Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Apakah perasaan menyukai seseorang..
Tentu malu kan.. =.='
Mesti merah habis muka.. *blushing
Dan hati pun berdebar-debar..
Perkataan yang terluncur tentu tiada susunannya..
Lirikan mata yang bertemu pun pasti cepat-cepat dilarikan..
Segala perlakuan menjadi kekok..
Senyuman pula menjadi yang termanis..
Tanya pada diri, bila aku ingin merasa sebegini..
Di saat manakah?
Aku punyai jawapan tersendiri..
Aku tidak mahu berjumpa saban hari, dan lantas perasaan itupun sirna dengan sendiri..
Aku mahu dilanda resah sebegitu pada saat yang tepat nanti..
Pernah aku menghadiri majlis perkahwinan seorang teman..
Lalu aku bertanya kepadanya "malu tak rasa dengan suami sendiri?"
Dijawabnya malu itu ada, tapi sudah terlalu biasa, kerana kerapnya mereka berjumpa..
Sudahnya, di mana kemanisan saat pertama kali bertemu?
Bukankah sepatutnya saat perkahwinan itu adalah saat yang terlalu mendebarkan..
Dan debaran itu indah..
Debaran itu-lah kemanisan yang dicampakkan ke dalam hati setiap insan yang menjaga..
Dan kemanisan rasa itu dari Allah..
Dan aku menjawab sendiri di dalam hati..
Ya, aku ingin resah dan malu di hadapan suami nanti..
Aku ingin dilanda gemuruh di hadapan dia nanti..
Jadi, aku pesankan kepada diri..
Duhai diri, duhai hati, jagalah sebolehnya diri dan hati ini..
Usah terlalu banyak berbicara sehingga nanti bicara itu tidak lagi manis dan indah..
Usah terlalu banyak berjumpa sehingga tiada resah yang dinantikan pada harinya nanti..
Andai teringat? oh hati, tiadakkah kamu malu dengan DIA kerana mengingati dia..
dia yang masih bukan siapa-siapa berbanding DIA yang punyai segalanya..
Hati, nukilkan pesanan buatnya di atas sebuah lampiran..
Dan semoga suatu hari nanti, dengan izin DIA, dia dapat membacanya..
Ya, kan indah sebegitu? =')
Ya Allah, jagai hati ini..
Jagai hati dia..
Jagai perhubungan kami..
Permudahkan dan perelokkan hubungan kami..
Semoga yang indah-indah itu akan hadir pada masanya yang tepat nanti..
ps: awak.. kita mcm ni ya?
tolong saya menjaga hati ini ya.. =)


0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment