Usah terlalu sayangkan diri!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kata2 madah..
Emas itu menjadi mahal berharga kerna ditempa oleh api yang panas membara..
Sinonim manusia..
setelah ditempa dan dibelasah serta dibakar oleh segala masalah..
dia akan menjadi manusia yang benar2 manusia..

"Jadi seteguh karang, usah jadi selembut lalang!"

Menurut pujangga lagi...
Manusia yang berjaya itu selalunya mengalami lebih banyak kegagalan berbanding manusia gagal..
ternyata kegagalan itu mengajarnya menjadi berjaya..
menjadi lebih kuat, lebih teguh, lebih tabah, lebih sabar!

Usah terlalu sayangkan diri!!
Jika terpaksa berdepan dengan sesuatu.. ya, berdepan sahaja..
usah melarikan diri lagi!
Jika perlu mengatakan sesuatu yang benar.. ya, katakan sahaja..
kerana kau tahu apa yang benar! Allah menetapkan ia benar..
Jika terpaksa menelan sedih dan derita.. ya, telan sahaja..
bukan kau seorang! semua pun begitu..
usah selalu memandang ke atas.. lihat juga di bawahmu.. masih ramai yang tergapai, terkapai2..

Dan bina jati diri..
aku perlu begini, begini, begini..
Aku ada tanggungjawab.. bukan selamanya menjadi kanak2...
Aku bukan manusia lain.. aku hamba Allah.. ya, sedar..
Yang aku akan ditanya mengenai setiap detik amalanku..
ditanya mengenai apa tujuanku, matlamatku, urusanku...
Dan aku harus berhenti main-main!
Aku perlu bina semula hati seteguh karang..
hati berlandas Iman, bertonggak Islam!
Ya! Aku perlu!

Dan aku tidak manjakan diri dalam menempuh jalan Mu...
Aku akan terus berlari.. berjalan.. malahan merangkak!
Dan aku takkan berhenti dan menoleh..
akan ku teruskan walau cuma seinci sehari..
Dan di sini, aku sudah memulakan perjalananku!

2 kAtE-kAtE mErEkA:

anayilz May 24, 2010 at 7:32 PM  

salam.

suka.suka.suka.

salam mujahadah.^_^

Zaujah Umar Hamzah May 25, 2010 at 12:23 AM  

=) alhamdulillah...
mujahadah itu pahit..
kerana syurga itu manis...


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU