Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Pepatah Arab ada mengatakan..
Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memintasnya..Fuh, dahsyat..
Dia akan menebas batang lehermu..
Betapa pentingnya 'masa'..
Pepatah melayu pula mengatakan..
Masa ibarat emas..Bermaksud masa itu amat berharga..
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni selalu dan berulang-ulang kali menyebut dalam bukunya 'La Tahzan'..
Beliau sering menyeru pemuda agar tidak membuang masa..
Beliau juga mengingatkan bahawa masa yang kosong adalah saat yang berbahaya bagi pemuda..
Masa yang kosong membuatkan pemuda menjadi rimas, lesu, boring dan akhirnya memikirkan dan mengkhayalkan angan-angan yang tiada penghujung..
Membekunya akal, bertambahnya kekacauan dalan jiwa, gersangnya hati..
Betapa masa yang kosong jika tidak diisi akan berupaya membunuh seorang pemuda..
Tidak hairanlah ramai pemuda saat ini banyak menghabiskan masa dengan mencabar diri, melakukan perkara-perkara bodoh yang seringkali membuatkan kita semua terfikir 'kenapa dia buat mcm tu?'..
Mungkin antara jawapannya, adalah kerana bosan dengan hidup..
Pepatah Arab lagi..
Bertakungnya air akan merosakkannya.. Statiknya pemuda akan membunuhnya..Ayuh lihat kembali, buka kembali lembaran-lembaran yang kian hari kian berdebu..
Lembaran hidup sahabat-sahabat, tabi' dan tabiein..
Apa yang mereka lakukan..
Tak ada TV jauh sekali panggung wayang.. pusat hiburan , karoke dan seumpamanya.. tempat anak-anak muda menghabiskan waktu lantaran boring hidup di dunia ini..
Lihat kembali Mehmet Al-Fateh..
Beliau berjaya menguasai 6 bahasa sewaktu peringkat umur yang sangat muda..
Err, persoalan.. adakah kita sudah boleh dikatakan menguasai BI walaupun dah belajar selama lebih kurang err 15 tahun?
Hmm.. malu.. =.=
Entah apa yang kita lakukan selama ini dalam menghabiskan masa-masa kosong kita..
Pesan buat diri.. dan rakan-rakan andai ada yang menjengah masuk ke blog ini..
Lakukan sesuatu saat diri berasa kosong..
Sesuatu yang bermanfaat.. walaupun buat diri sendiri.. sebaiknya bermanfaat buat semua..
Contohnya berjoging waktu petang, bermanfaat juga, buat diri sendiri..
Lakukan apa sahaja, asalkan tiada perkataan 'bosan' dalam kamus hidup kita..
Oh ya, except TIDUR... ramai juga yang menghabiskan masa dengan tidur terutama bagi yang menulis ini..
Buatlah apa2 sahaja.. kemas bilik.. basuh baju.. gosok baju.. study untuk exam.. mengaji.. solat.. bersedekah.. tolong orang.. baca buku sirah.. belajar akhlak.. belajar tasawuf.. belajar fiqh..
Wahhhh!! banyaknya perkara boleh buat!!
=)
PEMUDA. AYUH JADI UMAT TERBAIK.. UMAT YANG DISEBUT RASULULLAH SEBAHAGAI IKHWAN.. YANG DIRINDUI OLEH BAGINDA.. UMAT YANG TIDAK MEMBUANG MASA! INSYAALLAH!!

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment