Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Dimulakan dengan niat..
Apa niat aku menulis?!!
Kerana Allah.. dan kerana aku selesa mengeluarkan pendapat dengan menulis dari bercakap..
Kerana aku selesa berdakwah begini..
Kerana aku agak takut menegur secara direct..
Alhamdulillah..
Niat masih tidak tersasar..
Setiap amalan.. dimulakan dengan niat..
Lillahitaala.. Kerana Allah..
Apapun, kerana Allah..
Makan?? Kerana Allah.. untuk badan sihat, supaya bila sihat, boleh beribadat..
Bekerja, mengajar?? Kerana Allah.. mendidik anak bangsa, gembira jika mereka berjaya, mendapatkan rezeki yang halal...
Drive kereta ke Khalifah School?? Kerana Allah.. mendapatkan ilmu supaya aku jelas akan tujuan hidupku..
Dan andai dapat aku terapkan nilai ini hari-hari..
Kerana fitrahnya manusia itu.. PELUPA..
LUPA.. LUPA.. LUPA.....
Setuju dengan Ustaz Hasrizal mengenai BERSIH..
Tak habis2 BERSIH kan daku ini??!!
Takpelah, ini diriku..
Takpelah, ini diriku..
Jadi, dengar apa saya nak bebel..
'Islam memuliakan kebenaran.. dan KEBENARAN takkan tertukar martabatnya hattan siapapun mengucapkannya..'
Dan jika si Ambiga mengucapkan apa yang benar..
NAH!! Itulah kebenaran..
Meski dia kafir.. meski dia IRC.. meski dia apa2pun..
Usah memperbodohkan diri sendiri lantaran terlalu fanatik..
Mungkin fanatik terhadap diri sendiri..
Hanya aku yang benar..
Mungkin!!
p/s : We tolerate the difference of ways, of mazhabs, of ideas... But difference of defining justice, find another planet!!

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment