Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
NORMAL itu apabila kita amal maaruf..
Apabila kita melakukan sesuatu yang baik..
Seperti menolong si buta melintas jalan..
Bersolat apabila tepat waktunya, meninggalkan dunia yang fana ini seketika..
Bertadarus di mana-mana, hatta di atas tren sekalipun, di tepi2 pasar..
Berpakaian menutup aurat, berjubah, berjilbab, berpurdah setiap masa..
Memberi pabila diminta.. dan pabila tidak diminta..
Tapi sekarang..
Menolong si buta melintas jalan, bersolat tepat pada waktunya, mengaji di mana-mana, menutup aurat secara total, memberi sedekah tanpa mengharap balasan; sudah menjadi begitu aneh..
Bersolat di awal waktu, meninggalkan dunia tepat pada masanya dikatakan beriya-iya..
Mengada-ada, mungkin alim pada waktu itu sahaja..
Sedang banyak lagi urusan yang perlu disiapkan, 'urgent' katanya..
Bertadarus di mana-mana terus dikatakan ingin menunjuk..
Mana ada anak muda yang mengaji di tepian jalan, membawa naskhah al-Quran di mana-mana..
Jika ada, errr, mungkin dia seorang hafiz..
Kenapa tak berkurung sahaja dalam pondok..
Sibuk berjalan di pasar-pasar, tepian jalan.. huh..
Berpakaian berjubah, berserban, berpurdah..
Kolot.. kolot..
Nanti susah orang nak cam..
Tak perlu pakai mcm tu, muka bukan aurat!
Pakai serban tengah2 bandaraya, tak style langsung!
NORMAL itu apabila kita nahi mungkar..
Menegah rakan, bahkan keluarga sendiri dari melakukan kejahatan..
Menegah insan lain, bahkan insan di tepian jalan..
Tak perlu satu kad penguat kuasa untuk menegah..
Islam itu merupakan satu sijil dari penguasa alam semesta, Allahu Akbar..
NORMAL di zaman ini..
Ibarat menjadi luarbiasa..
Benarlah sabda Rasulullah..
"Islam itu bermula dengan asing dan berakhir dengan asing.. maka beruntunglah insan2 yang terasing.."
Aku ingin menjadi NORMAL ibarat sahabat dan tabein..
Dan aku ingin menjadi ASING di zaman ini ibarat mereka yang memegang Islam dengan gerahamnya..
InsyaAllah..
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment