Perihal Solat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Abah pernah berkata..

Solat ini ibarat kita menjaga sekumpulan kambing, dan sekelilingnya dipenuhi dengan sayuran milik orang lain..

Jadi, kita perlu jaga kambing2 kita agar tak makan sayur tersebut..

Bayangkan nak jaga sekumpulan kambing supaya tak makan sayur yang berada di sekeliling..

Bukan senang.. begitu jugak solat..

Perlu menjaga minda dan hati.. Keep minds n soul into the solah..

Beberapa tips, peringatan untuk kita sama2 check..

1. Wuduk..

Sempurna tak wuduk kita selama ni?

Sempurna bukan bererti cukup basuh 3 kali dan tertib..

Sempurna bermaksud adakah kita cuma melalukan air di kawasan tersebut?

Atau kita gosok, ratakan air di anggota wuduk..

Terkadang ada je daki2 degil yang melekat kat kaki..

Dan kita terlalu malas nak gosok kaki dengan tangan..

Mungkin daki2 tu menjadi punca wuduk tak sempurna..

Bila tak sempurna, maka wuduk tak sah..

Bila wuduk tak sah, solat bagaimana?

2. Saf yang rapat..

Saidina Umar pernah mengupah seorang pemanah untuk memanah mana2 tumit yang tidak sebaris dalam saf solat..

Betapanya penting untuk menyamakan barisan dan merapatkan saf dalam solat..

Ada tak ruang2 kosong dalam jemaah?

Bergeraklah, dan pastikan tidak melebihi 3 kali pergerakan..

Bukan selangkah itu dikira sebgaai 1 pergerakan.. tak..

Tapi 2 langkah yang beriringan, baru dikira sebagai 1 pergerakan..

Dan bergeraklah ke tengah saf, ke arah imam, bukan ke kanan atau ke kiri.. (banyak sangat mazhab bab ni)

Bukankah Islam tu mudah dan memudahkan? =)

3. Perbuatan yang laju daripada imam..

Sahabat2 Rasulullah, ketika solat berjemaah, setiap perlakuan mereka dibuat apabila selesai imam mengucapkan "Allahuakbar", "samiAllah huliman hamidah"...

Kerana ada imam yang baru nak rukuk dah bertakbir, ada makmum yang tak nampak, terus rukuk sewaktu imam baru sebut "Allah..."

Kan dah terkeluar dari jemaah kalau macam tu..

Jadi, pastikan pergerakan kita, sesudah imam mengucapkan takir..

Jangan lupa tu..


4. Solat berjemaah..

Tahu tak solat berjemaah merupakan sunnah Rasulullah??

Sunnah yang amat, amat, amat dituntut..

Jadi, para hero2 zaman moden, tolonglah turun berjemaah ke masjid dan surau..

Kita semua nak mengaku sebagai umat Rasulullah..

Jadi, ayuh bangunkan sunnah beliau..

Dan bagi golongan heroin2 pula..

Solat awal waktu, jangan nak tunggu 5 minit, 10 minit, setengah jam..

Ish3..

Solat diakhir waktu tanpa ada apa2 keuzuran, solat tersebut akan dicampakkan semula ke muka kita..

Astaghfirullah, kalau dah dicampak ke muka, tentu tak diterima.. =(

Boleh, untuk golongan heroin2 berjemaah ke surau dan masjid.. dialu2kan..

Bagi saya, lagi best solat berjemaah..

Tapi saya teringat juga akan perbualan antara Rasulullah dan seorang wanita..

Dimana wanita itu bertanya Rasulullah..

"Ya Rasulullah, izinkan saya bersolat di masjidmu.."

Rasulullah jawab..

"Solatmu di kampungmu adalah lebih baik dari solatmu di kampungku,

solatmu di masjid kampungmu lebih baik dari solatmu di masjidku,

solatmu di rumah adalah lebih baik dari solatmu di masjid,

solatmu di dalam bilik lebih baik dari solatmu di ruang tamu.."

Hmmm, jadi, fikir-fikirkan, dan selamat beramal..

5. Mengetahui makna ayat dan bacaan dalam solat..

Amat penting untuk kita mencapai khusyuk dengan mengetahui makna bacaan dalam solat..

Bukan setakat tahu makna 'bismillah hirrahma nirrahim' bermaksud 'dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Ya, itu perlu..

Tapi untuk lebih khusuk, pelajari tafsir dan cerita di sebalik surah dan bacaan dalam solat..

Apa maksud 'ba' dan berapa gaya boleh baca 'maliki yau middin' dalam fatihah..

Kenapa bacaan tahiyyat macam tu?

Tahu tidak bacaan tahiyat merupakan ucapan antara Rasulullah dan malaikat sewaktu beliau israk dan mikraj..

Kita semua kan insan lemah, perlu dan wajib bagi kita mempelajari dan membaiki apa2 yang salah dan tak betul..


6. Tajwid dalam solat..

Hmm, ini pun penting..

Salah tajwid, boleh menyebabkan salah makna dalam bacaan dalam solat..

Perlu bertadabbur selalu, rajin2 mengaji dengan ustaz atau yang lebih pandai ilmu tajwidnya dari kita..

Rasulullah pun suka dan sering bertadabbur Quran dengan Jibril sewaktu bulan ramadhan..

Jika Rasulullah salah, jibril akan betulkan dan sebaliknya..

Sedang Rasulullah pun membaca Quran tidak berseorangan, kita apatah lagi..

Oklah, mungkin dah elok dan bagus bacaan dan tajwid kita..

Alhamdulillah, jadi, banyakkan lagi membaca, kan dapat pahala di situ.. =)

Jadi, rakan-rakan..

Ayuh perbaiki solat kita..

Solat kan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar..

Ohh.. ternyata solat saya juga masih tak mampu mencegah saya dari perbuatan keji dan mungkar..

Jadi, perlu tambah ilmu lagi, khusyukkan solat lagi..

Susah, memang susah..

Tapi kemanisan sewaktu solat yang khusyuk itu amat indah..

Ya Allah.. Semoga kami semua mendapat kemanisan ibadah itu..

Aminn..

Saya insan yang lemah..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU