehingga ada yang berkata 'tulah kecik-kecik tanak ******, dah besar menyusahkan mak bapak'..
Fuh, 'tabik springg' orang yang berkata macam ni..
Bagi aku, sesiapa yang kata macam ni, pada waktu remajanya, dia adalah seorang yang tidak pernah melakukan kesilapan hatta sekecil batu kerikil pun..
Sebab tu mereka boleh nak 'mengata' tahap yang sedemikian..
Normal.. normal sangat untuk remaja ini melakukan kesilapan..
Hatta dari segi apa pun..
Kerana mereka remaja, yang masih perlu dibentuk, diperbaiki, diasuh..
Dan golongan dewasa itu yang melemparkan tohmahan, alangkah busuknya perangai mereka sedemikian..
Tidakkah mereka juga pernah remaja?
Pernah merasai hati yang panas tatkala remaja?
Pernah melanggar beberapa peraturan tatkala remaja?
Tidak pernahkah?
Jadi, mengapa masih tidak memahami? =.='
Tidaklah pula aku ingin menyokong perbuatan tersebut..
Aku cuma ingin mengatakan bahawa betapa dengkilnya pemikiran mereka yang terlalu cepat menghukum..
Dan kepada insan-insan 'dewasa matang' yang kencing di gambar pemimpin PKR, dan menari tarian punggung di hadapan rumah Ambiga..
Apa hukumannya bagi mereka?
Sudahnya, takkan si dewasa terlepas dari perlakuan? sedangkan anak remaja terus-terusan dihukum?
Huh.. langsung tidak menunjukkan 'role-model' yang baik di situ..
Ayuh lihat kembali kata-kata Tan Sri A Samad Ismail..
'Mutiara tidak mungkin dapat dikaji tanpa merujuk kepada tiram yang menghasilkan mutiara serta memahami penyakit yang mengetahui bakteria yang menjadi puncanya.."
Nah! jadi siapa yang harus bagi tauladan pada siapa?!
Kurangnya pengertian kalian pada remaja..
Mudahnya kalian memberikan hukuman dari mendidik..
Dan kalian mengaharapkan penghormatan setinggi gunung..
Boleh blah!
"bertindak menggunakan akal" konon!
Dah siapa yang cakap mcm tu, bercakap menggunakan akal-kah?
Akal lutut mungkin!
p.s : aku berharap agar suatu hari nanti aku menjadi dewasa yang mengerti akan anak-anak remaja dan berupaya membimbing mereka.. insyaAllah..


0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment