Pertunangan : antara 'bombastik' dan 'syadid'..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sebelum sesuatu itu di'ada'kan, lebih baik-lah aku mencari tatacara dan tatasusila yang perlu aku ikuti..
Banyak juga bertanyakan kepada rakan-rakan mengenai hal pertunangan..
Apa batasan-batasan Islam dalam pertunangan..
Namun, setiap orang punyai kelainan..
Banyak juga yang aku dapati dari pembacaan..
Buku dan internet..
Seperti Fatimah Syarha & suami, mereka amat menjaga dan malu, mungkin kerana sifatnya mereka pemalu..
Seperti Us Hasrizal & isteri, mereka lebih terbuka dalam berbicara, sekali sekala ada bertanyakan khabar..
Bagiku, setiap-nya tidak sama, ada kondisi-kondisi yang tersendiri yang boleh diraikan..
Islam itu mudah dan memudahkan..
Aku meraikan cara-cara mereka dalam perhubungan pertunangan..
Aku cuba memahami, yelah, insyaAllah bakal ditempuhi, jadi perlu memahami sebelum menempuhi..
Apapun, ada beberapa guide-line yang perlu diikuti..

Tapi, yang utama...
Tanyalah pendapat hati sendiri, fatwa hati sendiri..
Bagiku, seandainya 'mereka' tidak membenarkan ibu bapa, atau sesiapa yang lebih arif membaca ataupun menyelia e-mail mahupun sms mereka, hmmmm, ada yang tak kena di situ..
Bagiku, pertunangan ibarat teman, tetapi sedikit mesra, dan tidak terlalu mesra..


Antara batasannya adalah :

- Islam membenarkan berulang kali melihat 'si dia' kerana untuk mengetahui keadaan dirinya yang sebenar. Dikhuatiri timbul penyesalan setelah bernikah kelak. Namun, hukumnya menjadi haram sekiranya pandangan tersebut adalah pandangan syahwat.

- Tidak menjadi kesalahan keduanya keluar bersama seandainya ada hajat & keperluan, seperti membeli cincin perkahwinan & barangan mahar yang lain. Pastikan ada peneman, ok, ingat korang tak kawen lagi.. hehe.. Adalah lebih baik teman itu merupakan mahram kepada si perempuan, untuk mengelakkan fitnah. Adapun, jika tiada keperluan, toksah gatai nak keluar.. =.=' godaan syitan untuk pasangan yang sudah bertunang adalah besar sekali melebihi mereka yang belum bertunang.

- Boleh sahaja untuk ziarah sewaktu hari raya, sesekali bertanyakan khabar melalui e-mail dan sms, berbincang mengenai urusan perkahwinan, tapi haruslah dengan penuh adab dan dengan kehadiran orang ketiga.. Apa susah, bagi je ummi atau murabbiah menjadi cc anda, takpun, menjadi pemantau, membaca kembali sms atau email yang diterima/dihantar.. jika ada yang mengawal, insyaAllah kita akan terkawal secara sendirinya.. kan?

- Adanya perbincangan serius yang melibatkan masa depan, yakni perkahwinan.. boleh diadakan, tetapi tunaikan perbincangan dengan cara yang penuh adab.. jangan terlalu syadid sehingga tidak boleh berbincang. jangan pula terlalu bombastik sehingga berbincang mengenai nama anak.. =.=' erk.. ish3~ insyaAllah, x buat!

- Adapun jangan terbawa-bawa dengan istilah 'saya tunang orang' sehinggakan makan pun ala kadar, senyum sorang-sorang dan simptom-simptom pelik yang lain. Sebaiknya, teruskan hidup seperti biasa.. dengan penuh semangat, dengan rakan-rakan, berbincang dengan si tunang bila perlu sahaja.. Adapun yang lebih baik adalah menuntut ilmu mengenai ilmu pekahwinan, baitul muslim & cara pengurusannya.. berhubung dengan minima seminimanya.. =.=' oh, oke~

- Usah mewawarkan pertunangan anda, dikhuatiri terhenti di tengah jalan.. sebaiknya, sembunyikan pertunangan melainkan jika ada keperluan.. seperti ada pihak ketiga yang ingin meminang juga si gadis, ketika ini, wajib memberitahu bahawa gadis itu telah bertunang..

- Suara seorang tunang terhadap tunangannya juga perlu dijaga. yakni, beradab, tidak macam robot dan tidak tergedik-gedik.. haruslah sopan & berhemah.. Adapun, jika tidak dapat mengawal diri dari bercakap gedik-gedik, lebih baik berhubung tanpa panggilan.. emm, kelihatan lebih afdhal di situ.. xpun, nak berhubung jugak, berhubunglah dengan wali si tunang, seperti ayahnya, emaknya, kakaknya.. hehehe..

- Tidak dinafikan tempoh pertunangan ini boleh dianggap tempoh untuk berkenal-kenalan.. adapun, bukan bermaksud berkenal-kenalan dengan si tunang.. tidak ohkai, jika sudah kenal, apa hikmah perkahwinan nanti? ye dok? .. berkenalan yang dimaksudkan adalah berkenalan dengan ahli keluarga tunang agar menjadi lebih dekat dan diyakini oleh keluarga tunangnya. Sehingga ia boleh melahirkan rasa tanggungjawab kepada mereka. Ingat, berkahwin bukan dengan seorang itu sahaja, tetapi bak kata orang tua-tua, berkahwin adalah dengan si dia & familinya.. kena ada seni ambil hati ibu bapa juga di situ.. kena belajar nie.. hehe..

Itulah sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi..
Agak sukar sebenarnya ya menjadi tunangan orang ini..
Dari satu hal nak jaga hati dari berfikir yang pelik-pelik dan berangan..
Dari satu hal nak kena betul-betul menjaga tindakan yang bakal kita ambil & tempuhi..
Bimbang seandainya salah langkah, perkahwinan yang bakal dijalankan tidak diberkati Allah..
Bukankah rugi??!! ish3~

Adapun, tanya pada diri sendiri..
Kerana diri sendirilah yang tahu bagaimana kondisi pertunangan kita itu..
Usah terlalu bombastik..
Usah terlalu syadid..
Islam itukan mudah dan memudahkan..
Ambillah jalan pertengahan..
Dan tanyalah fatwa hati sendiri..
Hati yang baik akan memberikan fatwa yang baik.. insyaAllah..

p/s : kadang-kadang rasa x moh lah bertunang.. nikah terus lg senang.. erk.. =.='
Banyak-lah kau, kerja pun tak lg.. hehehe..

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU