Cemburu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Haha..
Aku bukan orang yang baik dalam berbicara soal cemburu..
Kerana mengikut kajian, aku lahir pada bulan oktober..
Dan insan-insan bulan oktober memang kuat cemburu..
he.he.he... dengan kawan baik pun boleh cemburu.. =.='
Apela anis~~~

Takpe la kot, cemburu tu pun bagus juga..
Cemburu yang tidak buta, tidak melulu..
Tak perlu cemburu dengan orang yang kita sayangi berdasarkan kisah lampaunya..
Sebab kita juga ada kisah lampau tersendiri..
Tak perlu cemburu dengan rakan-rakannya..
Kerana kita pun ada rakan-rakan kita sendiri..

Saya mintak maaf sahabat andai cemburu itu terkadang memusnahkan..
Menjadikan kita bermasam muka dan tidak bertegur sapa..
Hakikatnya, daku cemburu kerana sayang..
Tapi, jika difikirkan semula.. kalau sayang, kenapa bermasam muka kan?
Huhu, maaflah akan kelemahan diri ini yang kuat cemburu..

Ummu Salamah juga cemburu..
Tapi Rasulullah mendoakannya..

Sabda Rasullullah sallahu alaihi wasallam : “Mengenai anak-anak, serahkan kepada Allah dan Rasul-Nya. Mengenai rasa cemburu, aku akan berdoa kepada Allah agar dihilangkan dari dalam dirimu, dan mengenai umur yang sudah tua, aku lebih tua darimu.”

Semoga Allah menjadikan cemburuku ini kearah kebaikan..
Atau Dia menghilangkannya sama sekali..
Aminn~

ps: ohoi, dengan kawan pun boleh cemburu, dengan suami nanti camne eh? =.=' uhuk~

Cuba untuk tidak menjadi Sarkastik dalam melepaskan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ada satu masa, kita perlu melepaskan..
Maybe a friend, maybe a lover, maybe a thing..
Bila yang dijanjikan tidak lagi menjadi tuntutan..
Dan bila kehidupan mulai berubah..
Bila mendapat perkara-perkara baru dalam hidup..
Kita perlu melepaskan sesuatu yang lain..
ENTAH tak tahu apa yang kita lepaskan itu sesuatu yang berharga berbanding apa yang bakal kita dapat..

Ustaz Hasrizal berpesan, jangan jadi sarkastik..
Oh, susahnya tak jadi sarkastik bila dah sakit hati..
=.='
Geramm je nak bedebush2 orang dengan sarkastik kita..
Tapiii... jangan buat ye, tak baik! =(

OK-lah sahabat..
Aku taknak sarkastik, aku nak cakap terus je..
If i'm hurting you, i'm sorry..
But I think I have given all my best to be your friend..
A friend that U can trusted, that never betray you..
SO now..
Just ask yourself, kalau berbaloi melepaskan saya demi perkara-perkara yang awak lakukan sekarang..
Takpelah, saya tak mengungkit pun..
Just hoping that U find your happiness along the way..
=.='

Ok, tak sarkastik kan?
Alhamdulillah..
Sedih? sedih la jugak, xpelah, hal-hal dia lagi penting dari saya, mungkin.. sy pon taktau jugak..
Dahla, takyah sedih..
Senyum je..
Takpe je pun jadi pakai buang, orang nak guna ambik, taknak guna xpe je buang kat tepi..
Saya, diri ini, berusaha jadi sahabat yang baik..

:: Barney Stinson, haha, ok, terima kasih tuan atas nasihat.. =p ::

Berbunga-bunga hati yang perlu dihalusi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

:: Charlie, samalah kita..hehe ::

"In all honesty, I think that I'm afraid of being happy.. Because whenever I get too happy, something bad always happen.. " Anonymous

Terkadang dipuji..
Melonjak rasa diri, tapi harus beringat..
Puji-pujian hanyalah bagi Allah..
Terus-lah berada dalam kondisi rendah diri, itu yang terbaik.. dan tidak menjatuhkan..

Terkadang gembira dengan rakan..
Perlu termenung sebentar, dan bersyukur..
Bersyukur dengan kurniaan Ilahi..
Teman-teman yang dikasihi..

Terkadang seronok dengan aktiviti yang dilakukan..
Ayuh muhasabah kembali, adakah aktiviti disertai dengan dosa-dosa kecil..
Kurangkan tahap keseronokan andai aktiviti mempunyai noda itu..
Renung kembali apakah erti sebenar keseronokan..

Terkadang berbunga hati dengan puisi dan kata-kata dari yang dikasihi..
Tapi, perlu harus sentiasa ingatkan hati..
Dia, masih bukan yang dikasihi..
Masih bukan, jadi rasa ini harusnya tidak keterlaluan..

Oksitosin, Endorfin dan Norepinephrine itu memang menimbulkan kesenangan..
Tapi Allah-lah yang menjadikannya di dalam urat saraf ini..
Lalu, bukankah kegembiraan, kesenangan dan kebahagiaan itu harus disandarkan kepada Dia?
Dan bukankah segalanya itu tidak harus diselangi dengan syubhah hati?

Perlu juga diri ini mencontohi Nabi, Rasulullah..
Tidak pernah tertawa, namun tersenyum sepanjang hari..
=)
Eh, dah azan.. Jom solat..
Menunjukkan syukur dan kegembiraan hanya buat Ilahi..
Alhamdulillah.. (^_^)


Reminds me about TAHAP..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ke UITM Shah Alam, menghadiri ceramah Zakir Naik..
Huhu, sebenarnya cuma jaga booth Aqsa Syarif, x jaga sangat lah kot..
=.=' duk letih dah jadi banyak duduk je..

Tiba-tiba datang seorang lelaki mendukung anaknya..
"eh, ni baby Muaz kan? err, akh ni suami Kak Ainon eh?"
Hahahha, mesti tekejut Akh Assyiq aku sapa dia mcm tu..
Serius baby Muaz amat chomel.. *nak anak comel jugak.. =p
Sekemudiannya Kak Ainon datang dari dalam, bersalam, berborak sedikit, dan kemudiannya beredar..
Sebab baby Muaz dah mengantuk..

Melihat mereka, Kak Ainon dan Akh Assyiq, mengingatkanku kepada TAHAP..
Kepada tarbiyah TAHAP..
Kepada Allahyarham Akh Farham..
Ustaz Syed yang garang..
Ustaz Ustazah, dan rakan-rakan..
Mengingatkan aku juga kepada Darul Quran..

Entah apa yang aku ingatkan sangat dengan TAHAP itu..
Oh ya, mungkin paginya yang diisi dengan Ma'thurat..
Dan sebelum tidurnya yang diisi dengan bacaan Al-Quran..
Malam tanpa ustaz diisi dengan ceramah para senior tentang perjuangan Islam..
=) alhamdulillah, sempat merasa keseronokan itu 3 tahun..
Dan aku rindu sebenarnya.. merasa terjaga sebegitu..

Semoga Allahyarham Hafiz Akh Farham berada di taman-taman syurga..
Dia-lah yang membuka mataku kepada manisnya Al-Quran, Hafazan dan Syahid itu..
Teringat-ingat lagi ceramah-ceramahnya yang berbaur perjuangan..
Semoga matinya diterima Allah sebagai syahid..
Dan Kak Ainon yang selalu sahaja menjadi contoh buat adik-adik..
Sungguh aku memandang dia tinggi, dengan kecantikannya, dengan akhlaknya, agamanya..
Diperjodohkan dengan Akh Assyiq, ku kira amat serasi agama mereka.. <3 p="p">Wahh, pemuda pemudi TAHAP yang menjadi permata..
Nak jadi permata juga-lah, berjuang demi agama.. insyaAllah..

ps: baby Muaz tu comellll... huhuh.. rasa nak gigit je.. huhu..

Memahami.. sebelum difahami..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Pernah juga terbaca 5 perkara yang membahagiakan kita dalam hidup..
1. Bersihkan hati dari membenci..
2. Bersihkan fikiran dari kerisauan..
3. Hidup secara sederhana (simple)
4. Lebihkan memberi..
5. Kurangkan mengharap..

Well said, betul jugak tu..
Berikan yang terbaik dari kita..
Jangan harapkan apa-apa dari orang lain..
Memberi hanya kerana Allah..
Aish, tapi bukan senang nak memberi tanpa merasa ingin dibalas..

Kadang-kadang melayan rakan-rakan yang bermasalah..
Cuba memahami mereka.. memberi sepatah dua nasihat dan dorongan..
Dan di dalam hati, berharap juga sekiranya kita sebegitu nanti, ada teman yang bisa mendengar..
Ada teman yang bisa di sisi dan menasihati..
Err, cuma kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak selalunya terjadi.. =.='

Tak mengapalah..
Ikhlaskan diri.. Memberi bukan untuk menerima..
Tetapi Allah tetap memberi aku bahagian kebahagiaan yang lain..
Mungkin terkadang waktu itu perlu mengangis sendirian tanpa sesiapa..
Tapi, bukankah di masa yang lain Allah membantu dengan memberi sesuatu tepat dengan masanya..

Nikmat Allah yang mana lagi ingin aku dustakan? huhu..
Nak jadi insan yang banyak memberi, insyaAllah..
Memberi tanpa mengharap balasan..
Memberi dengan kasih sayang, memberi dengan keikhlasan..

Nak amek kata-kata Us Pahrol..
Jangan pinta hidup yang mudah..
Tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya..
=)

:: Hepi-ness ::

ps: tapi meminta tolong kepada manusia itupun perlu juga..tolong..tolong..hehe. =p

Redha ibubapa itu..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Memikirkan hal itu kebelakangan ini..
Membuatkanku termenung jauh..
........................................................................

Tidak bersetuju dengan mereka ibarat aku merobek separuh jiwaku..
Bersetuju pula menjadikan separuh hatiku remuk redam..
Keterbatasan dalam berbicara dan memahami menjadikan aku diam..
hmmm.. mungkin doa-lah cuma penyelesaiannya..
Aku tidak pernah akan kecewa dengan berdoa kepada Allah..

Kadang-kadang perlu mendiamkan kata hati sendiri..
Dan seupayanya menggembirakan insan-insan di sekeliling yang ku sayangi..
Kerana mereka adalah sebahagianku..
Walaupun hati ini ibarat ditabrak..
Keimanan yang ada haraplah membantu rasa ini..

Tak mengapalah..
Pahala dan kemanisan itu sentiasa ada untuk orang-orang yang bersabar..
Jadi, mungkin aku perlu lupakan rasa itu buat saat ini..
Dan lakukan hal-hal lain yang membina diri..
Aku harap aku seteguh itu..
=.='

Anis.. berusahalah ya!
Basha!!
Stop crying..
Be a big girl, ohkai!
Sabar..sabar..sabar...

Viva la vida.. =p

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Hehe, serius, alhamdulillah..

Bermacam-macam pemikiran sebelum Viva dilakukan..
Takut sangat.. rasa berdebar.. sebab macam kene uji je..
Kalau kene tanya soalan pelik-pelik macam mana?? huhu..
Dan termimpi pulak saya tak pergi Viva sebab masalah-masalah yang hadir..
Lagilah cuak pada pagi hari kejadian.. sob..sob..

Mengumpul semangat..
Fikir ianya duniawi sahaja..
Huhu, dah rasa berdebar macam ni untuk Viva..
Macam mana nak pi Palestin?
Macam mana nak pi jadi pejuang Islam ni?
Huhu, saya perlu lebih berani kalau macam ni!!
Perlu, wajib! perlu tidak takut akan apa pun kecuali Allah..
=.='

Dan membentangkan.........
Wahh, laju jugak saya bentang.. =p
Tapi alhamdulillah, dipuji penilai kerana bersemangat..
Walaupun intepretasi data perlu diperbaiki..
Dan dapatan kajian perlu lebih triangulasi..
Tapi takpe..
Bak kata Hafiz : kita ni protege dalam kajian tindakan, salah tu normallah!!
Ya betul sangat..
Alhamdulillah, selesai.. rasa nak berfoya-foya, jalan-jalan satu Malaysia..
hehe..

Refleksi diri..
Banyak juga aspek dalam diri yang masih perlu dibaiki..
Ingatkan diri ini dah cukup berani..
Oh, rupanya masih tidak..
Jadi, mahu ingin lebih berani, kerana kebenaran, kerana Allah.. =)
Duniawi Viva dah selesai.. Ukhrawi punya Viva, depan Allah nanti?
Weihhhhh, menakutkan sangat.. =.='
Takutnya.. huhu...
Ok2, nak buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali dah lepas ni..
sob..sob..sob..

Apapun, Alhamdulillah ala kulli hal..

:: ni lah IPGM Enstek yang chantek.. walaupun x de penonton reramai, still cuak gak.. huhu.. ::

Malu dan berdebar..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Apakah perasaan menyukai seseorang..
Tentu malu kan.. =.='
Mesti merah habis muka.. *blushing
Dan hati pun berdebar-debar..
Perkataan yang terluncur tentu tiada susunannya..
Lirikan mata yang bertemu pun pasti cepat-cepat dilarikan..
Segala perlakuan menjadi kekok..
Senyuman pula menjadi yang termanis..

Tanya pada diri, bila aku ingin merasa sebegini..
Di saat manakah?
Aku punyai jawapan tersendiri..
Aku tidak mahu berjumpa saban hari, dan lantas perasaan itupun sirna dengan sendiri..
Aku mahu dilanda resah sebegitu pada saat yang tepat nanti..

Pernah aku menghadiri majlis perkahwinan seorang teman..
Lalu aku bertanya kepadanya "malu tak rasa dengan suami sendiri?"
Dijawabnya malu itu ada, tapi sudah terlalu biasa, kerana kerapnya mereka berjumpa..
Sudahnya, di mana kemanisan saat pertama kali bertemu?
Bukankah sepatutnya saat perkahwinan itu adalah saat yang terlalu mendebarkan..
Dan debaran itu indah..
Debaran itu-lah kemanisan yang dicampakkan ke dalam hati setiap insan yang menjaga..
Dan kemanisan rasa itu dari Allah..

Dan aku menjawab sendiri di dalam hati..
Ya, aku ingin resah dan malu di hadapan suami nanti..
Aku ingin dilanda gemuruh di hadapan dia nanti..
Jadi, aku pesankan kepada diri..
Duhai diri, duhai hati, jagalah sebolehnya diri dan hati ini..
Usah terlalu banyak berbicara sehingga nanti bicara itu tidak lagi manis dan indah..
Usah terlalu banyak berjumpa sehingga tiada resah yang dinantikan pada harinya nanti..

Andai teringat? oh hati, tiadakkah kamu malu dengan DIA kerana mengingati dia..
dia yang masih bukan siapa-siapa berbanding DIA yang punyai segalanya..
Hati, nukilkan pesanan buatnya di atas sebuah lampiran..
Dan semoga suatu hari nanti, dengan izin DIA, dia dapat membacanya..
Ya, kan indah sebegitu? =')

Ya Allah, jagai hati ini..
Jagai hati dia..
Jagai perhubungan kami..
Permudahkan dan perelokkan hubungan kami..
Semoga yang indah-indah itu akan hadir pada masanya yang tepat nanti..



ps: awak.. kita mcm ni ya?
tolong saya menjaga hati ini ya.. =)

I define my own failure!

In the Name Of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful..

My failures does not define me..
I define my own failure!!

What I define of failing :
~ I don't solat at the early time...
~ I spend too much time on entertainment to keep me from burn out rather than praying to Allah.. =(
~ I became lazy from day to day..
~ I became bored reciting Quran..
~ I treat people badly.. (i'm sorry, my bad, huhu)
~ I disrespect my lecturer..
~ I place my work first rather than the heart of my parents.. =(
~ I didn't submit assignment at the due date, which shows that I'm not ITQAN!!
~ I'm doing my work half-heartedly and bad..



And now I'm feeling bad.. huhu..
Sometime I can't fulfill all these, then it make me feel bad, then it make me treated all people around me in a bad manner, those will make me terrifyingly worse.. sob..sob.. ='(
Allah, forgive me for I am a very weak servant..
I am not perfect, sometime I cannot do something very well, and I can't entertain all people..
I'm sorry..

Rabbighfirli.. Ya Rabb, forgive me..
Warhamni.. Loved me..
Waj'burni.. Closed my sins to all..
Warfa'ni.. Raise my place in Your Eyes..
Warzuqni.. Give me wealth..
Wahdini.. Show me the way..
Wa'afini.. Cure me for all my illness..
Wa'fuanni.. Forgive me.. ='(

Buku, buku, buku, om nom nom nom..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sejak kecil daku obsesss dengan buku..
Ummi pernah ambil gambar sy (6 bulan) menirap sebelah abah yang baca buku & baca buku jugak dengan abah.. =)
Sejak kecil suka ke library Temerloh dan pergi ke bahagian kanak-kanak..
Pastu baca buku puas-puas..
Rasa tenggelam dalam dunia ilmu dan fantasi..
Buku kanak-kanak kan sume comel-comel dan banyak gambar gitu.. ehehehe

Dan Alhamdulillah..
Dah dewasa (cewah, dewasa tueee..) ni, Allah kurniakan sahabat yang amat meminati buku jugak..
Bakal Puan, Cik Nurnazurah yang selalu beli buku kat MPH..
Dia yang ajar saya lepak di MPH..
Dan sekarang saya dah boleh lepak di MPH tanpa dia..
Hahaha..
Boring-boring je, g MPH dan lepaklah sambil memasang mp3 dan membaca buku..
Sehari-harian di MPH.. =)
Serius, seronok sangat..

Dan di bilik sendiri (echeh, dah ad rumah baru kannn.. =p ) pun dah ada library kecik letak semua buku-buku yang saya beli..
Serius.. jika dikira-kira semula, ada kot dekat 300 hengget satu semester, saya gunakan untuk beli buku..
Dan sedikit pun tidak merasa rugi..
Ilmu kan penjaga kita, apalah yang nak dirugikan..
Nanti balik rumah, berniat nak beli lagi rak buku bcoz buku-buku yang ada pun dah tak termuat dalam rak sedia ada, insyaAllah..

Dan nanti sautu hari, dah ada rumah sendiri, dah berumahtangga..
Serius nak khaskan 1 bilik jadi library..
Senang anak-anak nak lepak baca buku dalam bilik tersebut..
Wahh, ilmiahnya rumah ada bilik library sendiri..
InsyaAllah..
Buku-buku yang bertaburan (cewah) ada sekarang ni, nak simpan elok-elok..
Nanti nak susun comey-comey dalam library rumah..
Bak pesanan seorang pejuang Islam, satu library patut ada dalam setiap rumah baitul muslim..

Huhu, rindu buku sebenarnya tika ini..
Lama benor dah rasanya tak beli buku di MPH dan lepak-lepak di sana.. sob,sob...
Buku-buku yang ada ni pun dah ditamatkan kesemuanya..
Rindu nak beli buku, bau helaian buku baru, dan bedah buku..
Alhamdulillah, tak pernah terikat dengan novel-novel kegilaan remaja perempuan.. =)
Cuma agak seronok baca novel islami mcm Kang Abik & Fatimah Syarha..
Tapi lebih sukakan pembacaan yang berilmu, membuka minda, dan bermanfaat untuk agama..
Nak teruskan hobi ni, dan pupuk kepada mereka-mereka di sekelilingku..
Terutamanya permata hati yang bakal ada nanti, insyaAllah.. =)

*bila nak lepak MPH ni?? sob..sob.. rindu buku.. =.='
mengubati kerinduan baca buku dengan membaca blog pulak, erk..
myilham.com amat bagus dalam mempersembahkan contoh tauladan yang baik.. best, best..


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU