Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
"Fainna maal usri yusra..
inna maal usri yusra.."
... demi sesungguhnya kesusahan itu disusuli dengan kesenangan..
... sesungguhnya kesusahan itu disusuli dengan kesenangan..
-Alam nashrah : 5 & 6-
Terkadang ujian itu cuma rasa yang menghimpit diri..
Yang tidak difahami oleh yang lain..
Jadi berdiam diri adalah penyelesaian..
Menitiskan air mata setiap kali mata ingin terlelap..
Sungguh, aku wanita yang berkalung dosa..
Senyum, namun dalam hakikatnya, tidak pernah gembira..
Menitiskan air mata setiap kali berdoa..
Apalah lagi senjataku untuk menghapus rasa ini selain doa..
Cuma Allah masih ingin menguji..
Dia sayangkanku, ya sungguh.. Allah sayangkanku!
Kepala berdenyut-denyut..
Mungkin kesan dari terlalu banyak menangis..
2 biji mefenamic acid ditelan bersama air mineral..
"la yu sadda'u na anha wala yunzifun.."
Terpaksa menelan juga walaupun perut masih kosong..
Dan kesan ubat pasti menyucuk-nyucuk perutku sebentar lagi..
Bukan tidak mahu menunggu sehingga makan..
Cuma ditakutkan migrain yang datang akan mengganggu perjalanan harian..
Sudahnya, menyusahkan diri dan rakan..
Mendapat sedikit kesembuhan setelah beberapa minit berlalu..
Alhamdulillah, ikhtiar..
Ubat itu hukumnya harus pada insan biasa sepertiku, dan ia ikhtiar-ku..
Dan bukan tidak ku cari ikhtiar buat hati..
Sudah puas perbagai usaha dilakukan..
Namun, andai Allah mentaqdirkan ia adalah ujian..
Ambillah seberapa banyak ubat dan ikhtiar pun, ia takkan hilang..
Dan andai aku bersabar, pahala itu tidak bertepi kurniaanNya..
Membuka tafsir, mencari pedoman..
Subahanallah..
"Fainna maal usri yusra.. inna maal usri yusra.."
Mata terpaku pada ayat tersebut..
Ya, hati.. setelah kesusahan itu akan ada kesenangan..
Mungkin bukan kini, bukan sekarang..
Surah yang banyak sekali pedoman..
Seketika, perutku sudah mulai menyucuk-nyucuk..
Ujian lagi..
Namun ujian ini, boleh aku hadapi tanpa ikhtiar, cuma ujian yang kecil..
Thinkpad ditutup..
Aku mengerekot di atas katil..
Moga ujian-ujian mendatang menambahkan lagi yakinku pada Allah..
Aminn Ya Rabb..
A little life update?
6 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment