Sandaran cinta..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

"Sandaran cinta kepada Tuhan Yang Esa..
Tenang di rimbun kasih Nya..
Mengubat lara..
Tak ketemu kecewa..
Hanyalah bahagia.."

Aku merenung potretku di hujung meja..
Potret yang dirakamkan saat aku masih lagi bertatih dalam dunia perguruan..
Masih berisi, mata yang masih bersinar, sepertinya masih cantik..
Kerana sekarang tidak seperti dahulu..
Semakin kurus, mata yang tidak lagi bersinar, dan pastinya tidak berseri..
Semakin banyak yang diketahui, ternyata semakin membeban diri..
Melihat dunia yang rapuh, aku seakan sedar, di dunia hanya sementara..
Bukan sekadar 'simptom pasca taubat..'
Ianya lebih dari itu..

Mungkin masalahku cuma yang satu itu..
Semakin diatasi, semakin kuat ia mencengkam diri..
Terkadang terdetik juga dalam hati, 'apekejadahnya!'..
Geram, ya, dengan diri sendiri..
Tapi siapa aku untuk menafikan apa yang telah terjadi..

Terkadang insan yang punyai segalanya..
Punyai cinta.. punyai rupa.. punyai harta..
Masih terasa kosong di sudut hati..
Apatah lagi insan yang tidak punyai apa-apa..
Pastinya seakan dihimpit rasa..
Cuma yang mampu, bangun mengisi masa di hujung malam..
Meminta agar dipermudahkan..
Meminta agar sandaran cinta hanya kepada Allah..
Kerana tanpa Dia, alangkah kosongnya..

Sandaran cinta.. hanyalah kepada Allah..
Kerana kita semua cuma insan..
Yang nyata, tidak punyai apa-apa..


0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU