Cakap dan tulis..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Aku tidak pandai bercakap..
Terkadang lain yang aku maksudkan, lain yang aku katakan..
Err.. huhu.. =.='
Aku suka menulis.. setidaknya, aku boleh memadam semula isi-isi yang jauh lari dari makna..
Terkadang aku membaca semula tulisan-tulisanku..
Ada yang aku malu dengannya, tersenyum dengannya, dan aku merasa, ya, inilah aku..

Sukar bagiku mengadakan perhubungan emosi melalui percakapan..
Cuma percakapanku dengan Tuhanku agak beremosi..
Aku tidak segan menangis di hadapan Dia..
Kerana Dia tahu siapa aku yang sebenar..
Segala percakapanku tidak akan dinafikan, tidak akan dibiarkan, tidak akan disiakan..
Dia akan terus mendengar, mendengar, mendengar..
Dan aku akan terus menangis dan bercakap dengan-Nya..
Sukar mencari insan yang boleh kita bercakap, bercerita dan menangis tanpa dia merasa jemu dan bosan, kan?

Lalu apabila aku merasa disiakan dengan percakapan..
Aku akan mendiam.. dan.. mungkin tidak akan mengadu kepada rakan yang sama..
Oh, tidak mengapa, aku akan menulis.. =)
Aku boleh meluahkan perasaanku dengan menulis..
Mungkin mereka boleh mengenaliku berdasarkan tulisanku..
Mungkin..
Tapi terkadang satu ayat itu memberi pelbagai tafsiran buat pembaca..
Tak mengapa, kita melihat apa yang kita mahu lihat..
Bagaimana cara kita menafsir melambangkan siapa kita..

Tetapi aku pun tidaklah sangat pandai menulis.. =p
Tulisanku agak kucar kacir..
Sering berterabur antara bunga dan isi..
Hahah, biarlah, cuma aku yang memahaminya..

Bercakap-cakap dan mengadu pada Allah..
Tiada yang memahami aku selain Dia..

ps: terkadang pelik juga bila ada yang mengatakan bahawa aku pandai cakap.. hahah, pandai pong kot mungkin! =p lol

0 kAtE-kAtE mErEkA:


I LUV ALLAH

I LUV ALLAH

~Wahai Diriku Yang Lupa~

Jiwaku bergoncang
bila ku sebut nama-MU
mengapa ALLAH
ENGKAU masih selamatkanku
memberi rasa bahagia
sedang jiwa terbakar habis
oleh dosa tak pernah berhenti
tidak terhitung olehku
banyak dan besarnya derhaka
terima kasih ALLAH
masih sempat sujud buat-MU