Puisi..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Tiada lain yang kupinta..
Selain mati di tanah airku..
Hancur menjadi tanah..
Menyuburkan rumpai..
Memberi nyawa..
Kepada sekuntum bunga..
Yang akan dipetik..
Seorang kanak-kanak tanah airku..
Apa yang kupinta..
Adalah untuk terus..
Bersama tanah airku..
Sebagai tanah rumpai..
Sekuntum bunga...



Sekitar Praktikum 2..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah.. =)
Seronok di sungai besi..
Kalau sungai emas mungkin lagi seronok.. woha!!

There are few people who are very decent..
Never look our eyes when talking..
I like them.. =)

There are some people who like to talk..
Tell anything that they know..
Give information to others..
I can hear them, its fine..

And there are many people who like to accuse without even talk..
And I hope, they knew that they are like that..
(~~)

I can be very annoying sometimes.....
So, don't make me..
I don't even like it..
Maaf~~

p/s: its always fun to teach pupils..
what is below than fun is the acceptance of the teacher..
and what is 'hampeh' is the observation from lecturer..
huhuhu...

Beza Malaysia Dengan Palestin..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Baru selesai melihat beberapa video daripada BERSIH 2.0
La'haulawala quwwata illabillah..
Malaysia Tanah Airku..

Nak buat tajuk "Beza Malaysia Dengan Palestin, Mesir, Turki dsb" sebnanye..
Tapi kekurangan data..
Jadi, beza Malaysia dengan Palestin sudah!!

Palestin : rakyat dibelasah oleh polis/askar yahudi laknatullah..
Malaysia : rakyat dibelasah oleh polis/askar negara sendiri yang kalau melayunya pasti Islam..

Palestin : rakyat tidak didengar suaranya, dirampas hak 'didengari' dari mereka oleh negara yahudi laknatullah..
Malaysia : rakyat hilang kebebasan bersuara, tidak diambil endah langsung oleh kerajaan yang rata-ratanya beragama Islam, berlabel Melayu..

Apa yang saya harapkan..
Allah masih sayangkan negara kita yang sepatutnya DEMOKRASI ini..
Allah tidak menimpakan BALA lantarakan kebodohan dan kezaliman beberapa pihak..
Saya harap...
Dan harapan seorang gadis kecik di ceruk yang tidak mampu didengari..
Saya hanya mampu berdoa..
Agar rakan-rakan saya memandang serius hal-hal negara..
Memandang serius apa yang berlaku di luar sana..
Amat berharap.. agar terbuka minda, mata dan hati mereka..
Harapan yang sungguh-sungguh..
Kasihan melihat negara yang bakal diwarisi oleh mereka yang langsung tak ambil endah hal-hal sebegini...
Kasihan..
Ya Allah, kami masih mentah, masih muda KONONNYA..
Kau berikan kami peluang dan kesempatan untuk bertatih di jalan ini..
Usah Kau timpakan BALA saat kami alpa, lupa dari tugas menjunjung keadilan ini...

Rakan-rakan..
Yang mana saya tahu membaca blog ini..
Bukalah mata..
Hidup bukan di sekitar ruangan lingkung kita sahaja..
Hidup bukan soal family, best friend, couple saya, maktab saya, assignment saya, duit saya sahaja..
Bukalah mata..
Sebelum suatu saat kita kehilangan semua ini..
Kerana kita tidak sedar betapa pantasnya dunia berpusing..
Dan kita masih di takuk lama..
Bukalah mata..
Lihat sekeliling.. lihat kekejaman dunia berleluasa..
Sedang kita menjadi BODOH ditipu media dan kuasa-kuasa besar (kononnya) dunia..
Bukalah mata..
Bukalah mata..

Dan semoga Allah menjadikan kita antara golongan yang layak ke syurga lantaran memikirkan hal manusia lainnya..
Kerana sesiapa yang memikirkan hal sendiri dan ruang lingkungnya sahaja, tidak tercatat namanya di kalangan penghuni syurga...
(cerita seorang umat di zaman nabi Musa....)
Semoga.... semoga.... semoga....

Ya Allah, perkenankan doa hambaMu yang hina dina ini..
Aku ingin mereka sedar seperti aku yang telah Kau tunjukkan nikmat sedar itu..
Bahkan lebih lagi..
Moga mereka sahabatkulah yang mampu menyedarkan aku pula..
Ya Allah, perkenankanlah..
Sedarkan kami, bangunkan kami dari tidur angan-angan ini..
Amin Ya Allah.. Amin.....

KMS Bulanan..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Dimulakan dengan niat..
Apa niat aku menulis?!!
Kerana Allah.. dan kerana aku selesa mengeluarkan pendapat dengan menulis dari bercakap..
Kerana aku selesa berdakwah begini..
Kerana aku agak takut menegur secara direct..
Alhamdulillah..
Niat masih tidak tersasar..

Setiap amalan.. dimulakan dengan niat..
Lillahitaala.. Kerana Allah..
Apapun, kerana Allah..
Makan?? Kerana Allah.. untuk badan sihat, supaya bila sihat, boleh beribadat..
Bekerja, mengajar?? Kerana Allah.. mendidik anak bangsa, gembira jika mereka berjaya, mendapatkan rezeki yang halal...
Drive kereta ke Khalifah School?? Kerana Allah.. mendapatkan ilmu supaya aku jelas akan tujuan hidupku..
Dan andai dapat aku terapkan nilai ini hari-hari..
Kerana fitrahnya manusia itu.. PELUPA..
LUPA.. LUPA.. LUPA.....

Setuju dengan Ustaz Hasrizal mengenai BERSIH..
Tak habis2 BERSIH kan daku ini??!!
Takpelah, ini diriku..
Jadi, dengar apa saya nak bebel..
'Islam memuliakan kebenaran.. dan KEBENARAN takkan tertukar martabatnya hattan siapapun mengucapkannya..'
Dan jika si Ambiga mengucapkan apa yang benar..
NAH!! Itulah kebenaran..
Meski dia kafir.. meski dia IRC.. meski dia apa2pun..
Usah memperbodohkan diri sendiri lantaran terlalu fanatik..
Mungkin fanatik terhadap diri sendiri..
Hanya aku yang benar..
Mungkin!!

p/s : We tolerate the difference of ways, of mazhabs, of ideas... But difference of defining justice, find another planet!!

Sekitar BERSIH dan KPTI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Sekitar BERSIH..
Yang mana saya tahu Ambiga, Tok Guru Haji Hadi dan Khairy Jamaludin kene tangkap..
Serius lawak Khairy Jamaludin pun kene tangkap..
Muahaha!!

Serius cakap..
Saya menyokong BERSIH..
Cuma tak berapa nak menyokong cara pelaksanaannya..
Perlu untuk kita bangun, kita bangkit, merubah semula sistem2 di negara kita..
Perlu untuk kita cetuskan idea-idea yang membangkitkan rakyat..
Cuma caranya perlu betul, mungkin dengan lebih berhikmah..

Jika mengundi pun kita tak mahu..
Maka hampehlah kita, sebab kita tak kisah pasal negara dan masyarakat sekeliling..
Kiranya kita rela dipijak-pijak kepala oleh kerajaan yang kejam (jika kerajaan tu kejam)..
Dan amat menyedihkan ramai mahasiswa-mahasiswa buat dono dan tak kisah tentang negara..
Langsung tidak mahu ambil tahu sebab cuma buat pening kepala..
Sedangkan negara bakal diwarisi tampuk kepimpinannya oleh kita..
Jika kita tidak memilih, maka jadilah kita ibarat lembu yang dicucuk hidungnya..
Layan ke mana sahaja tuannya membawanya..
Lembu pun terkadang akan cuba lari jika tuannya membawa dia ke dalam sungai untuk melemaskannya..
Dan alangkah kesiannya mahasiswa2 tersebut..
=( sedih, truly~~

Jadi rakan-rakan..
Kebenaran itu jelas dan kebatilan itu juga jelas..
Tak setuju sungguh jika ada pihak mengatakan..
"Islamic tapi x pandai pimpin negara.. pandai pimpin negara tapi tak Islamic"..
Huishhhh... Fitnah tu.. dan fitnah lebih teruk dari membunuh..
Sedih dan sedih.. puak2 ulama' disingkirkan dalam hidup..
Dikata cuma mencari keuntungan duniawi..
Dan entah siapa yang diangkat dalam hidup mereka.. ????
Pandai, cukup pandai berkata-kata..
Tapi adakah perkataan itu berlandaskan kefahaman dan ilmu yang mutlak..
Mungkin tidak! kerana fitnah itu lebih mudah dihadam berbanding ilmu..
Dan kebanyakan lebih suka bercakap atas dasar 'apa yang aku fikir' berbanding 'apa yang aku kaji'...

Dan jika ditanya saya..
Saya lebih suka hidup dan menetap di Kelantan..
Atau mungkin di Kedah dan Terengganu..
Kerana ruh Islam masih terasa di sana..
Masih ada pondok-pondok tempat ulama' dihasilkan..
Ulama' yang sebenar, bukan ulama' kontemporari..
Dan masyarakat yang masih berpegang pada fahaman Islam..
Bukan fahaman Umno, Pas, BN atau apapun..
Oh~
Kalau begitu, saya lagi prefer GAZA!! =)

Sekitar KPTI..
Alhamdulillah..
Usaha membuahkan hasil..
Penat lelah, biar Allah menjadi timbangtara atas segalanya..
Segala pujian hanya dipanjatkan buat Allah..
Yang mentaqdirkan semuanya, segalanya..
Dan kita?? usaha.. ya, usaha itu penting..

Rasa seronok sangat bila diri diisi dengan ilmu..
dengan kefahaman tentang Islam..
dengan motivasi dan tarbiyah kepada Islam..
Rasa lengkap, rasa cukup.. =)
Ya Allah, tetapkan aku di jalan ini..
Buat selama-lamanya..
Aku ingin terus berjalan di jalan dakwah ini..
InsyaAllah...

Subahanallah!!
Segala Puji hanyalah buat ALLAH!!

p/s: Umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
Umat ISLAM sentiasa boleh..
Allahuakbar!!!

Jika..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Jika aku tergelincir, teman... nasihatilah..
Jika aku jauh, teman.... bawalah aku kembali dekat..
Jika aku terjatuh, teman.... pimpinlah...
Jika aku hilang, teman.... carilah aku di sisi kegelapan itu...

Astaghfirullah...
Bebanan kerja terkadang menghimpit..
Perasaan terasa disakiti, diperlekehkan..
Usaha terasa sia-sia..
Ya Allah.. teguhkan hati ini..
Usah Kau bolak-balikkannya...
Biarkan aku atas jalan yang sukar ini..
Biar aku merangkak terus dari berpaling..
Ya Allah...

Ya Allah..
Aku lemah...
Kuatkanlah...
Aku hina..
Muliakanlah...
Aku rendah..
Tinggikanlah...

Ya Allah...
Ku adukan sakitku..
Rasaku ini..
Biar aku tidak mampu menahan, melakukan semua..
Namun, aku tidak mahu tinggalkan semua....
Ya Allah.......

+menangis itu indah+

S.A.B.A.R

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


BerSABAR terhadap NAFSU..
Yakni berSABAR terhadap kehendaknya, menunda-nunda kehendak NAFSU..
Kerana..
IBADAH yang utama adalah dengan MENGELAKKAN MAKSIAT..
Jadi, SABAR dalam ertikata SABAR yang sebenar juga..
Merupakan SABAR terhadap NAFSU..
Yang memberi makna, aku sedang MENGELAKKAN MAKSIAT..
Alhamdulillah..

Sayyid Asy-Syuhada

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Siapa Sayyid Asy-Syuhada.?
Dialah Hamzah bin Abdul Muthalib.. =)
Digelar Sayyid Asy-Syuhada bermaksud penghulu para syuhada..
Juga dipanggil Asadullah yang bermaksud Singa Allah lantaran kehebatannya di medan tempur..
Ayah saudara Rasulullah juga saudara susuan Rasulullah..
Antara orang yang melamar Khadijah buat Rasulullah..
Isterinya Salma binti Umais..
Merupakan insan pertama dalam Islam yang membawa panji/bendera dalam peperangan..
Merupakan pemuda Quraisy yang paling mulia..
Tangkas menunggang kuda dan memanah..
Beliau cerdas dan akhlaknya mulia..
Salah seorang pemimpin tawaf/solat di hadapan Baitullah selepas memeluk Islam..
(seorang lagi adalah Saidina Umar Al-Khattab..)
Rasulullah melantiknya sebagai KOMANDER yang memimpin 30 pasukan berkuda dalam perang Saiful Bahar..

Rasulullah tidak pernah sedih-sesedihnya sewaktu kematian Hamzah akibat ditikam oleh tombak Wahsyi dan dibelah perutnya dan dilapah jantung/hatinya oleh Hindun serta telinga dan hidungnya dipotong dan badannya dicincang-cincang oleh musyrikin mekah..
Rasulullah mensolatkan jenazah Hamzah sebanyak 72 kali..

(dipetik dari Tokoh2 Besar Islam Sepanjang Zaman)

Mulianya dikau, Hamzah Asadullah..
Mulianya dikau, Hamzah Sayyidul Syuhada'..
Ingin aku ketemu dikau dalam syahidku..
Inginku mengenali dikau duhai pemilik 3 nama di langit yang ketujuh..
Ya Allah.. perkenankan hasratku mengikuti jejak beliau..
Hamzah Asadullah!

Drama Hidup..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Teringat..
Sebuah cerita yang mana salah 1 skripnya..
"jangan membuat terlalu banyak drama dalam hidup kita"..
Drama dalam hidup, ape tu??
Perkara yang kita buat tanpa memikirkan akibat, bila dah buat perkara tersebut, rasa besar kepala dan degil dan ego pulak nak menyedari kesilapan dan membetulkan kesilapan, lantas terus berada dalam keadaan tersebut sehinggalah bila2 pun, padahal keadaan tersebut amatlah menyakitkan hati..

Contoh drama hidup yang pelakon tu dah buat..
Dia (perempuan) membizikan diri dengan kerja, kononnya untuk menyara keluarga, lalu si suami curang, si isteri terus mintak separate, si suami menyesal dan berusaha untuk mendapatkan si isteri semula tapi si isteri ego, padahal di sayangkan suami dia lagi, tak ke entah ape2 je situasi macam tu?!

Jadi, saya tanamkan dalam diri saya..
Usah mencipta drama dalam hidup..
Hiduplah berdasarkan syariah dan undang2 Islam..
Tiada drama yg menyakitkan hati akan berlaku jika hidup berlandaskan Islam..

Terlalu banyak drama yang diperhatikan, berlaku di sekeliling..
Padahal jika guna hukum Islam, x ade pun perkara2 tu berlaku..
"perkara dah berlaku pun.."
Ok, jika mcm tu, kembali kepada Islam..
Contoh macam cerita tadi tu, jika si suami rujuk semula isteri dia, bertaubat betul2 x akan mengulangi perbuatan, ape yang susahnya?
Si isteri pulak, kena dengar cakap suami, syurga isteri di bawah telapak kaki suami.. tak cium bau syurga korang kalau derhaka!
Ketepikan perasaan buat seketika, ketepikan logik buat seketika..
Kembali kepada Islam, boleh x?!

Usah susahkan perkara yang tidak susah..
Kerana perkara yang tidak susah apabila disusahkan, akan menyusahkan diri sendiri..
Back to basic..
Back to Islam..


Susahnya membentuk insan lain, susah lagi membentuk diri sendiri..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Sepanjang 2 hari di Steel Mosque Putrajaya membuatkan aku terfikir..
Menjadi fasilitator kepada group yang mempunyai perbagai perangai yang berbeza..
Shah contohnya, yang paling autism dalm group, selalu kene tegur dengan fasi lelaki yang lain..
Nabila contohnya, yang hatinya langsung tiada di sini, membentak-bentak dalam melakukan tugasan..
Mubin, seorang ketua yang kasihan, dibuli oleh anak buahnya..
Namun begitu, masih ada yang menyinar dan sinarnya menutupi kekurangan peserta lain..
Seperti Izzah yang seringkali menjadi ketua ganti secara sukarela..
Dan Bella yang kadangkala menyumbangkan idea bernas..

Remaja..
Mungkin aku begitulah sewaktu dahulu..
Menyampah gilerrr dengan program rohaniah & motivasi..
Terkadang x leh blah sangat dengan program dan x nak join apa2 pun..
Dan terkadang rasa meluat & menyampah dengan akak&abang fasi yang asyik nak paksa..
=)
Ya, mereka2 itu, cerminan aku..
Subahanallah, teruknya perangai aku terhadap insan lain..
Tak bekerjasama, berlagak, membentak-bentak.. huhuh..

Dan aku rasa cemburu..
Cemburu kerena ada yang mengambil berat kisah mereka..
Ada yang menegur, ambil tahu, tegur dan marah jika membuat kesalahan & kesilapan..
Subahanallah, Allah masih sayangkan mereka..
Wuhuu.. jelousnya terhadap mereka, nak jadi macam mereka..
Ada orang nak bagi motivasi, ada orang nak tegur..
Ya Allah... huhuhh...

Dan muhasabah..
Sesukarnya aku mendidik mereka di sini..
Sukar lagi mendidik hati yang keras membatu, mengarat akibat mazmumah ini..
Sukarnya.. owhhh~~
Senang nak cakap, 'mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..'
Memang lah boleh cakap, nak membentuk hati bukan sesenang mulut menuturkan kata2..
Ya Allah..
Masih banyak yang aku perlu pelajari, yang perlu aku perbaiki, yang perlu aku ulangi latihan..
Usaha, InsyaAllah..
Usaha Anis.. =)

+Kem Remaja Mithali 2011+


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU