Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Andai ditanya satu soalan..
"Relakah diri jika nama sudah tertulis di neraka??"
Nauzubillah..
Sungguh, tiada seorang manusia pun yang rela jika dikatakan namanya di neraka..
Sedaya upaya dia akan berusaha mendapatkan syurga..
Dan andai kita menyedari hakikat itu setiap masa..
(~~)
Seandainya kita mahukan sesuatu..
Berusahalah!!!!
Bukan sekadar semampunya..
Bahkan melebihi kemampuan kita..
Melebihi daya kita, berusahalah..
Kerana Allah cuma menolong mereka yang berusaha sehingga ke nafas terakhir..
Andai diri masih leka di jalan yang tidak ketahuan..
Berusahalah bersungguh-sungguh..
Keluar dari jalan kegelapan itu..
Andai terasa lelah, letih, sudah lumrah..
Manakan datang bergolek sesuatu itu tanpa kita berusaha ke arahnya..
USAHA!
Ya, usahaku walaupun sepenuh hatiku..
Masih tidak dengan sepenuh tenagaku..
Mungkin tika aku lelah, aku melupakan seketika, dan menutup mata terhadap jalan itu..
Kerana saatnya aku letih dan gila, aku tinggalkan semua di belakangku dan aku lari..
Usahaku masih sedikit..
Dan usaha ini menuntut jutaan tangisan harapan dan keampunan dariNya..
Usaha ini menuntut cengkaman perasaan yang tiada mampu difahami makhluk, cuma Dia memahaminya..
Usaha ini dahagakan jerit perih dan peluh-peluh yang menitik di jalan perjuangan itu..
Usaha ini dahagakan tenaga, masa dan harta seiring dengan jauhnya perjalanan ia..
Usaha ini perlukan perisai hati, jiwa, perasaan dan nafsu yang terhebat..
Usaha ini perlukan segala-galanya..
Dan jika itu harganya meraih syurga..
Adakah di antara kita yang tidak mahu menempuhinya??
Andai SYURGA itu hadiahnya..
Andai SYURGA itu hadiahnya..
Sukarnya menjadi solehah..
Namun, aku tidak ingin namaku tercatat di pintu neraka..
Usahaku, sehingga ke akhirnya..
Ya Allah.... kuatkanku~!!

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment