Sekitar BERSIH dan KPTI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Sekitar BERSIH..
Yang mana saya tahu Ambiga, Tok Guru Haji Hadi dan Khairy Jamaludin kene tangkap..
Serius lawak Khairy Jamaludin pun kene tangkap..
Muahaha!!

Serius cakap..
Saya menyokong BERSIH..
Cuma tak berapa nak menyokong cara pelaksanaannya..
Perlu untuk kita bangun, kita bangkit, merubah semula sistem2 di negara kita..
Perlu untuk kita cetuskan idea-idea yang membangkitkan rakyat..
Cuma caranya perlu betul, mungkin dengan lebih berhikmah..

Jika mengundi pun kita tak mahu..
Maka hampehlah kita, sebab kita tak kisah pasal negara dan masyarakat sekeliling..
Kiranya kita rela dipijak-pijak kepala oleh kerajaan yang kejam (jika kerajaan tu kejam)..
Dan amat menyedihkan ramai mahasiswa-mahasiswa buat dono dan tak kisah tentang negara..
Langsung tidak mahu ambil tahu sebab cuma buat pening kepala..
Sedangkan negara bakal diwarisi tampuk kepimpinannya oleh kita..
Jika kita tidak memilih, maka jadilah kita ibarat lembu yang dicucuk hidungnya..
Layan ke mana sahaja tuannya membawanya..
Lembu pun terkadang akan cuba lari jika tuannya membawa dia ke dalam sungai untuk melemaskannya..
Dan alangkah kesiannya mahasiswa2 tersebut..
=( sedih, truly~~

Jadi rakan-rakan..
Kebenaran itu jelas dan kebatilan itu juga jelas..
Tak setuju sungguh jika ada pihak mengatakan..
"Islamic tapi x pandai pimpin negara.. pandai pimpin negara tapi tak Islamic"..
Huishhhh... Fitnah tu.. dan fitnah lebih teruk dari membunuh..
Sedih dan sedih.. puak2 ulama' disingkirkan dalam hidup..
Dikata cuma mencari keuntungan duniawi..
Dan entah siapa yang diangkat dalam hidup mereka.. ????
Pandai, cukup pandai berkata-kata..
Tapi adakah perkataan itu berlandaskan kefahaman dan ilmu yang mutlak..
Mungkin tidak! kerana fitnah itu lebih mudah dihadam berbanding ilmu..
Dan kebanyakan lebih suka bercakap atas dasar 'apa yang aku fikir' berbanding 'apa yang aku kaji'...

Dan jika ditanya saya..
Saya lebih suka hidup dan menetap di Kelantan..
Atau mungkin di Kedah dan Terengganu..
Kerana ruh Islam masih terasa di sana..
Masih ada pondok-pondok tempat ulama' dihasilkan..
Ulama' yang sebenar, bukan ulama' kontemporari..
Dan masyarakat yang masih berpegang pada fahaman Islam..
Bukan fahaman Umno, Pas, BN atau apapun..
Oh~
Kalau begitu, saya lagi prefer GAZA!! =)

Sekitar KPTI..
Alhamdulillah..
Usaha membuahkan hasil..
Penat lelah, biar Allah menjadi timbangtara atas segalanya..
Segala pujian hanya dipanjatkan buat Allah..
Yang mentaqdirkan semuanya, segalanya..
Dan kita?? usaha.. ya, usaha itu penting..

Rasa seronok sangat bila diri diisi dengan ilmu..
dengan kefahaman tentang Islam..
dengan motivasi dan tarbiyah kepada Islam..
Rasa lengkap, rasa cukup.. =)
Ya Allah, tetapkan aku di jalan ini..
Buat selama-lamanya..
Aku ingin terus berjalan di jalan dakwah ini..
InsyaAllah...

Subahanallah!!
Segala Puji hanyalah buat ALLAH!!

p/s: Umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
Umat ISLAM sentiasa boleh..
Allahuakbar!!!

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU