Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Benar seperti yang dikhabarkan oleh Us.Hasrizal..
Sistem nilai kita membezakan kita..
Menentukan apa perkara yang kita nak buat, apa perkara yang kita anggap salah..
Menetukan jalan hidup kita.. apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup..
Discussion pagi dengan Ukht Nurnazurah berkenaan sistem nilai.. dan lain2.. ha.ha.
Bila dah masuk bab politik tu rasa menyampah sikit dah..
he.he. sebab politik kat Malaysia amat menyampahkan hati..
Both of the party.. woha!!
Bila rasa tak suka nak buat assignment yang diberi oleh lecture...
Apa sistem nilai diri??
Kenapa tak suka ntuk buat perkara2 macam tu..
Padahal dalam Islam, kita buat sehabis baik dalam semua tanggungjawab yang diberi..
Dan lepas tu mula nak menyalahkan sistem..
Betul, sistem pendidikan kat Malaysia ni macam hampeh..
Exam oriented, tak mementingkan sahsiah, dsb~~~ bla2~~
Tapi kan, perlu juga mengubah diri, untuk menjadi yang terbaik..
Dalam contoh ni, ubah sistem nilai diri, supaya bua assignment tu kerana Allah..
Boleh tak diri??!!! huhu...
Dan bila diri beriya-iya sangat dna rajin nak mengembara, mencari majlis ilmu..
Apa sistem nilai diri??
Kenapa suka sangat nak lakukan perkara tu??
Kenapa suka sangat nak lakukan perkara tu??
Sebab merasakan perkara yang dilakukan memberi manafaat..
Mengubah diri, supaya aku menjadi lebih baik..
Hati 1: Iya, sahsiah itu penting! Tapi, bukankah ilmu juga penting?!
Hati 2: Ilmu agama itu lebih penting! Dan aku suka dan berusaha ke arah itu!
Hati 1: Tapi, dengan ilmu dunialah, Islam mampu dipandang tinggi! Jadi, kau harus berusaha untuk memenanginya!
Hati 2: Ilmu agama itukan merangkumi ilmu dunia.. Bukankah banyak ilmu2 dunia dalam Al-Quran dan buku2 agama.. Buku Harun Yahya contohnya.. Dan ia berasaskan Islam.. Bukan berasakan teori evolusi encik Darwin yang hampeh tu!
Hati 1: Tapi kau harus mengikut sistem.. Kau harus cemerlang! kau harus tunjukkan kepada semua, umat Islam mampu membawa, iakan cuma fakta-fakta mudah yang telahkau fahami dalam buku2 yang sering dibaca.. cuma, terkadang faktanya lebih menjurus kepada barat, cuma itu, dan ikutlah sistem, ada hikmahnya!
Hati 2: Tapi aku tak suka! aku rasa menyampah ikut semua teori2 mat2 saleh sampai aku jadi terlupa dan tidak belajar tentang teori2 Islam.. kenapa negara Islam tapi ekonomi, pembelajaran, dan cara hidup semua bergantung kepada barat?! macam hampeh! aku tak suka! hati aku menyampah.. aku tak boleh nak ikut!! Tolonglah faham! aku tak suka!
Hati 1: Tapi kau perlu lakukannya, mungkin suatu hari nanti, sistem ini akan berubah.. mungkin dikau yang merubah sistem ini, dan kau akan bersyukur, tersenyum puas kan?! Perubahan perlukan pengorbanan.. dan pengorbanan engkau sekarang, ikut sistem, kaji sistem, memang aku tak nafikan, banyak salahnya sistem kita ini dari yang betulnya.. tapi, tak semua salah.. dan banyak juga yang telah engkau pelajari dalam sistem yang engkau kata salah ini kan?! Jadi, kenapa tidak terus bertahan, sehingga akhirnya engkau mampu berjaya, dunia dan akhirat, walaupun di bawah sistem ini?! berusahalah..
Hati 2: ya, aku mahu mengubah sistem ini.. mungkin suatu hari nanti, pembelajaran setiap insan di Malaysia, berasakan Islam.. oh, seronoknya.. belajar sejarah, mengenai sejarah Islam, kejatuhan dan kebangkitan.. belajar teori, mengenai teori2 dalam Islam, bagaimana menyentuh hati manusia, membetulkan manusia.. belajar sains & perubatan, mengikut cara Islam, menggunakan buku Ibnu Sina.. belajar matematik, mengikut cara Islam.. Subahanallah, mampukah ia menjadi realiti?!
Hati 1: kau harus yakin, mulakan perubahan itu melalui dalam diri dikau sendiri.. insyaAllah..
Dan hati terus memujuk..
InsyaAllah, suatu hari nanti, akan ada perubahan..
Aku mahu lihat anak2 bangsaku mempunyai peribadi dan sahsiah yang tinggi..
Aku selalu berangan, kalaulah semua budak2 laki dalam maktab ni turun berjemaah ke surau tiap2 waktu solat..
Dan kalaulah semua budak2 perempuan pakai pakaian menutup aurat..
Subahanallah, pasti indah, =) aku tersenyum sorang2 kalau fikirkan hal ini..
Kerana perubahan yang sedikit itu akan menjana perubahan yang lebih besar, kan?!
Mungkin sedikit motivasi buat diri, di pagi hari..
Sebelum aku membuka buku dan mengulangkaji..
InsyaAllah, semoga diberi penerangan buat hati..
Terkadang rasa menyampah terhadap sistem, buat aku rasa x seronok nak exam..
Buat apa susah2 exam, ingatnya cuma sebentar, dan dilupakan selepas itu..
Tapi anis, ingatlah ilmu itu selamanya.. =)
Teori big-bang, pembentukan cakerawala, amat menarik untuk dikaji..
Tapi jangan masukkan kajian dan andaian sendiri dalam exam ya!
Stick to the theory.. woha! (menyampah~~)

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment