Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
" Saat Adam bersendirian di dalam syurga, dia merasakan suatu kekosongan. Walaupun syurga itu indah dan tidak dapat dibayangkan dengan fikiran, akal dan mata. Adam terlihat sepasang burung terbang keriangan dan duduk bertenggek di suatu pohon di dalam syurga. Sedangkan burung ingin berteman, inikan pula insan yang diciptakan berperasaan. Setelah letih mengamati keindahan syurga, lantas Adam tertidur dipangkal sebuah pohon. Allah mengambil rusuk Adam bahagian kiri yang paling bengkok, lalu terciptalah Hawa. Maskahwin Hawa adalah sebaik-baik mahar iaitu selawat ke atas Rasulullah s.a.w."
1. Kenapa awak x couple?
a)..... tiada couple dalam Islam, saya berusaha menjadi hamba-Nya yang taat ....
b).... tiada yang menyukai saya, jadi saya biarkan, tidak bercouple lebih mudah, lebih islamik ....
2. Seandainya awak menyukai seseorang, dan ternyata si dia juga menyukai awak, apa yang akan kalian lakukan?
a).... kami akan berhubungan seperti rakan biasa, tidak berlebihan, dan merancang ke arah masa depan kami, seperti kata orang, couple islamik, tapi kami tidak bercouple ....
b).... saya akan berusaha mencari jalan yang terbaik, iaitu pernikahan, atau pertunangan untuk mengenalinya lebih lanjut, tiada jalan lain yang saya fikirkan ....
3. Keluarga awak setuju dengan pemilihan awak, namun mereka tidak setuju supaya kalian bertunang atau bernikah dalam masa terdekat, kalian masih dalam pengajian. apa yang akan kalian lakukan?
a).... saya akan cuba berbincang baik-baik dengan keluarga untuk sekurangnya bertunang. jika masih tidak dibenarkan, saya akan melepaskan dia pergi. InsyaAllah jika ada jodoh kami akan bersabar dan bertemu lagi. jika tidak, dia bebas memilih sesiapa untuk menjadi pilihannya. jika dia bersabar, saya akan tetap menunggu dia .....
b)..... kami akan berjanji setia dan tetap berhubung untuk memastikan agar kami tetap setia antara satu sama lain, namun dalam konteks yang sederhana. mungkin seminggu sekali, atau pada waktu-waktu tertentu sahaja ....
Yang benar itu jelas dan yang batil itu juga jelas..
Namun terkadang, kita lebih suka mengambil keputusan tengah, yakni keputusan yang bercampur aduk antara yang benar dan yang batil..
Sedangkan keputusan sebegitu (syubhah) lebih mengarah kepada kebatilan..
Sedangkan bertunang merupakan cara terbaik untuk kita mengenali bakal isteri/suami dengan seadanya..
Seadanya, tidak berlebihan sehingga membawa kepada zina hati..
Pesan buat diri sendiri..
Aku pasti terjatuh andai diuji dengan ujian sebegitu..
Syukur.. Allah mengetahui batas kemampuan hamba-hambaNya..
=')
Sekali diuji, cukup untuk kita mengetahui batas kemampuan kita..
Cukup menjadi pedoman agar kita tidak mengulangi perkara yang sama..
A little life update?
7 years ago

0 kAtE-kAtE mErEkA:
Post a Comment