Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sering, manusia itu bila ia mulai mencintai sesuatu..
Dia lupa, bahawa perasaan cinta itu ujian bagi Allah untuk dirinya..
Allah menguji, antara cintanya kepada manusia dan cintanya kepada Dia, mana yang lebih haq dan berhak..
Sering aku alunkan, berulangkali puisi ini..
Dan seiiringan memohon dari Allah, agar cintaku pada sesama manusia, tidak melebihi cintaku padaNya..
Cinta antara manusia selamanya tidak akan kekal..
Cinta Allah itulah yang selama-lamanya..
Rabbani - Fikirkanlah (Yalla Beena)
Pernahkah ada dalam fikiran..
Apa jua segala pengorbanan..
Dan jua yang telah diberikan..
Bukan untuk meminta balasan..
Namun bila semua telah berlalu..
Kerana itu bukanlah dayamu..
Apa jua yang telah berlaku..
Semuanya patut menyedarkanmu..
Walau betapa tinggi kasihmu..
Pasti hanya untuk sementara waktu..
La Yu'minu ahadukum hattan yuhibbu li akhihi ma yuhibbu linafishi
Kasih Tuhan tidak bertepian
Kasih insan pastinya bersempadan
Apa lagi yang kita harapkan
Kerna itulah kebenarannya
Namun semuanya tak bermakna
Jika hanya dipandang sebelah mata
Pengajaran yang perlu diterima
Bila sering mengalpakannya
Bersyukurlah jika diingatkan
Sebelum tak punya kesempatan
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Seringkali kita benci memikirkan..
Satu hari nanti, ibu bapa, sahabat, kesayangan kita akan pergi meninggalkan kita..
Benci sungguh kita pada kematian..
Ya diri.. ingatlah, saat itu akan tiba..
Cintailah Allah setingginya..
Dia takkan menghampakanmu..
A little life update?
6 years ago


0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment