Pilihan yang TEPAT!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Terkadang Allah itu menegur kita dengan cara yang tidak kita jangka..
Terkadang menyakitkan.. Namun, sedar semula..
Apa2 yang kita lakukan, mungkin ada salahnya..
Jika bukan pada pandangan manusia, pada pandangan Allah mungkin salah..

Bilamana seseorang yang tidak tahu..
Membicarakan mengenai apa yang dia tidak tahu kepada golongan2 yang tidak tahu...
Di situ timbulnya fitnah atau ghibah..
Berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w..
" berzina 100 kali lebih aku sukai daripada ghibah"....
Rasulullah pula bersabda yang mafhumnya berbunyi..
" Ghibah adalah lebih buruk dari berzina.. kerana apabila seorang hamba itu berzina lalu bertaubat kepada Allah, maka Allah ampuni dosanya.. sedangkan orang yang ghibah tidak diampuni dosanya sehingga orang yang dikatakan olehnya itu mengampuni dirinya.."
Dan bermacam2 lagilah hadis serta ayat2 Quran berkaitan dengan ghibah ini..

Persoalannya, kalau kita nampak seseorang itu melakukan kesalahan...
Emm, kita nak buat apa ehhhh??

1. Jom ngumpat ~ dalam bahasa baiknya.. jom kite bincang2 pasal die, camne caranya kita nak tegur die.. Dan sampai habis cerita pun, sampai semua orang dah tahu pun, masih tak tegur2.. Aduhai~ lemahnya kalau macam ini.. ~~
Niat tak menghalalkan cara..

2. Tegur.... direct... seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda kepada Saidina Umar Al-Khattab sewaktu diangkat menjadi khalifah Islam yang ke-2..
Yang berbunyi.. "jika engkau tidak lurus, akan kami luruskan engkau dengan pedang ini" sambil mengangkat pedangnya..
Jika kau seorang yang berkemampuan.. maka, cara ini TERBAIK..

3. Diam~ Jika kau melihat sesuatu kemungkaran.. Maka tegurlah dengan perbuatan, jika tidak mampu maka dengan lidah, dan jika tidak mampu, berdoalah dalam hati.. dan itu adalah selemah2 iman..
Jika kau tidak mampu, maka diamlah kau daripada membuat ghibah atau menyebarkan fitnah!!
Berdoalah dalam hati agar dia berubah...

"dan mereka menyangka tiap2 teriakan itu ditujukan buat mereka"......

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU