A Story About A Girl..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

There was a girl.. A little girl..
Berjalan melawati waktu, merentasi masa kehidupannya..
Kerana dia seorang budak.. Yang lain melihatnya sebagai budak..
Budak yang tidak tahu makna kehidupan..
Budak yang hanya tahu bermain-main..
Budak yang hanya mahu bergelak ketawa..
Budak yang tidak mampu membawa tanggungjawab..
Dan dia diam.. silent..
Kerana apa yang semua fikir itu belum tentu tepat..Ya, mungkin sahaja fizikalnya budak, perwatakannya seperti budak..
Namun jauh di sudut hatinya, perasannya, fikirannya..
Dia merasakan dia lebih dari itu..
Dia mampu, bahkan mampu melebihi mereka2 yang berkata mengenainya..

Dia tersenyum jika ada yang memarahinya lantaran kecuaiannya..
Dia menangis jika ada yang menyakiti hati kecilnya itu..
Dia sedih jika ada yang tidak mendengarnya lantaran dia cuma seorang budak..Namun, dia diam.. Apa pun yang dia bicarakan pasti tidak akan diambil peduli..Diakan seorang budak..

Dan dia merasai rasa kesunyian itu..
Lantaran semua di sekelilingnya hanya memandang dia sebagai seorang budak..
Bukan seorang perempuan yang layaknya dihormati..
Dan dia diam..
Dia berdoa, andai ini takdirnya, dia pasrah, redha..
Dia juga rasa bersalah kerna perwatakannya itu mengaburi mata semua..
Lantas merasakan dia cuma seorang budak..Dan dia diam..
Dia tidak menghukum sesiapa selain dirinya..
Terkadang dia membenci dirinya sendiri kerana sikapnya..
Dan dia cuba berubah walau perubahan itu susah, sukar buatnya..
Dan dia sakit dengan semuanya..
Dia masih diam..
Fikirnya.. biarlah.. Allah lebih mengetahui..
Dia mengambil sebuah kanvas dan melukis harapannya di atas kanvas tersebut..
Dan dia berharap.. Agar semua yang dia hajati akan tetap berada atas kanvas tersebut..
Sekurangnya, jika tidak dimakbulkan..
Dan dia tidak berharap lebih, cukuplah..
Dia mampu menjalani hidupnya seperti biasa..
Dia masih boleh tersenyum , ketawa, gembira..
Dan dia bersyukur..
Dia tetap diam..Dan dia menunggu seseorang dalam kanvasnya itu..
Untuk menceritakan perjalanan hidupnya..
Dan dia masih diam..
Kerana dia percaya Allah Maha Mendengar..


Bunga ni kalau makan mesti sedap~~

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU