Saat..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Mendengar mp3 folder : Kasih Diriku......

Saat cinta itu tidak terucapkan..
Saat cinta itu tidak tertahankan..
Ya Allah, andai saja cinta ini kepadaMu..
Aku menjadi benci pada rasa cinta ini..
Semoga rasa benci-Mu terhadap diri ini tidak melebihi rasa benciku pada diriku sendiri..
Terus, aku musnah dalam rasa ini..
Rasa cinta yang tidak mampu dikawal..
Sedang cinta itu terletak di hati sendiri..
Hamba apakah aku ini, yang tidak mampu mengawal hati sendiri..

Dan persoalan yang sering aku tanyakan pada diri..
Kenapa? kenapa tidak mampu cinta buat Allah itu..
Lebih mendalam dari cinta kepada dia.. kenapa!?
Kenapa diri?!
Dan kau katakan mencinta dia kerana Dia..
Ternyata, dikau tahu, maksudnya bukan begitu..
Mendaki cinta itu, usahaku..
Masih aku tak mampu..
Dan aku menggesa agar dikurniakan cinta yang kecil itu..
Sedang cinta yang besar, dimana aku letakkan?!

Andai Umar r.a. meminta agar menjadi rumput2..
Dan Abu Bakar r.a. berharap agar tidak pernah dilahirkan..
Aku?!
Bolehkah aku berdoa agar matiku nanti, aku menjadi debu, yang tidak pernah diingati..
Dan agar aku tidak dibangkitkan semula..
Kerana takutku akan hari penentuan itu..
Kerana aku tidak mencintai Dia..

Diri.. mampukah?!
Ya ALLAH.. mampukanlah diriku..
HambaMu yang hina ini..
=(

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU