Cintaku Kerana Agamamu

Dengan Nama Allah Yang Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Oh.. lama x update blog.. =)
Alhamdulillah, bzi dengan aktiviti yang amat menyeronokkan dan berilmu..
Kem solat dan ramadhan, amat membantu me'refresh' diri tatkala ramadhan ini..
Terima kasih buat Suwaibah, Akma dan Najwa yang menemani diri yang hina ini menuntut ilmu.. <3 p="p">
Alhamdulillah baru selesai membaca nukilan Fatimah Syarha dan suami..
"cintaku kerana agamamu" & "cinta high class"
Subahanallah, mereka memang benar-benar menjaga..
Dan pemalu juga kedua-duanya..

Setidak dan sekurang-kurangnya saya dapat menggarap erti berpuasa menahan 'syahwat'..
Dan kemanisan yang bakal ditempa apabila saat berbuka nanti..
Terasa ingin mencintai seseorang kerana agama yang ada di dalam dirinya..
Biar agama yang ada itu disandarkan menjadi asbab kenapa aku mencintainya..
Biar cinta itu kerana agama Allah, kerana Allah..
Kerana sebab-sebab yang lain akan hilang dan sirna, kecuali Allah..

Agak takut memikirkan akan 'ujian' yang bakal ditempuhi sebagai seorang 'bakal'..
Fuh, pengalaman di sekeliling amat membantu dalam memberikan contoh-contoh buat diri..
Di mana yang baik boleh dijadikan amalan, yang kurang baik dijadikan sempadan..
Aku menghormati pendapat dan keputusan rakan-rakan mengenai hidup mereka..
Asalkan mereka tahu syariat yang perlu dijalani dalam hidup sebagai seorang 'bakal'..
Serius, takut.. takut tidak kuat dalam mujahadah diri menahan rasa ingin bermesej-mesej..
Dan jika dapat menjaga sekalipun, takut juga masih ada dalam menyampaikan tujuan & hasrat..
Takut berlebih-lebihan.. =.='
Ya Allah, peliharalah lami.. amin.. sob..sob..

Dalam setiap urusan pun ada cabaran dan ujian..
Allah melihat sejauh mana kita berupaya menegakkan kebenaran yang kita ketahui..
Atau adakah kita dengan rela dan senang hati, membiarkan syaiton bertepuk tampar sesama sendiri melihat betapa mudahnya mereka mengalahkan kita..
Astaghfirullah... =.='

Saya harap dia dapat membantu saya dalam mujahadah ini..
Sob..sob..sob..
Saya pun akan berusaha semampunya menjaga diri, dan dia sekali..
InsyaAllah.. sama-sama memperbaiki diri.. ruang itu masih ada untuk diperbetulkan..
Allah, redhailah akan pertemuan kami, yang saling mengharapkan cinta Engkau..
Tiadalah kami melakukan urusan-urusan ini selain mengharap dan mendambakan syurga Mu..
Perkuatkan kami dan perteguhkan hati kami..

Allah, jagalah dia & agamanya.. =)

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU