Kesilapan para DAEI di mukabuku..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

ok, ni post serius dan panjang.. =.='

Aku pernah 'subscribe' pada seorang yang pada mulanya aku rasakan sebagai daei'..
Tetapi setelah sekian lama, naik muak pulak membaca segala nota-nota cinta, lukisan-lukisan cinta berbagai..
Haish, ini salah!
Lalu aku pun un-subscribe lah dari insna tersebut, buat apa sakit hati lama-lama, tambah dosa jerk..
Us Hasrizal juga ada menegur pelukis-pelukis islamic agar lebih 'berpijak di alam nyata'..
Terkadang cantik sungguh lukisan seorang pemuda dan pemudi yang amat islamic..
Malangnya, mereka ternyata bercinta dalam gambar tersebut..
Aish, macam ni ke islam?!~
Macam ni ke kita nak orang kafir tengok islam?!~
Pemuda dan pemudi yang gatal nak bercinta?
Kalau perkara tersebut diutarakan antara geng-geng meroyan kita ajer, takpe-lah lagi..
Ni nak dihebohkan pada seantero dunia..
ish, ish, ish~~~

Ada sesetengah pula yang menukilkan ayat-ayat penuh islamic..
Disertakan lagi dengan nama Allah, nabi Yusuf dan sebagainya..
Contohnya..

Ya Allah, aku rindukan dia keranaMu Ya Allah.. Kau bawalah cinta kami ke syurga..
Aku hempuk karang nak?! haish~
Tahu tak bahawa ayat 'kerana Allah' itu merupakan suatu ayat perjanjian yang amat besar nilainya..
Kita solat, kerana Allah.. puasa, kerana Allah.. zakat, kerana Allah..
Ni kau nak bercinta tanpa nikah(jalan kepada zina), nak guna 'kerana Allah' jugak?
Haish.. jangan! takleh guna!
Nak-nak lagi kalau golongan daei'-daei' ni yang guna..
Sakit mata membacanya, amat memalukan, dan ianya bakal mempengaruhi berapa ramai subscriber yang turut membaca ayat geli berkenaan..

Ada juga sesetengah daei' yang tidak melayan bab-bab cinta ni, tapi malangnya amat gemar update status yang 'remuk hati' di mukabuku..
Kadang-kadang rasa nak gelak je baca..
Macam ni ke seorang daei'?
Ada juga sesetengah yang update ayat-ayat yang hampeh lagi menghampehkan..
Seriously..
Korang tu daei..
Please-lahh, betul seandainya kalian mengatakan bahawa kalian cuma manusia biasa, let say, betullah tu..
Tapi toksahlah bagi orang 'subscribe' dan 'like' page anda yang kecewa, putus asa dan sebagainya tu..
Adohai..
Sudahnya ramai nanti yang akan terpengaruh, mengikut-ngikut apa 'kejahatan' atau 'keburukan' yang kita pamerkan..
Nanti ada segolongan manusia yang malas nak berfikir akan balas balik jika orang nasihat..
"encik .......... boleh pulak buat/ tulis camni kat mukabuku dia, takkan saya salah pulak?"
Haaa... kan dah bahaya tu, perkara yang tak elok jadi ikutan..

Entahlah, bagi aku, mukabuku tu cuma medium untuk berdakwah untuk para daei'..
Jadi para daei' perlu menjaga ikhtilat mereka..
Aku pun pernah terlibat dalam kes di mana seorang teman yang luarnya amat islamic, tapi ikhtilat tak dijaga dalam facebook sehingga ditegur..
Yelah, tu facebook kita, bercakap pun tak mcm bercakap kat luar, tapi kalau kita daei', pandai-pandailah bawak diri, common sense kan?
Ke daei'-daei' ni lembap jugak? =.=' huhuh
Dah kalau meroyan sangat nak update pasal kegelian, kecintaan, kebahagiaan, kemarahan dan sebagainya..
Just buat private dan tag ajerlah sesiapa yang nak ditag..
Susahke?!~ hmm.. fikir sendiri..

Ada juga segolongan insan-insan yang aku nak kata diorang ni tak faham agama, taklah..
Tapi mungkin kurang sikit pengetahuan dalam agama..
Tapinya, duk mengepost status-status yang amat mengelirukan tentang islam di mukabuku..
Niat dah baik, dik~ tapi cara tu salah..
Next time kalau nak post perkara berkaitan islam di mukabuku, pastikan kita tahu dengan mendalam tentang perkara tersebut..
Takut ianya menjadi fitnah kepada islam..
Aku pun taklah kata aku ni perfect dalam mengepost apa2 di mukabuku..
Tapi aku rasa aku jaga mana-mana yang patut..
Agar tidak membawa fitnah kepada islam..
Hak asasi korang bersuara apakemende semua, lantak korang-lah..
Tapi tolonglah jangan menjatuhkan islam dengan perangai ketegaq korang tu..
Risau.. risau dengan keadaan ini..
Bila ditegur dengan cara yang baik, membalas dengan 1001 ayat alasan dan bidasan..
Aish, lantak hampa-lah..

Kesimpulannya..
Jagalah islam di mana jua hatta di mukabuku..
=.='
Kalau korang tak jaga, jangan marah kalau aku un-friend atau un-subscribe..
Sebab aku menyampah..
=p

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU