Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Cuma satu perkataan yang menusuk :
"semoga yang bertinta itu terlebih dahulu mengamalkannya.."
Mencari-cari sesuatu mutiara di web page PEMBINA..
Terbuka sebuah hikayat 'aku hanya seorang dustbin bieber'..
http://pembina.com.my/aku-hanya-seorang-dustbin-bieber/
Dengan 'sampah' dan 'celaka'-nya, Azim Taiping ternyata mempersembahkan kehidupan seorang insan..
Yang sedikit sebanyak, membuat aku merasa, itulah aku.. =.='
Rasa fed-up juga..
Mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi..
Untuk kelihatan manis dan cantik di hadapan ramai orang..
Sedangkan hati sampah.. =.='
Berusaha untuk mempamerkan senyuman dan kata-kata yang indah..
Menarik sebilangan insan supaya sedar bahawa islam itu chantek..
Sedang dalam hati mengutuk-ngutuk, mencerca dan segala husnudzan dilemparkan..
Moga apa-apa yang aku nukilkan..
Tidak menjadi tinta yang akan menghukumku di akhirat kelak..
Aku cuma ingin memperbaiki diri..
Dan mereka-mereka di persekitanku..
Moga.. hendaknya begitulah..
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment