Muhasabah cinta..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Selak-selak semula buku nota..
Hehe, banyak sungguh penulisan yang kelakar sewaktu kuliah..
Mengingati semula forum cinta, jodoh dan syurga di UPM..
Nak bermuhasabah cinta..
Dengan nota dari ustaz Pahrol.. =)

Cinta itu adalah suatu kuasa yang amat hebat..
Maka, jatuhlah cinta kepada insan yang baik, kerana kita turut akan menjadi baik..
Kerana tanpa cinta, kita tiada keinginan untuk hidup..
Jadi, gunakan cinta itu untuk selaras dengan tujuan Allah menurunkan cinta..
Apa tujuan cinta? tidak lain tidak bukan, tujuan cinta adalah Allah.. =)
Lihatlah dia sebagai sayap kanan diriku untuk menuju cinta Allah..

Allah lebih mengetahui apa yang baik buat diri kita berbanding kita sendiri..
Allah lebih tahu apa yang memudaratkan kita berbanding diri kita..
Anugerah ini hebat.. tetapi pemberi anugerah itu lebih hebat!
Allahuakbar!!

Jodoh itu umpama rezeki, jadi berserah pada Allah..
Janji Allah itu ada..
Jangan risau tentang cinta, kerana tak kenal maka tidak cinta..
Perkahwinan itukan satu perkenalan, bukankah ianya janji Tuhan? =)
Lihat dan perhatikan dia.. bolehkah dia membantu saya dalam agama saya?
Bolehkah saya melihatnya sebagai 'abah' kepada anak-anak saya? huhu..

Bagaimana ingin mencari jodoh yang baik?
1. Jadilah insan yang soleh/solehah..
2. Ikuti pilihan orang-orang yang solehah.. insyaAllah..
3. Cintai Allah, Rasulullah dan perkara-perkara baik..

Jadikan saat ini adalah saat yang bahagia, bukannya semalam, bukannya esok..
Tetapi saat ini!
Hidup ini terlalu singkat untuk meletakkan segala-galanya pada seorang lelaki..
Ya betul, cintakan dia adalah untuk mencintai Allah!
Dan ingat, letakkan syariat melebihi adat..

:: Who loves you?? emmmm, Allah... =) ::

"Semakin hampir saat itu..
Ya Tuhan tunjukkan moga selamat, bersamamu..
Biarpun bersama kekurangan, namun bersyukur kurniaan Tuhan..
Iman di hati, sabar menjadi pemujuk diri..
Denganmu ku punyai segala, takkan beruntung seisi dunia..
Ya Tuhan kurniakan petunjuk bantuan, tempuh hari yang mendatang..
Ya Tuhan bantulah moga selamat, selamanya........."
Hijjaz - Berkorban Demi Cinta

*haha, ok, jangan berangan anis! ingat senang ke kawen tu, susah tau!!! =.='

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU