Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Kata2 yang di'pinjam' daripada blog akhi kepada seorang kawan..
yep, terfikir.. adakah kita ini menjadi guru atau terjadi guru..
mungkin niat atau permulaan kita, kita terjadi guru..
namun, kan boleh sahaja memperbetulkan semula niat..
menjadi guru, lillahita'ala.. kan lebih bagus mcm tue..
Namun senarionya, contoh di sebuah maktab yang bergelar maktab perguruan teknik (bukan nama sebanar..)
ramai bakal2 guru yang kelihatan terjadi guru, maybe sbb mak abah pakse masuk maktab..
kalau ikut hati, x hengen langsung kott.. x penah pkir pun nak jadi cikgu nie.. last choice..
dan macam2 lagilah alasan yang boleh kita dengar..
Namun kite kene ingat..
kita merancang, Allah merancang! perancangan Allah itu jauh lebih baik..
maksudnya di sini.. ade hikmah kita dipilih untuk menjadi guru..
secara kita sedari hikmahnya atau kita terlalu buta untuk menyedari hikmah tersebut..
Seorang teman sewaktu bertemu di tasek permaisuri (bukan nama tempat sebenar)..
pernah bertanya, melontarkan sebuah persoalan..
"kenapa bakal2 cikgu sekarang dah x macam cikgu?? dahsyat semacam je aq tgk.. dah mcm ape jeh.. x de roh guru tue dah.."
uishhh.. terasa kott.. huhu.. lalu saya menjawab dengan malu2 ayam..
"uish yang, kami nie masih di peringkat nak jadi cikgu.. ilmu pun kami tengah tuntut mcm mane nak jadi cikgu.. insyaAllah.. doakan kami jadi cikgu yang betul2 cikgu!!"
Sejauh mana pengertian guru, cikgu itu..
kita tafsirkan sendiri.. kita jadi cikgu bukan hanya sewaktu kita mengajar..
tapi kita membawa title guru itu di mana pun juga.. kata Puan Ajurun (nama x berapa nak sebenar)
jika pembawakan kita seperti penyanyi rock, seperti pramugari, seperti mat2 lepak tepi jalan..
adakah layak kita digelar sebagai cikgu??
fikir lah sendiri.. saya pun dalam usaha membentuk diri, mencuci hati...
kerana tarbiyah itu bukan sekali.. bahkan berkali x1000 sehingga jasad dimasukkan ke bumi..
dan sebagai pedoman..
ayuh kita jadikan Rasulullah sebagai role model kita dalam menjadi guru..
kerana Rasulullah merupakan guru teragung manusia..
insyaAllah.. semoga kita semua bakal2 guru dapat sedikit sebanyak mencontohi guru teragung manusia ini.. insyaAllah..
p/s: teringin nak cari buku kot2 ade tajuk Rasulullah guru manusia teragung.. ade ke ehh?? (",)
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment