Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Terfikir..
Perempuan, anak gadis, anak dara, wanita...
Perlu atau adakah wajib sentiasa menonjolkan kewanitaannya sentiasa?
Maksudku, lemah-lembut sentiasa, bak puteri dari kayangan..
Aku suka dan terkadang admire dengan rakan-rakan yang benar-benar lembut..
Kerana aku tidak selembut itu..
Perkataan 'lembut' itu mungkin kurang dalam perbuatan seharianku..
Mungkin 'lembut' aku cuma ada di hati..
Kelembutan hati seorang perempuan..
Teringat kisah Safiyyah bintu Muthalib..
Ibu saudara Rasulullah..
Seorang wanita berani dan boleh dikatakan berpewatakan agak kasar berbanding wanita-wanita lain di zamannya..
Contohnya Atikah Zaid dan Fatimah Muhammad yang terkenal dengan kelembutan sebagai perempuan..
Namun begitu, aku lebih tertarik dengan kisah-kisah Safiyyah..
Keberaniannya membunuh yahudi yang menjadi perisik di kubu pertahanan..
Ketabahannya dalam melihat mayat Hamzah Saiiyidul Syuhada yang dirobek dadanya..
Ketegasannya dalam mendidik Zubair sehingga pernah ditegur kerana kekasarannya..
Wahhh..
Bagiku.. Jika semua wanita lembut dan ayu, siapa yang mampu membunuh yahudi tersebut?
Bagaimana Zubair al-Awwam mampu dilahirkan, sehingga menjadi seorang sahabat yang terkenal gagah dalam setiap peperangan?
Jadi, aku bermonolog sendiri..
Mungkin tidak mengapa aku menjadi kasar sebegini..
Bukan tidak pernah berusaha menjadi seorang yang lembut..
Errr.. tapi.. tak match langsung dengan diri ini.. hu.hu.hu..
Jadi, tak mengapalah..
Kalau semua perempuan penakut, perlu juga beberapa yang berani antara mereka kan?
Boleh juga aku menjadi pelindung buat sahabiyahku, adik-adikku..
Dan siapa tahu, mungkin suatu hari nanti..
Perempuan berani ini bakal menjadi syuhada, di bumi palestin?
Mendidik anak-anak bangsa turut berhati waja..
Mendidik anak-anak sendiri agar sentiasa bercita-cita membebaskan al-Aqsa..
InsyaAllah..
Ya, siapa tahu.. =)
Err.. tapi terfikir jugak..
Lelaki mana sukakan perempuan kasar.. hoho..
Kalau aku jadi lelaki sekalipun, mungkin aku takkan sukakakan perempuan yang macam aku..
Tak mengapalah..
Mungkin boleh adopt anak angkat nanti.. jadikan anak susuan..
Kahwin di syurga lebih indah kan? =')
Dengan pemuda pilihan hati.. wahhhhh... saya cintakan Saiyidina Umar.. =)
Emmm, tapi mungkin kempunan untuk merasai rasa melahirkan zuriat..
Hu.hu.hu...
::jauhnya fikiran melayang:: =.=
p/s: thats why saya selalu pelik kalau keluar dengan rakan-rakan, mereka selalu diganggu oleh lelaki2 tak semena2.. sedangkan saya kalau kuar seorang2 pun tak penah kene kacau.. hahah.. *muka garang*

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment