Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Baru selesai melihat beberapa video daripada BERSIH 2.0
La'haulawala quwwata illabillah..
Malaysia Tanah Airku..
Nak buat tajuk "Beza Malaysia Dengan Palestin, Mesir, Turki dsb" sebnanye..
Tapi kekurangan data..
Jadi, beza Malaysia dengan Palestin sudah!!
Palestin : rakyat dibelasah oleh polis/askar yahudi laknatullah..
Malaysia : rakyat dibelasah oleh polis/askar negara sendiri yang kalau melayunya pasti Islam..
Palestin : rakyat tidak didengar suaranya, dirampas hak 'didengari' dari mereka oleh negara yahudi laknatullah..
Malaysia : rakyat hilang kebebasan bersuara, tidak diambil endah langsung oleh kerajaan yang rata-ratanya beragama Islam, berlabel Melayu..
Apa yang saya harapkan..
Allah masih sayangkan negara kita yang sepatutnya DEMOKRASI ini..
Allah tidak menimpakan BALA lantarakan kebodohan dan kezaliman beberapa pihak..
Saya harap...
Dan harapan seorang gadis kecik di ceruk yang tidak mampu didengari..
Saya hanya mampu berdoa..
Agar rakan-rakan saya memandang serius hal-hal negara..
Memandang serius apa yang berlaku di luar sana..
Amat berharap.. agar terbuka minda, mata dan hati mereka..
Harapan yang sungguh-sungguh..
Kasihan melihat negara yang bakal diwarisi oleh mereka yang langsung tak ambil endah hal-hal sebegini...
Kasihan..
Ya Allah, kami masih mentah, masih muda KONONNYA..
Kau berikan kami peluang dan kesempatan untuk bertatih di jalan ini..
Usah Kau timpakan BALA saat kami alpa, lupa dari tugas menjunjung keadilan ini...
Rakan-rakan..
Yang mana saya tahu membaca blog ini..
Bukalah mata..
Hidup bukan di sekitar ruangan lingkung kita sahaja..
Hidup bukan soal family, best friend, couple saya, maktab saya, assignment saya, duit saya sahaja..
Bukalah mata..
Sebelum suatu saat kita kehilangan semua ini..
Kerana kita tidak sedar betapa pantasnya dunia berpusing..
Dan kita masih di takuk lama..
Bukalah mata..
Lihat sekeliling.. lihat kekejaman dunia berleluasa..
Sedang kita menjadi BODOH ditipu media dan kuasa-kuasa besar (kononnya) dunia..
Bukalah mata..
Bukalah mata..
Dan semoga Allah menjadikan kita antara golongan yang layak ke syurga lantaran memikirkan hal manusia lainnya..
Kerana sesiapa yang memikirkan hal sendiri dan ruang lingkungnya sahaja, tidak tercatat namanya di kalangan penghuni syurga...
(cerita seorang umat di zaman nabi Musa....)
Semoga.... semoga.... semoga....
Ya Allah, perkenankan doa hambaMu yang hina dina ini..
Aku ingin mereka sedar seperti aku yang telah Kau tunjukkan nikmat sedar itu..
Bahkan lebih lagi..
Moga mereka sahabatkulah yang mampu menyedarkan aku pula..
Ya Allah, perkenankanlah..
Sedarkan kami, bangunkan kami dari tidur angan-angan ini..
Amin Ya Allah.. Amin.....

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment